Breaking News

Friday, August 15, 2008

FENOMINA 51 TAHUN MERDEKA



KUALA LUMPUR: Tahun ini terasa sangat berbeza suasananya. Benar-benar sepi. Sayuuuuu...............

Usia negara yang mencecah masuk 51 tahun dalam beberapa hari lagi macam tidak diperdulikan. Hari Ulangtahun Kemerdekaan sepertikan tidak memberi sebarang sentuhan pada jiwa-jiwa pemimpin dan para pengurus yang mentadbirkan negara.

Suara dan teriakan ‘Merdeka!’ belum lagi kedengaran walau tarikh 31 Ogos akan tiba 384 jam lagi.

Jika sepuluh atau 15 tahun dulu semua rakyat berebut-rebut mengibarkan bendera negara minggu-minggu menjelang tibanya Hari Kemerdekaan, tapi kini tidak lagi.

Tidak ada lagi sehingga hari ini kereta-kereta, lori, bas, MPV atau motosikal yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang. Sepertikan tidak ada siapa lagi yang sudi mempamirkan rasa patriotik, kebanggaan dan kecintaan kepada negara.

Cuma sebuah gerai buruk di Chow Kit yang kibarkan sebaris lima bendera Jalur Gemilang. Yang lain belum lagi.

Jika dulu seorang pemandu kereta, lori atau bas akan merasa terlalu janggal seandainya Jalur Gemilang tidak dikibarkan pada kenderaan masing-masing, tetapi sekarang (gamaknya) si pemandu ini akan terasa demikian asing dan aneh jika bendera negara dikibarkan pada kenderean mereka.

Demikianlah fenomina dan realiti yang berlaku di Malaysia akhir-akhir ini. Rakyat yang tertekan dengan masalah kenaikan harga barang-barang dan kos sara hidup yang melambung tinggi melahirkan kekecewaan mendalam mereka terhadap kepimpinan negara.

Kerajaan dilihat masih terkapai-kapai, kebingungan dan tanpa halatuju yang kukuh untuk mencari formula terbaik dalam menyelesaikan masalah inflasi yang sangat membelenggu ini.

Segala yang terbaik telah dilakukan oleh Pak Lah dan jentera pentadbirannya ke arah meringankan tekanan ekonomi yang membebani rakyat. Namun rakyat melihat bahawa usaha memerangi tekanan ekonomi ini oleh kepimpinan negara masih lagi lemah dan terlalu rapuh.

Pak Lah mungkin tidak akan sempat melihat Jalur Gemilang berkibaran dan bergerak di setiap lorong, jalan dan lebuhraya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, seperti sepuluh atau 15 tahun dulu, apabila dia membawa bungkusannya keluar dari Putrajaya nanti.

Merdeka untuk Malaysia. Merdeka untuk semua rakyat yang masih terlonta-lonta.

Read more ...

Thursday, August 14, 2008

ANWAR KEMBALI KE PERMATANG PAUH

Kemesraan yang jelas terjalin antara Anwar Ibrahim dengan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang terkenal sebagai perancang utama dasar menyerang para mujahidin dan negara-negara Islam.

Anwar Ibrahim akan mencuba nasibnya untuk kembali menguasai kerusi parlimen Permatang Pauh melalui pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Perjalanan pilihanraya kecil ini mendapat perhatian banyak pihak, yang bukan sahaja di kalangan masyarakat Malaysia, tetapi pastinya lebih menjadi tumpuan Pentadbiran Negara Amerika Syarikat sendiri yang mahu melihat ‘Putera White House’ mereka terus berjaya merampas kerusi Perdana Menteri September nanti.

Selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan PKR pada Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac lepas, yang menyaksikan kemampuan pakatan itu merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan, Anwar sepertikan tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke Parlimen.

Dan dia lebih tidak sabar lagi menanti saat untuk menggempur Dewan Rakyat sekeras mungkin sehingga dewan itu berada di dalam genggamannya.

Anwar mempunyai lebih banyak ‘advantage’ untuk memenagi Permatang Pauh kali ini. Dia mewakili kawasan parlimen itu sejak 1983 sehingga 1998, kemudian diteruskan dengan penguasaan isterinya, Dr. Wan Azizah mulai 1999 sehingga 2008.

Namun perkembangan politik dalam negara sejak PRU12 Mac lepas sehingga sekarang, berkemungkinan memberi kesan kuat terhadap keputusan pilihanraya kecil ini. Ia mungkin boleh menyebabkan kepada turunnya majoriti PKR atau sehingga ke peringkat BN boleh menawan kawasan tersebut.

Pengundi yang selama ini melihat Anwar sebagai seorang pejuang tulin untuk Malaysia, barangkali akan menukar selera setelah melihat diri sebanar di sebalik pemimpin yang mereka pertahankan ini – bahawa Anwar lebih merupakan seorang pemimpin tajaan Amerika Syarikat.

Hubungan baik Anwar dengan kalangan perancang-perancang dasar AS seperti Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang bertanggungjawab menggubal dasar Amerika memerangi negara-negara Islam dan apa jua kumpulan pergerakan jemaah Islam, bukan menjadi suatu yang rahsia lagi.

Apakah pengundi-pengundi Permatang Pauh akan terus menyokong Anwar meskipun Anwar itu sendiri menjadi teman rapat kepada orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Afghanistan dan Iraq serta terus menyebabkan rakyat di Palestin menderita dan sengsara?

Dan bahawa kesungguhan jentera parti Pas menykong kempen Anwar di dalam pilihanraya kecil ini pastilah akan menjadi tanda tanya lebih besar lagi: Apakah Pas juga akan terus-terusan mempartahkan calon tajaan Amerika Syarikat, iaitu negara yang kini terang-terangan terus mengganyang dan menghancurkan negara-negara Islam?

Malaysia akan menyaksikan sejauh mana kesan kejahatan pentadbiran AS terhadap Islam itu di terima atau ditolak oleh pengundi melalui keputusan pilihanraya Selasa 26 Ogos ini.

Jangan lupa mengikuti siaran Bila Gendang Dipalu seterusnya dalam beberapa hari lagi untuk kita menelurusi dan mengetahui sejauh mana kebenaran wujudnya kepersepakatan Anwar dan pentadbiran White House dalam pergolakan politik Malaysia yang semakin bergolak sekarang.


Read more ...

Thursday, August 7, 2008

EPISOD CINTA YANTO & YANTI

“Nyaman sekali bila dapat datang ke Malaysia.” Inilah ungkapan yang kerap diluahkan oleh sejuta tetamu tidak diundang dari seberang Indonesia yang datang dan pergi sejak lebih dua dekad lepas.

Di sini pendatang-pendatang seberang itu membanting tulang mencari rezeki lebih lumyan kerana mereka dapat melihat bahawa bumi Malaysia menyediakan pelbagai habuan yang berlambak di sana sini.

Sebanarnya ada cerita-cerita lain yang tersembunyi yang menarik begitu ramai rakyat Indonesia datang ke sini. Bagi sebahagaian besar dari mereka bumi Malaysia adalah sebuah syurga yang menjanjikan seribu satu macam kesenangan dan kebebasan yang tidak mereka miliki semasa berada di Indonesia sendiri.

Di sini hampir semua bebas dan terbuka. Seorang pemuda dari Tulong Agung di Jawa Timur bebas saja berpacaran dengan gadis pendatang ayu dari Madura, Makasar, Lombok, Sumbawa, Aceh, Medan atau gadis mana jua, asalkan mereka dari negara yang sama.

Kalau di desa, dulu, mereka tidak bebas bergaul atau ‘berpacaran’, tapi di Malaysia segalanya bebas. Si gadis dan teruna boleh saja tinggal sebilik (macam pasangan suami isteri) tanpa ada siapa pun yang mahu ambil paduli.

Macam-macam cerita lucu dan sangat aneh boleh dikutip dan dilihat bila bercakap darihal pendatang-pendatang tidak di undang, atau sebaliknya, dari Indonesia yang bertaburan di serata pelusuk Tanah Melayu.

Aneh juga bila kita tengok bagaimana seorang perempuan Indon yang ayu dengan umur lebih sedikit 20 tahun, yang punya suami dan anak di desa asalnya, tapi enak-enak saja duduk sebilik dengan lelaki jiran sekampungnya untuk beberapa bulan, lalu kemudiannya terus saja berkahwin.

Si Yanto dari Kediri mudah saja berpacaran dengan si Yanti dari Medan, lalu kemudian tinggal bersama dengan penuh bebas di bilik sewaan, maskipun ia disaksikan teman-teman lain dari negara yang sama.

Di bumi Malaysia juga pekerja-pekerja yang punya isteri dan anak di desa Indon mereka, bebas saja menambah isteri di sini, dengan siapa juga meskipun mungkin isteri senegaranya itu masih punya anak dan suami di sana.

Dan bila sampai masa untuk pulang ke Indonesia, si Yanto dan si Yanti tadi senang saja berpisah secara aman tanpa perlu banyak soal dan tanya. Si Yanto pulang ke Kediri, dan si Yanti balik ke Medan.

Episod hubungan intim antara mereka cuma bagaikan suatu mimpi, tetapi nyata. Ia tercatat untuk suatu tempoh yang sementara sahaja, ketika masing-masing dikatakan berada dalam situasi ‘dharurat’ semasa berada di perantauan.

Read more ...

Tuesday, August 5, 2008

BETWEEN ANWAR, WOLFOWITZ & BLAIR

Tun Dr Mahathir was right when he stressed that Tony Blair as directly responsibled in the conspiracy which saw massive destruction inflicted upon Iraq and Afghanistan. United States was claiming their status as the only world ‘Superpower’ when they launched brutal war and agressions towards Aghanistan 7 Oct. 2001 and Iraq in March 2003.

And Britain, plus many other Western nations, out of their ingnorance, were induced to participate in these wars on the pretex of acts against terror, against brutality and agression.

These wars were actually designed by the US administration in a conspiracy to crucify Muslims all over the world and to grab control upon abundance oil resources in the Muslim countries.

The fromer US Deputy Secretary of Defence, Paul Wolfowitz, who was also the World Bank’s President (2005-2007), was the prime leader who laid down the Wlofowitze Doctrine, also known as the ‘Bush Doctrine’, a new strategic defence policy of the United States which enforced the ideas of ‘pre-emptive’, ‘unilateralism’ and the so-called ‘war against terrorism’.

Afghanistan became the first victim of these Wolfowitz Doctrines for reasons that Taliban harbouring al-Qaeda fighters and Osama Bin Laden, while Iraq became the second on merely created claims that Saddam Hussin as partly involved in the 911 tragedy and to destroy the never found Iraq’s weapons of mass destruction.

And I wonder what has conspired behind the relationship of Anwar Ibrahim and Paul Wolfowitz whom the Newsweek International claims as ‘long time friend’.

Read more ...

Tuesday, July 29, 2008

MELAYU YANG PENYANTUN

Mereka Melihat Kita

Bulan lepas seorang mubaligh di Islamabad memberitahu rakan mubalighnya dari Malaysia bahawa dia terlalu kepingin bertandang ke Tanah Semenanjung untuk melihat dan mengenali lebih dekat siapakah sebenarnya yang dikatakan Melayu itu.

Mubaligh dari Bandar Sri Petaling itu agak terkejut mendengar kata-kata yang diungkapkan rakan Pakistannya tadi.“Apa sebenarnya yang menarik anta untuk mengenali orang Melayu sehingga anta mahu ziarah kami di Malaysia?” tanya rakan itu.

“Saya sangat terpegun setiap kali apabila bertemu dengan orang-orang Melayu yang pernah datang ke negara kami,” jawab Mubaligh yang sudah separuh umur itu. Suaranya terhenti sambil matanya merenung lembut ke wajah tetamu Malaysia yang duduk di depannya.

Rupa-rupanya, sejak beberapa tahun lepas, dia terpukau dengan peribadi orang Melayu yang dilihatnya penuh berhemah, sopan santun, peramah, pemurah dan terisi dengan pelbagai sifat-sifat murni.

Dia sangat tertarik melihat keikhlasan seorang Melayu bila bertemu dengan seorang asing yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Melayu ini nampak peramah, lembut, penyantun dan berbudi bahasa apabila berhadapan dengan orang lain.

Mubaligh Pakistan di atas sebenarnya mewakili sekelumit kecil dari masyarakat lain di dunia yang dapat memerhatikan keunikan budaya yang sedia tertanam pada diri seorang Melayu.

Masyarakat Arab dan Eropah sejak beratus tahun lampau, juga sangat tertarik dengan sifat-sifat murni dan budaya tinggi yang ada pada orang Melayu.

Ciri-ciri peribadi yang ada pada diri seorang Melayu itu, terutama yang berhubung dengan sifat-sifat penyantun, lemah lembut, berhamah dan berbudi bahasa, dikira sukar dilihat pada bangsa lain.

Nilai-nilai peribadi mulia ini tidak terbentuk dalam jangka waktu singkat.
Sebaliknya ia bersemai, bercambah dan berkembang melalui proses evolusi yang sangat panjang, memakan tempoh seribu tahun atau lebih lama dari itu.

Sebelum dirempuh pengaruh kehidupan Barat akhir-akhir ini, Melayu itu sentiasa terikat kehidupannya dengan adat resam yang tersusun, serta dengan budaya tersendiri, budaya yang diterima-pakai sejak abad berabad.

Dan Bahasa Melayu itu sendiri, pada hakikatnya, telah menjadi alat terpenting yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyusun, mengatur dan memperkembangkan budaya dan adat-istiadat mereka.

Melalui keindahan bahasnya, Melayu memperkenalkan simpulan bahasa lengkap dengan kata-kata perbidalan, perumpamaan, pepatah, kias, pantun, syair, seloka dan gurindam.

Dan hampir semua perkara, yang menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi oleh setiap diri Melayu itu di dalam masyarakatnya, sedia tersusun di dalam kata-kata perbidalan, perumpamaan, pantun, kias dan lain-lainnya seperti di atas tadi.

Melayu menggunakan kata-kata pepatah, perbidalan dan perumpamaan sebagai ‘kanun’ yang menggariskan hukum, tatacara, suruhan dan larangan yang mesti dipatuhi, diamal dan dipelihara oleh setiap diri dan mana-mana jua kumpulan masyarakat Melayu dalam menjalani urusan harian masing-masing.

Perbidalan seperti: Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul; Hidup sandar menyandar, bagaikan aur dengan tebing; Kasihkan padi buangkan rumput; Seperti membuka pekung di dada; Muafakat itu berkat; Tak akan harimau makan anak; Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Harapkan pagar, pagar makan padi; Lebih sudu dari senduk; Mendukung biawak hidup; Melepas batuk di tangga; Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit; Belakang parang diasah pun tajam juga; Tak dipecah ruyung manakan dapat sagunya; dan seribu bidalan atau perumpamaan lain, seperti di atas, merupakan batas-batas larangan dan anjakan yang mesti dipegang oleh setiap diri di dalam sebuah masyarakat Melayu.

Demikianlah ertinya nilai suatu bahasa. Dan Bahasa Melayu itu sendiri secara tidak disedari telah membentuk peribadi setiap individu Melayu untuk tempoh sekian lama. Mereka yang di seberang sana melihat kita sebagai Melayu yang penyantun dan berhemah.

Setidak-tidaknya maka benarlah kata hikmah bahawa: Usul Menunjukan Asal, Bahasa Menunjukan Bangsa.
Read more ...

Monday, July 21, 2008

PROTON LAWAN MERCEDES

ANTARA PERDANA EXCUTIVE & MERCEDES

Banyak pihak yang menjerit apabila Kerajaan Negeri Trengganu mengambil keputusan membeli kereta jenis Mercedes Benze menggantikan Perdana Executive untuk anggota-anggota Exconya.

Apabila ditanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memberitahu para pemberita di Lumut hari ini bahawa isu menggantikan Perdana Executive dengan mercedes Benze ini akan dibawa kepada Kabinet Kerajaan Pusat untuk dibincangkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said seharusnya menyediakan alasan yang memang kukuh apabila bertindak membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor dengan peruntukan RM 3.43 juta, menggantikan Perdana V6 Executive untuk Exco dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Negeri.

Ahmad Said pastinya sudah membuat kira-kira terperinci sebelum membuat pertukaran kontroversi ini, apalagi dalam ketika rakyat menghadapi masalah kenaikan harga tinggi bagi hampir semua barangan keperluan pengguna berpunca dari kenaikan harga minyak mulai minggu ketiga Jun lepas.

Perdana Executive adalah kereta keluar Proton. Demikian juga dengan kereta jenis Wira, Satria, Saga dan seterusnya.

Selepas tiga bulan sahaja membeli dan menggunakan kereta Wira Aeroback 1.3 enam tahun dulu, ‘bearing’ roda belakangnya sudahpun mula menimbulkan masalah, mengeluarkan bunyi dengung, bising dan ternyata rosak.

“Bagaimana bearing roda bagi sebuah kereta yang baru digunakan cuma tiga bulan di Kuala lumpur boleh rosak?” Ini persoalan yang bermain di kepala.

Kos mengganti bearing baru untuk keroskan Wira Aeroback ini tidaklah begitu tinggi. Soalnya cuma agen Proton enggan menukar ganti baru bearing yang rosak dengan alasan kereta ini tidak dihantar untuk servis biasa seperti syarat yang ditetapkan.

Bayangkan susah payah yang terpaksa ditanggung oleh pengguna, masa yang terpaksa diambil untuk menghantar kereta ke pusat pembaikan, dan lain-lain, cuma kerana (mungkin) bearing yang dipasang dari mutu yang rendah, atau ia telah tidak dipasang dengan teliti.

Kita percaya Perdana Excecutive juga tidak sepi dari menghadapi ciri-ciri masalah yang hampir serupa dengan Wira Aeroback di atas, atau kereta-kereta lain keluaran Proton.

Kalau ditanya kepada pemilik-pemilik Perdana berhubung kualitinya, maka mereka lazimnya mengakui pelbagai masalah yang kerap dihadapi. Paling teruk ialah ketika berhadapan dengan masalah kerosakan automatic transmission, sistem kawalan kotak komputer, kerosakan sistem pendingin udara, kos menukar baru clutch pressure plate, kos mengganti baru spark plug dan pelbagai lagi.

Kerosakan-kerosakan di atas mudah sahaja berlaku ke atas sebuah kereta Proton Perdana meskipun ia baru berumur satahun dua.

Dan paling mengejutkan kos yang terpaksa ditanggung oleh pemlik apabila berhadapan dengan kerosakan-kerosakan ini ialah harga alat ganti dan upah yang dikenakan amat tinggi.

Ramai pengguna yang begitu hairan bagaimana harga alat ganti kereta-kereta tempatan amat tinggi berbanding dengan alat-alat ganti kereta impot. Keadaan ini merupakan keadaan sebenarnya kerana rata-rata kadar harga alat-alat ganti sebuah Mercedes Benze adalah lebih rendah dari alat-alat ganti kereta keluaran Proton sendiri.

Ahmad Said dan Kerajaan Trengganu tentu boleh melihat kebenaran ini, kerana lazimnya sebuah Mercedese Banze baru cuma memerlukan servis rutinnya setiap bulan tanpa tambahan belanja lain untuk bertahun-tahun, tidak seperti masalah yang (biasanya) dihadapi sebuah Perdana Executive.

Read more ...

Friday, July 18, 2008

DIARI KUALA LUMPUR

RM 1.00 UNTUK SEKEPING BORANG MOHON PASSPORT

Dah lama pejabat Imigresen tidak saya kunjungi. Sudah lebih lima tahun rasanya. Datang cuma untuk memperbarui pasport perjalanan antarabangsa.

Dalam diam tak diam Imigresen Malaysia telah membuka pejabat cawangan baru di Pekan Sri Rampai, Wagsa Maju, Kuala Lumpur.

Pejabat baru ini memang selesa, terletak di tingkat satu di antara deretan bangunan kedai-kedai yang memenuhi Sri Rampai.

Pekan kecil ini mengEmbang pesat dengan aktibiti niaganya nampak sangat cergas. Dan macam biasa, seperti di pekan-pekan lain yang baru tumbuh mengelilingi kejiranan Kuala Lumpur, restoran-restoran di bawah jenama ‘Maju’ turut merecup di pekan ini.

Sri Rampai jauh amat hebat berbanding keadaannya yang tidak banyak menarik masyarakat KL untuk mengunjunginya pada ketika ia mula-mula dibuka 1983 dulu.

Tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dan menahan beberapa pegawai atasan Jabatan Imigresen Malaysia bersabit kes penyelewengan dalaman, jelas tidak memberi kesan kepada pengurusan cawangan Wangsa Maju hari ini. Urusan dengan pelanggan yang agak ramai, mencecah 100 orang pagi ini, berjalan sangat lancar.

Sistem pengurusan pejabat-pejabat cawangan Imigresen telah berubah kepada sangat memuaskan hari ini berbanding keadaannya sepuluh atau dua puluh tahun dulu.

Dan dalam masa lebih sedikit dari satu jam, sekiranya pemohon mengemukakan dokumen lengkap dan tanpa sebarang masalah, passport baru telahpun disiapkan untuk diambil. Demikianlah kesan terbaik teknologi yang telah kita miliki dalam pentadbiran negara hari ini.

Bayangkanlah kelembapan yang dihadapi oleh sebuah negara kecil lain di Afrika, umpamanya, yang menurut statistik International Telecomunication Union (ITU) 2006, cuma 5 sahaja daripada setiap 1000 penduduk Mali memiliki talian internet, berbanding dengan 480 bagi statiskit Malaysia untuk tahun yang sama.

Tapi hairan juga kita lihat bagaimana Jabatan Imigresen masih mengenakan yuran RM 1.00 kepada setiap borang yang dikeluarkan kepada pengunjung yang datang untuk memohon pasport antarabangsa yang baru. Agaknya, kadar bayaran RM 300.00 yang mesti dijelaskan setiap pemohon untuk satu Pasport Malaysia, masih tidak cukup memenuhi keperluan kos perbelanjaan jabatan?

Dan memandangkan kos sara hidup yang melambung tinggi sekarang, kita kira, ada baiknya Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat kemukakan cadangan kepada kerajaan supaya turunkan kadar bayaran untuk permohonanan Pasport Malaysia ini barang 25 peratus, terutamanya untuk golongan ‘warga emas’, bagi mengurangkan beban perbelanjaan mereka yang terpaksa ke luar negara, menunaikan umrah, umpamanya.

Ampang Jaya, SELANGOR DARUL EHSAN
Read more ...

Friday, July 11, 2008

Sketsa Nusantara

KAUM ADAM INDONESIA RATAPI KEHILANGAN MAK EROT

JAKARTA (Jumaat): Seorang penyiar blog di Indonesia merintih sedih kelmarin apabila menerima berita kematian Mak Erot, seorang pakar urut ‘senjata lelaki’ yang paling terkenal di Jawa Barat.

Mak Erot, dilaporkan berumur dalam linkungan 101 hingga 130 tahun, meninggal dunia minggu lepas. Dia terlalu dikagumi di kalangan kaum lelaki di Pulau Jawa kerana kehebatan urut kebatinannya bagi siapa jua di antara lelaki yang mahu memanjangkan ‘senjata sulit’ masing-masing, demikian menurut Harian Kompas yang dipetik di sini kelmarin.

Si Jengkol, penyiar blog berkenaan merintih: “Oh tidak, aku tak berpelung lagi sekarang menemui Mak Erot kerana dia sudah meninggal. Apakan daya..... aku harus membeli sebuah mesin penyedut buat menyelesaikan masalah ku.”

Berjuta-juta kaum lelaki Indonesia, terutama dari Jawa Barat sendiri, turut bersedih dan merasakan kehilangan Mak Erot sebaik saja berita mengenai pemergian dukun mistik ini tersebar ke seluruh negara.

Berasal dari perkampungan Caringin, Jawa Barat, Mak Erot menggunakan pelbagai jenis bahan herba dan ilmu kebatinan bagi memenuhi cita-cita pelanggannya yang mahu memanjangkan senjata sulit masing-masing.

Populariti Mak Erot begitu terserlah di serata Pulau Jawa sehingga namanya menjadi sebutan umum. Malah kisah-kisah menarik mengenai dirinya menjadi tarikan iklan dan bahan cerita paling popular untuk filem-filem cinta remaja di Indonesia.

Read more ...

Thursday, July 10, 2008

KEMELUT PAK LAH

Hendak ke mana Pak Lah ?
Memang sudah menjadi peraturan asas bahawa satu diri individu tidak harus menanggung gelaran pemimpin, tokoh, artis, penulis atau yang seumpamanya, selagi ia tidak bersedia untuk dirinya serta setiap langkah dan tindakannya menjadi perhatian dan kritikan umum.

Maka pemimpin seperti Pak Lah atau sesiapa jua yang bergelar tokoh atau pemimpin terpaksa menanggung risiko dan beban dari kritikan dan tumpuan masyarakat ramai yang sentiasa berharap mereka akan memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat dan negara.

UMNO dan Pak Lah kini berhadapan dengan kemelut politik dan konflik kepimpinan yang semakin rumit, ibarat tokak yang kian merebak memakan tulang. Tekanan dari pelbagai penjuru yang mahukan beliau mengosongkan segera kerusi PM hari ini semakin kuat, keras dan lantang.

Nasib mungkin tidak menyebelahi Pak Lah kerana beliau terpaksa menerajui kepimpinan kerajaan dalam ketika negara berhadapan dengan soal ekonomi, masalah inflasi yang nyata membebankan seluruh rakyat. Paling teruk menanggung beban berat inflasi ini adalah penduduk kampung dan golongan berpendapatan rendah.

Bagitu pun, rekod prestasinya yang memang terbuka dan diperhatikan rakyat sejak mengambil alih pantadbiran dari Tun Dr Mahathir 2003 lepas, tidak menyebelahi Pak Lah.

Sokongan umum terhadap Pak Lah dan kepimpinannya semakin merosot. Ketidakupayaan kerajaan meneruskan beberapa projek besar di bawah kepimpinan Pak Lah terus menjadi tandatanya. Rakyat umum kini memberi isyarat LAMPU MERAH kepada Pak Lah supaya segera berhenti – bersara. Isyarat-isyarat ini jelas jika diperhatikan fakta-fakta berikut :-

1. Barisan Nasional melalui pengalaman terburuknya dengan cuma menguasai 52 peratus dari undi keseluruhan pada PRU-12, disamping kehilangan dua-pertiga kuasa majoiriti di Dewan Rakykat yang dipegangnya selama ini.

2. Kebangkitan politik baru di Sabah yang mahukan perhatian lebih istimewa diberi oleh kerajaan pusat.

3. Ugutan Parti Maju Sabah (SAPP) yang memutuskan tindakan undi tidak percaya terhadap Pak Lah (walaupun kini telah ditarik balik).

4. Bantahan umum terhadap kenaikan mendadak harga minyak yang menyebabkan kenaikan tinggi harga barangan lain.

5. Suara-suara rakyat di pelbagai lapisan yang semakin terbuka dan lantang - menyuarakan kekecewaan terhadap kelemahan dan ketidakupayaan Pak Lah memimpin negara.

6. Suara-suara kekecewaan rakyat terhadap kegagalan usaha membasmi rasuah dan pengagihan peluang kerja-kerja besar negara di bawah kepimpinan sekarang yang dilihat lebih dibolot oleh keluarga PM dan kroni sekelilingnya.

Rakyat kini mengeluh, membantah secara terang dan terbuka terhadap Pak Lah dan kerajaan kepimpinannya. Semua keluhan, rintihan dan bantahan terbuka boleh dilihat dan diikuti setiap hari melalui laman-laman blog tempatan, terutama blog CHEDET, blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang kini menjadi ikutan lebih 3 juta pengunjung.

UMNO terpaksa menanggung saat malangnya kerana sehingga sekarang Pak Lah masih tidak dapat melihat perlunya beliau segera meletakkan jawatan PM yang dipegangnya untuk menyelamatkan UMNO, Barisan Nasional, ummat Melayu dan Negara.

Suara-suara menentang kepimpinannya sudah terlalu terbuka, tidak lagi dibuat secara senyap-senyap dari tabir belakang. Tempoh untuk Pak Lah bertahan (untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai), sudah tamat.

Yang masih berdiri goyang bersama Pak Lah untuk mempertahankan hirakinya kini cuma barisan menteri dan beberapa kerat pemimpin negeri dan bahagian yang takut akan kehilangan kuasa dan pelbagai kemewahan yang dinikmati selama ini.

UMNO tidak boleh membenarkan keruntuhan kuasa dan parti berlaku semata-mata untuk mengikut telunjuk pemimpin atasan yang terlalu takut akan kehilangan kuasa.

Tanyalah ahli-ahli bawahan parti atau rakyat biasa apakah mereka mahu Pak Lah kekal sebagai PM sekarang atau tidak. Jawabnya 99 paratus dari rakyat dan ahli biasa UMNO pastinya akan menuntut Pak Lah segera berundur dari pucuk pimpinan parti dan negara. Inilah mesej mereka.

Apakah Pak Lah masih berupaya mempartahankan popularitinya yang semakin merudum sekarang dalam ketika desakan pelbagai pihak untuk beliau segera mengundur diri dari kepimpinan negara ini sentiasa diperhatikan oleh rakyat.

Segalanya terpulang kepada kepimpinan UMNO sendiri di semua peringkat untuk mencari keputusan terbaik dan bertindak berani di dalam melakukan perubahan dan menentukan kedudukan presiden parti. Tindakan radikal ini terlalu penting dan amat kritikal kerana nasib negara dan Melayu itu sendiri adalah taruhannya.

Read more ...

TOK GURU GANTI PAK LAH

Toleh kanan. Tengok kiri. Semua orang terus mencari. Mencari dan mencari. Malang tak ada siapa yang boleh disandar. Tak ada siapa yang boleh diharap.

Kita sepertikan ketandusan pemimpin hari ini. Kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO akhir-akhir ini dilihat semakin lemah, terhimpit, tenat.

Pak Lah dan barisan kabinetnya kini benar-benar berhadapan dengan krisis ‘integrity’ yang paling mengaibkan. Keupayaan kabinet selepas PRU-12, 8 Mac lepas untuk meringankan beban rakyat yang tertekan oleh masalah ekonomi, kenaikan harga barangan dan kos hidup yang melambung, terus dipersoal.

Rakyat bawahan yang selama ini tidak pernah ambil tahu, tidak pernah bertanya berhubung soal perolehan dan belanjawa negara, kini mahu tahu semuanya. Mereka mahu tahu berapa banyak perolehan dan keuntungan yang dibawa masuk Petronas. Orang kampung pun sudah mula bertanya ke mana dan bagaimana puluhan billion RM wang negara ditabur dan dibelanjakan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah 50 tahun Malaysia apabila kepimpinan negara, khususnya diri Perdana Menteri itu sendiri, dipersoalkan krediblitinya secara terbuka, seperti yang berlaku hari ini.

Ke arah mana pun yang hendak kita lihat hari ini, di kalangan barisan kepimpinan kerajaan sedia ada, memang terlalu sukar untuk kita mencari seorang tokoh impian, tokoh dinamis yang layak menduduki kerusi PM (jika kualiti kepimpinan sebelumnya diambil sebagai tali pengukur).

Selepas Pak Lah, pemerhati-pemerhati politik tidak melihat wujudnya seorang tokoh lain di dalam UMNO sendiri yang mampu mengembalikan kekuatan parti, atau mampu mengatasi situasi ekonomi dan kenaikan harga barangan yang kian meruncing sekarang.

Barisan pemimpin yang ada rata-rata dari kumpulan lama yang telah diberi kesempatan memimpin negara selama berbelas tahun, malangnya rata-rata mereka gagal memperlihatkan prestasi cemerlang selaku pemimpin dan tokoh menteri yang benar-benar berkualiti yang boleh diharapkan oleh rakyat.

Jika ditanya kalangan yang rapat dengan parti, mereka akan berkata bahawa barisan menteri-menteri kabinet UMNO di Putrajaya, keseluruhannya, lebih hebat dan lebih tertumpu kepada politik berbanding tugas utama masing-masing untuk mengurus pentadbiran negara.

Kedudukan dan pengaruh dalam parti menentukan ‘nasib’ atau cerah malapnya masa depan seseorang tokoh di dalam kerajaan. Maka tidak hairanlah sekiranya bapak-bapak menteri ini menghabiskan lebih banyak dari masa mereka kepada parti dan untuk berpolitik, berbanding dengan masa yang mesti ditumpukan untuk tugas sebagai seorang menteri.

Ringkasnya, UMNO sekarang tak punya calon layak untuk menduduki kerusi PM mengantikan tempat Pak Lah. Barisan tokoh-tokoh pemimpinnya yang ada kini sudah terlalu lapok, terlalu banyak kuman kudisnya – bahawa cerita-cerita sinis di be sebalik tirai mereka sudah banyak yang tersingkap dan diketahui umum.

UMNO barangkali terpaksa bertindak drastik dengan mengimpot seorang tokoh luar untuk meneraju parti dan negara menggantikan Pak Lah.

Dan selepas Tok Sheikh Anwar Ibrahim, yang kini terpalit oleh kes Liwat & Lari, tokoh lain yang lebih berwibawa dan berpotensi untuk mengambil tempat Pak Lah dalam kemelut UMNO yang ketandusan pemimpin hari ini, kita melihat tidak lain dari diri Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Keupayaan Tok Guru Pas ini untuk menerajui kepimpinan Putrajaya mungkin diragui ramai pihak. Namun kualiti beliau sebagai seorang pemimpin yang bersih dan prestasinya menerajui Kerajaan Kelantan selama bebelas tahun, dalam ketika kerajaannya berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan yang kronik, boleh menjadi ukuran.

Atau UMNO sendiri harus melahirkan seorang tok guru seperti Nik Aziz dalam masa terdekat ini untuk memimpin parti setelah Pak Lah tidak berupaya menimba Al-Quraan, Asy-Syafie dan Al-Ghazali yang cuba digalinya selama lima tahun ini.

Read more ...

POLEMIK INSIDEN L&L

Politik Malaysia sekarang benar-benar memasuki level ‘BERCELARU’. Semuanya sudah jadi tak menentu. Kita berhadapan dengan suara-suara rakyat yang semakin lantang mahukan Pak Lah segera berundur dan mengosongkan kerusi Perdana Menterinya.

Dalam ketika parti-parti politik di bawah Barisan Nasional, terutamanya UMNO, MIC dan MCA, goncang dan gawat, politik pembangkang pun turut hadapi senario penuh ‘Luuuucu & Jeliiiik’.

Kisah liwat yang membabitkan tuduhan ke atas (Tok Sheikh) Anwar Ibrahim, pemimpin idola parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, secara langsung menukar tumpuan rakyat ramai yang sebelum ini menyaksikan kerancakan dan keributan pemimpin-pemimpin PKR untuk menumbangkan Pak Lah di Parlimen dan seterusnya merampas kuasa pentadbiran negara.

LUCUNYA: Anwar, Hadi Awang, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Wan Azizah dan barisan pemimpin ‘Kabinet Bayangan PKR’ cuma beberapa langkah sahaja akan menjejakkan kaki di kota pantadbiran Putrajaya, bila secara tiba-tiba kisah liwat ‘Putera Rumah Putih’ ini meledak dan menggegak-hambakkan negara dan dunia.

Senarionya sungguh lucu dan licik. Teringat semula dengan 'flash back' apa yang pernah dicatatkan dalam sejarah 1998 dulu.

Jika dulu Anwar cuma menunggu tempoh beberapa bulan sahaja menjelang perhimpunan agung untuk memilih pimpinan parti bagi membolehkan dia merebut kerusi presiden UMNO, seterusnya merampas jawatan Perdana Menteri, tapi kali ini kemungkinan untuknya kembali ke Parlimen dan mengambil alih kerusi PM memang ternyata begitu hampir, terbuka.

Kisahnya memang amat luar biasa, penuh dengan kejutan. Ramai yang terkejut apabila insiden Tok Sheikh mencari perlindungan di Kedutaan Turki disiarkan dan menjadi tajuk utama berita stesen-stesen televisyen tempatan malam itu.

Tok Sheikh berlindung di bumi diplomatik Turki kerana khuatirkan kekerasan yang mungkin boleh dilakukan pihak polis ke atasnya walaupun ketika itu tidak ada satu bayang atau mana-mana pihak pun yang mahu memburunya.

Lebih menarik lagi ialah apabila timbul cerita nyawanya kini terancam kerana ada pihak yang mahu membunuhnya. Riwayat terbaru ini memang memeningkan kepala ramai kerana minggu-minggu sebelumnya Tok Sheikh bebas di khalayak ramai dengan pidato-pidato lantangnya.

Insiden ‘lari dari buruan’ ini menjadi bualan menarik ramai pihak, terutama di kalangan pemerhati-pemerhati politik dan pastinya dari kalangan penyokong-penyokong kerajaan sendiri di Parlimen.

Pak Lah dan kabinetnya yang sejak sebulan lepas berada dalam kepanasan akibat masalah kenaikan harga minyak dan kadar inflasi yang meruncing, kini sekurang-kurangnya boleh menarik napas lega buat seketika kerana Puterajaya untuk sementara ini agak terselamat dari ancaman PKR dan Tok Sheikh mereka setelah timbulnya cerita L&L ‘liwat dan lari’ yang penuh menarik ini.

Jalan dan peluang Tok Sheikh bersama Pakatan Rakyatnya untuk merampas Puterajaya, setelah tercetusnya insiden L&L ini, sekarang ini ternyata semakin buntu dan sempit.

Benar atau tidaknya insiden L&L ini sekaligus mempengaruhi sentimen ramai yang kini kembali meragui nilai diri seorang pemimpin yang perjalanannya penuh dengan trauma, semakin menjadi tandatanya.

Apabila Anwar bertindak meminta bantuan dari Rumah Putih di Washington untuk melindungi dirinya ekoran kes L&L yang melibatkan dirinya, lalu cerita-cerita ramai selama ini berhubung kemungkinan penglibatan Tok Sheikh dengan CIA, sebuah badan perisikan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengkucar-kacir dan meruntuhkan banyak negara Islam, kini semakin tersingkap.

Walaupun setiap pendekar PKR berduyun-duyun berteriak ‘KONSPIRASI!’ dan meskipun soldadu-soldadu Pas kian melontarkan laungan ‘FITNAH’ dengan keras di masjid dan surau-surau akhir-akhir ini berhubung dengan tuduhan L&L, namun rakyat harus menolak sebarang percubaan memertabatkan seorang pemimpin unjuran kuasa luar untuk menguasai Parlimen dan kerajaan kita.

Malaysia mestilah menolak percubaan seorang Putera Rumah Putih untuk menguasai pentadbiran negara. Rakyat mestilah menentang pengaruh kuasa besar, seperti Amerika Syarikat sendiri, untuk menguasai dan mencengkam bumi tercinta ini .

Apapun, setiap yang tersurat pastinya berlaku. Inilah yang dinamakan ‘Taqdir’. Logiknya, Anwar tidak mungkin melakukan insiden ‘jelik’ seperti ini sesuai dengan jolokan ‘Tok Sheikh’ yang ditanggungnya, apalagi selaku seorang tokoh yang terkenal sopan, bersih, dan waraq.

Namun, apa pun boleh berlaku hari ini. Perkara yang tidak diduga pun mudah terjadi. Meskipun ramai percaya Anwar cuma difitnah dan tidak pernah melakukannya, namun taqdir sudah menentukan bahawa Anwar mesti berhadapan dengan tuduhan dan fitnah ini.

Read more ...

Tuesday, June 24, 2008

A NOTE TO TUN DR. MAHATHIR

Dear Tun Dr. Mahathir,

As I stressed in my blog: gendangdipalu.blogspot.com, the world’s citizens today are entering into a borderless universe where people from far East could freely communicate with the citizens of the West without hinderance or inteference from any party. Today we are communicating through ciberspace, through the internet, a technology developed which enabled each of the inhabitants of the earth to contact and communicate freely between one to another.

Dear Tun, you were responsibled in bringing forth and popagating the IT tecnhnology into our counrty more than a decade ago. And today, our Malaysian citizens are startled with your unintermitting spirit in building this nation though you have left the government.

You persistently kept throwing your thoughts as you ever did decades ago. Your blog really touched the heart of every one who visited it.

I believed that the ‘chedet’ blog you created has given more impacts towards the masses. It is time now for you to run your life peacefully from the interruption or instrusion of the mass-media each time you appear in public places.

The insight you exposed in the blog sinced the 1st of May 2008, are eagerly followed by every one. Everything now is opened for every person, even to the layman, to scrutinize every national issue and to judge between rights and wrongs.

After initiated the IT technology, you have now stand amongst bloggers in an affair of honour, fighting for the betterment of the ‘rakyat’ and the nation. May Allah blessed you.

SHAHARON SALLEH.

Read more ...

Thursday, June 19, 2008

PALING TADAH: Parlimen Pastinya Bergegar

Ramai pihak yang menolak sinis awal minggu ini apabila Tengku Razaleigh Hamzah, membayangkan kemungkinan sebuah parti politik anggota BN dari luar Semenanjung akan berpaling tadah untuk menyertai pakatan pembangkang di Dewan Rakyat.

Apa yang dibayangkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu kini menjadi kenyataan. Parti Progresif Sabah (SAPP) hari ini secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan pusat di bawah pimpinan BN.

Dengan suara lantang dan penuh bersemangat presiden SAPP, Yong Teck Lee, turut mengisytiharkan keputusan parti untuk membawakan usul / undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat mulai Isnin 23 Jun ini.

SAPP dijadual membawakan usul mengejut ini di Dewan Rakyat melalui dua Ahli Parlimennya – Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr. Chua Soon Bui (Tawau).

Rakyat setempat dan dunia serantau pastinya akan menyaksikan lebih banyak lagi kejutan terhadap suasana politik Malaysia dalam beberapa minggu ini, dan bulan-bulan seterusnya, bertolak dari keputusan PRU-12 pada 8 Mac lalu bilamana pakatan pembangkang menawan lima negeri di samping mengenepikan penguasaan dua per-tiga BN di Parlimen.

Selaku tokoh politik veteran, Tengku Razaleigh tidak mungkin tersasar jauh, atau cuba menyebarkan khabar maupun propaganda liar sahaja bilamana beliau menyebut kemungkinan berpaling tadahnya sebuah parti komponen BN.

Cerita ‘lompat melompat’ bukan suatu yang aneh bagi pertubuhan-pertubuhan politik di Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan pernah berpaling tadah dari BN, menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) beberapa hari sahaja menjelang PRU 1990 dulu. Tengku Razaleigh merupakan pemimpin utama APU dan presiden Semangat 46 ketika itu.

Suasana Dewan Rakyat yang memang panas bulan-bulan yang lepas, pastinya akan lebih hangat dan menggelagak mulai Isnin nanti – kemungkinan menyaksikan peralihan kerusi wakil Sepanggar dan Tawau dari kumpulan ‘Backbencher’ ke barisan Pakatan Rakyat.

Apakah mungkin akan berlaku tindakan ‘berpaling tadah’ yang lebih besar di Parlimen selepas 23 Jun ini, atau sebaliknya, perkembangan politik terakhir ini akan majdi tumpuan semua rakyat.

Namun yang bakal menerima kejutan maha besar kelak ialah barisan tokoh-tokoh menteri dan penyokong–penyokong kerajaan sendiri yang mungkin terpaksa beralih tempat mengisi kerusi pembangkang, sekiranya gelombang dari tsunami ‘paling tadah’ ini benar-benar terjadi di Parlimen dalam tempoh terdekat nanti.

Semua kemungkinan ini boleh menjadi realiti. Ia bukan suatu yang mustahil.

Read more ...

Tuesday, June 17, 2008

KL KINI LENGANG

Saya turun ke KL lewat pagi ini untuk mencari pelbagai keperluan peribadi. Suasana ibu kota ini agak jauh berbeza jam 11.30 pagi Selasa ini berbanding waktu dari hari yang sama pada bulan-bulan sebelumnya.

Tak banyak kenderaan yang biasanya menyesakkan dada Batu Road (Jln Tuanku Abdul Rahman) atau Jln Chow Kit sendiri pada waktu ini. Batu Road dan Chow Kit nyata lengang dan tak berrmaya pagi ini. Tak banyak kereta, lori atau motosikal. Tak ramai manusia mundar mandir di dadanya seperti ketika-ketika dulu.

Peniaga runcit, penjual-penjual ikan, sayuran dan buah-buahan tidak lagi berteriak riang memanggil pembeli untuk merebut jualan masing-masing seperti selalunya. Lorong-lorong yang membelah di tengah meja-meja peniaga ikan jelas lengang. Pengunjung tidak perlu lagi jalan berhimpit atau berasak-asak untuk ke hujung atau ke pangkalnya.

Longgokan kerang dan ikan-ikan segar tersusun rapi di atas meja kiri kanan lorong panjang ini. Sayangnya, tak banyak yang disambar pembeli. Dan akhirnya bahan-bahan jualan ini mungkin dihantar semua ke dalam peti simpanan sejuk petang nanti.

Demikian senario kecil kesan inflasi, didorong oleh kenaikan harga minyak petrol dan disel yang melanda KL dan negara seluruhnya akhir-akhir ini. Kejutan dari luka kenaikan mengejut ini memang sukar untuk diterima oleh hampir seluruh warga Malaysia. Nyawa KL dan nafas rakyat hari ini semakin gawat dan cemas. Ia terpaksa mengambil masa agak panjang untuk menserasikan diri dengan kejutan inflasi ini.
Read more ...

Warkah Untuk Tun Dr Mahathir

Tun Dr M,

Apa yang saya lihat peranan akhbar kita sejak dulu sehingga kini tertumpu kepada tugas mempertahankan ‘Tuannya’. Akhbar-akhbar di Malaysia, jika diteliti secara mendalam, jelas lari dari fungsi asasnya: menegakkan kebenaran dam keadilan dan mempertahankan kepentingan minoriti dan tertindas.

Saya tidak fikir pejabat PM atau presiden UMNO (samada di zaman TUN sendiri atau zaman Pak Lah sekarang) menetapkan garis panduan atau peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap Ketua Pengarang: Utusan, NSTP, Berita Harian atau stesen television RTM, TV3 dll. berhubung pendedahan sesuatu isu yang memburukkan kerajaan atau halangan fokus ke atas tokoh politik tertentu.

Saya kira tindakan ketua-ketua pengarang ‘yang lebih sudu dari lauk’ dan ‘menjaga periok nasi’ telah mengongkong peranan media-media ini semata-mata untuk mempastikan Perdana Menteri dan kerajaannya terus-terusan berkuasa. Hal-hal seperti ini berlaku sejak dulu, apalagi sekarang.

Namun, peranan dan campurtangan kelompok orang-orang yang rapat dengan PM, samada pegawai atau ahli keluarga, merupakan kumpulan orang-orang yang sekaligus terbabit mengemudi media-media kita sehingga ia menjadi demikian bercelaru hari ini.

Demikianpun, saya melihat beberapa kesilapan kerap dilakukan oleh Tun sendiri yang terlalu terbuka untuk didekati oleh media melalui insiden sidang-sidang akhbar yang ‘tidak rasmi’ di zaman Tun meimpin dulu.

Tun melayan semua pertanyaan pemberita, sehinggakan kepada soal-soal remeh, contohnya: soal janggut Rasulullah SAW, soal hukum hakam agama dan lain-lain seumpamnya, sehinggakan Tun terperangkap menjadi sasaran parti Pas dan golongan yang mahu memperjuangkan Islam. PRU ke 11 dulu menyaksikan populariti Tun menurun’ lalu Tun mengundurkan diri dari kepimpimpinan negara. Saya beranggapan salah satu sebab pengunduran diri Tun pada tempoh tersebut berpunca dari hal di atas tadi.

Begitupun, saya berpendapat (selaku seorang bekas wartawan yang kini menjadi Blogger pula) adalah menjadi tanggungjawab pemberita, wartawan dan akhbar-akhbar sendiri untuk menilai bentuk soalan-soalan yang hendak dihadapkan kepada seorang PM dalam mana-mana situasi sesuai dengan tugas dan kedudukan PM itu sendiri.

Saya doakan Tun terus sihat dan melontarkan apa jua pandangan dan buah fikiran yang berguna untuk Melayu, negara dan masyarakat sejagat yang kini masih berhadapan dengan tekanan dan penindsan dunia Barat. Wassallam.

SHAHARON SALLEH – http://gendangdipalu@blogspot.com

Read more ...

Tempoh Bermewah Kini Berakhir

Tempoh Bermewah Kini Berakhir

Seorang peniaga kecil di Ampang Jaya, Selangor, mengeluh lesu melihat bisnes nasi campurnya di sebuah gerai tersusun di sini menjadi semakin muram dan gelap. Peniaga malang itu cuba mempertahankan harga jualan makanannya mengikut kadar setahun dua yang lepas meskipun harga bahan-bahan runcitnya yang didapatkan di pasar kini melambung tinggi.

Sudah lebih sepuluh hari, sejak kenaikan harga petrol 5 Jun lepas, dia cuba bertahan untuk meneruskan perniagaan kecil ini yang dimulakannya lebih 15 tahun dulu. Namun gelombang inflasi, pukulan kenaikan harga barangan yang semakin mengganas sekarang, akhirnya mematah dan melumpuhkan setiap sisa kekuatan yang masih melekat pada dirinya. Dia terpaksa tunduk, mengalah kepada tekanan inflasi buruk yang membadai sekarang.

Hari ini peniaga kecil ini terpaksa menghentikan bisnesnya. Sejak sepuluh hari yang lepas pulangan jualannya demikian rendah. Nak dapatkan kembali modal belian bahan-bahan runcit pun tak lepas. Apalagi untuk membayar gaji tiga pembantu. Akhirnya perniagaan nasi campurnya terpaksa ditutup. Mungkinkah nasib peniaga kecil ini bersama empat anak-anaknya, yang kesemuanya masih belajar di sekolah rendah, kini bertukar muram seperti muramnya alam bila dipukul ribut?

Turun naik ekonomi sesebuah negara lazimnya memberi kesan langsung kepada semua sektor perniagaan dan perkhidmatan: sama ada perhotelan, pelancongan, peruncit, peniaga-peniaga kecil, atau di kalangan pemandu-pemandu teksi. Senarai peniaga-peniaga di atas merupakan barisan pertama dari sistem ekonomi yang segera melihat dan merasakan kesan turun naiknya ekonomi negara.

Pertumbuhan pembangunan dan ekonomi yang lembap sekaligus melemahkan daya semua sektor perniagaan untuk bertahan dan berkembang. Kelemahan seperti ini dialami para peniaga ini sejak empat lima tahun yang lepas.

Peniaga nasi campur dari Ampang jaya serta peniaga-peniaga di tempat lain melihat sendiri bagaimana bilangan pelanggan mereka merosot bulan demi bulan sejak empat lima tahun yang lampau. Kemerosotan ketara dilihat pada minggu-minggu kebelakangan ini.

Peniaga-peniaga di Taman Warisan Pertanian di Putrajaya turut mengalami dilema kemerosotan perniagaan akhir-akhir ini meskipun medan menjamu selera itu terletak di kawasan elit dan strategik. Lebih separuh dari barisan meja-meja di sini lengang tanpa pengunjung. Ini merupakan senario yang amat kontras berbanding dengan keadaan sebelumnya.

Warga-warga kota Kuala Lumpur seakan masih terkejut dengan kesan kenaikan mendadak 41 peratus harga minyak petrol yang berkuatkuasa 12 hari lepas. Selepas matahari terbenam, jalan-jalan dan lebuh-leburaya sekitar KL dan Putrajaya kini tidak sibuk lagi seperti bulan-bulan yang dulu.

Kos kehidupan yang melonjak tinggi sekarang, pastinya memaksa semua rakyat, termasuk golongan berpendapatan sederhana sendiri, untuk benar-benar berjimat dan berhemah di dalam berbelanja. Tempoh bermewah kini berakhir. Mungkin untuk sementara. Namun keadaan yang dilihat sekarang demikian mencemaskan.

Read more ...

Wednesday, June 11, 2008

TAMAN SYURGA PULAU PERHENTIAN


HATI-HATI bila anda bercuti di Pulau Perhentian (PP). Anda harus memilih pakej percutian dan penginapan yang sesuai untuk mengelakkan terjadinya sebarang insiden, khususnya pandangan-pandangan yang mengejut atau memalukan.

PP menawarkan pelbagai panorama dan aktibiti percutian yang sungguh menarik untuk keluarga. Tetapi, pada masa yang sama anda dan keluarga akan menerima kejutan bilamana terpandang wanita-wanita berkulit putih separuh bogel, cuma dengan ‘kotang’ bikini dan aurat yang terdedah bersantai di pantai tanpa malu dan silu.

Sejak terdedah kepada dunia luar hampir sedekad yang lepas, PP menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Hidupan batu-batu karang di perskitarannnya demikian menakjubkan, meskipun terdapat sebahagian dataran karangnya kini mati akibat pencemaran oleh aktibiti pelancongan yang berlebihan.

Urusan keluar masuk pelancong ke PP di jeti Kuala Besut, Terengganu, sentiasa dipantau rapi oleh kakitangan bahagian Polis Marin dan Jabatan Mritim. Pengusaha-pengusaha bot yang membawa penumpang meninggalkan Kuala Besut ke PP tidak dibenarkan membawa penumpang yang berlebihan. Ini untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk dari berlaku.

Meskipun pengusaha-pengusaha bot penumpang di Kuala Besut dan PP sendiri terdiri dari pengusaha Melayu Terengganu, namun para pelancong pastinya terpegun melihat kecekapan mereka mengendalikan urusan pelancong dengan cekap menggunakan kelengkapan atau bot besar dengan enjin kuasa tinggi.

Keluarga kami seramai 30 orang, terdiri dari 14 dewasa, 4 remaja dan 12 kanak-kanak menyerbu PP tengahari Isnin lepas (minggu pertama Jun 2008). Kami menginap di Alu-Alu Resort, yang menyediakan pakej percutian harga sederhana. Lokasinya terletak di sebuah teluk bahagian selatan Pulau Perhentian Besar.

Terdapat sekurang-kurangnya enam pengusaha chalet dan hotel yang beroperasi di persisiran sepanjang 1 kilometer di pantai ini.

PP terlalu memukau. Pantainya dihiasi pasir yang bersih dan air membiru jernih berkaca. Aisyah, Atia, Raudhah, Aini, Raisah dan Amir, terus berkejar ke pantai sebaik beberapa minit tiba di Alu-Alu. Tidak ada perkara lain paling berharga bagi kumpulan kanak-kanak apabila tiba di PP, kecuali bermain dan bermandi-manda di pantai.

Malam ini kami beramai-ramai makan malam penuh selera di halaman pantai Alu-Alu berdepan dengan laut yang beralun lembut dan langit penuh taburan bintang. Kesegaran dan kelembutan alamnya demikian terasa.

Paginya kami bersiap untuk aktibiti ‘snorkling’, Pihak Alu-Alu mnggunakan khidmat bot penduduk perkampungan Pulau Perhentian Kecil yang bersebelahan untuk membawa kumpulan keluarga kami meneroka alam laut di pesisiran PP pagi itu.

Penduduk tempatan yang memiliki bot-bot besar, sederhana dan kecil mendapat manfaat, setiap peluang dan habuan dari aktibiti pelancongan yang berkembang subur di PP akhir-akhir ini.

Pemilik dan pengusaha-pengusaha ‘chalet’ dan ‘resort’ di persekitaran PP menggunakan perkhidmatan yang disediakan penduduk setempat untuk para pengunjung melakukan kegiatan memancing, mencandat sotong, lawatan ke kawasan persekitaran atau membawa pelancong ke lokasi-lokasi snorkling. Malah para pelancong yang bertandang ke PP juga harus mendapatkan peralatan-peralatan yang perlu dari bengkel pengusaha tempatan sekiranya mereka ingin menikmati keindahan hidupan dan alam laut PP melalui aktibiti snorkling.

Peluang dan kesempatan seperti di atas tidak dinikmati oleh para nelayan dan penduduk asal bagi apa jua kegiatan pelancongan di Redang, sebuah pulau jiran yang terletak kira-kira 20 kilometer dari PP. Semua akatibiti pelancongan di Pulau Redang seluruhnya dikuasi pengusaha hotel milik syarikat gergasi dari luar Terengganu.

“Kami gembira orang kampung dan penduduk tempatan mendapat nikmat dari limpahan pelancongan di Pulau Pehentian sekarang,” kata Pengurus Jualan sebuah agensi pelancongan Terengganu, EJ Tourism, Encik Zulkifli Hanifa.

Encik Zul dan EJ Tourism bertanggungjawab menguruskan perjalanan dan aktibiti keluarga kami sepanjang lima hari dalam program percutian di Terengganu musim cuti sekolah ini.
Kumpulan berpuluh atau beratus anak-anak ikan pelbagai warna dan jenis turut meraikan kedatangan kami apabila meneroka persekitaran pantai PP yang menawan dan menakjubkan.

Aisyah, yang mengetuai kumpulan enam adik-adik pupunya, demikian girang melihat kumpulan anak-anak ikan tadi mengerumuninya, berlumba-lumba memagut kepingan roti di tangannya bila roti dihulurkan.

Alam laut persekitaran PP penuh dengan tarikan dan keindahan, keunikan yang sukar didapati di tempat-tempat lain. Semua indah dan mempesonakan. Alam laut PP bagaikan sebuah taman syurga impian bagi sesiapa sahaja yang mahu menerokainya.

Tak puas sekali dan sehari, esoknya keluarga kami turun lagi melakukan aktibiti snorkling meneroka keindahan taman-taman laut PP yang pasti kehebatannya sukar dilupakan oleh setiap pengunjungnya.

Saya bersama lapan lagi anggota keluarga kami yang tahan lasak melakukan aktibiti lebih mencabar, pagi ini dengan aktibiti menyelam (scuba diving).

Azam, anak muda dari Kuala Terengganu yang berkhidmat selaku Master Diver di Alu-Alu Resort, tak pernah bosan melayan kerenah Amir Rashid, seorang cucu kakak tua saya, Wan Haslah, meskipun dia tidak harus menyelam ke dasar lebih dalam ketika usianya baru memanjat 10 tahun.

Gerombolan anak-anak ikan, kecil dan besar penuh warna-warni, bertaburan di sana sini sekitar batu-batu karang cantik yang menghiasi periran PP. Sesekali di dasar pantai sedalam 4 hingga 5 meter di sini, kami bernasib baik sang penyu sedang berenang lembut membelah air jernih berkaca.

Batu-batu karang berselerak di ai perairan pulau ini dalam pelgai warna dan bentuk. Semuanya indah, menawan. Ia memperlihatkan keajaiban alam laut ciptaan Allah Maha Pencipta. Namun keindahan alam laut yang mengasyikkan ini adalah untuk setiap pengunjung melihat dan menghayatinya sahaja.

Anda tidak harus memegang, menyentuh atau mengganggu-gugat batu-batu karang atau apa sahaja hidupan dalam laut ini. Taman-taman laut yang indah ini tidak dibina atau mengembang subur dalam tempoh setahun dua. Setiap satunya hidup, membiak dan menghiasi dada perairan Pulau Perhtian hasil proses beratus atau beribu tahun.

Lalu tidak hairanlah kita melihat Pulau Perhentian kini semakin menjadi tumpuan ramai dari dalam dan luar negara. Alu-Alu Resort, yang muncul sebagai pusat utama akbibiti menyelam di PP, tidak sepi menerima pertambahan peminat-peminat scuba diving dari luar negeri, terutama dari Eropah, pada setiap tahun.

Ayuh ke Pulau Perhentian! Sama-sama kita terokai keindahan perairan negara yang demikian berharga dan menawan. SHAHARON SALLEH
Read more ...

Sunday, June 8, 2008

IMBAUAN TERENGGANU

SUDAH lebih suku abad saya tinggalkan Terengganu. Tidak saya jengah-jangah tanah Darul-Iman ini setelah berhijrah keluar darinya 1983 dulu.

Demikian terpegun saya melihat perubahan yang mengambil tempat di sini. Kemaman yang dulunya cuma sebuah bandar kecil dan tenang, kini berubah wajah, bertukar menjadi bandar besar yang berselerak dengan pelbagai bentuk bangunan dan kompleks perniagaan.

Kalau dulu anda boleh memandu penuh selesa dan damai di tengah-tengah bandar Chukai, kini segalanya berubah. Kemaman dan Chukai hari ini sesak dengan kenderaan dan laluan yang simpang-siur, seperti juga bandar-bandar lain di Pantai Barat Semenanjung.

Kampung Kemasik yang sepanjang tujuh-puluhan dulu cuma dipenuhi dengan semak dan belukar, kini berubah menjadi tapak industri petroleum dan gas yang sungguh perkasa, hasil limpahan sumber minyak dan gas yang terbit dari perairan Terengganu mulai 1976. Perkampungan Nelayan Paka yang berjiran dengan Kemasik, juga menerima perubahan yang sama.

Perjalanan kami sekeluarga dari Kuala Lumpur jam 9.30 pagi minggu 7 Jun lepas, demikian selesa dan lancar. Lebuhraya Kuala Lumpur ke Beserah di Kuantan yang kami lalui pagi itu memang menyenangkan, sehinggalah kami menyeberangi jambatan Sungai Kemaman, yang memakan masa tidak sampai tiga jam.

Kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Besut hujung minggu lepas untuk percutian empat hari di Pulau Perhentian.

Laluan sepanjang perjalanan dari Kemaman ke Jertih, Besut, memang agak sesak dengan pelbagai kenderaan pada hari itu lantaran ia merupakana musim cuti sekolah, ditambah dengan temasya sukan SUKMA di mana Terengganu menjadi penganjurnya pada minggu ini.
Namun, kami cuma mampu sampai ke Kuala Besut jam 6.30 petang setelah mula memasuki Bandar Kemaman kira-kira jam 12.30 tengahari, dan cuma berehat selama 45 minit di perkampungan nelayan Kijal.

Dalam tempoh 25 tahun Terengganu saya tinggalkan, hakikatnya tidak banyak perubahan yang berlaku dari sudut sistem dan kemudahan jalanraya sepanjang perjalanan utama bermula dari Kekaman ke Jertih. Pertambahan bilangan kenderaan yang menggunakan jalanraya penting ini sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda lebih tinggi hari ini berbanding keadaannya 25 tahun dulu. Namun keadaan sistem, keluasan dan kemudahan jalanrayanya hampir tetap sama seperti dulu.

Dalam ketika sukan SUKMA dan musim cuti sekolah yang sedang berjalan, berpuluh-puluh kenderaan terpaksa berbaris panjang menanti giliran selama sepuluh atau 15 minit, menuju ke haluan di depan bagi memberi laluan kepada berpuluh-puluh lagi kenderaan dari arah bertentangan bilamana sekurang-kurang terdapat enam tempat peremukaan jalan sepanjang laluan merentasi negeri Terengganu ini sedang dibaiki.

Laluan menuju ke pusat Bandar Kuala Terengganu pada hari yang sama turut ditutup selepas Marang kerana pembinaan jalanraya di laluan berkenaan sedang dijalankan. Semua kenderaan terpaksa mengambil lencongan ke Bukit Payong, untuk sekurang-kurangnya 40 minit, bagi menuju ke pusat bandar dan ke Besut.

Bukit Payong kini menjadi bandar baru, penuh dengan barisan bangunan perniagaan dan kenderaan yang bertali-arus. Tiada lagi lembu-lembu yang berkeliaran di bibir-bibir jalan, atau orang-orang kampung yang mengayuh basikal, ataupun kereta-kereta tua berlalu perlahan di sepanjang jalan Bukit Payung hari ini, berbanding saat-saat manis dan tenangnya suku abad yang lepas. SHAHARON SALLEH
Read more ...

Sunday, April 20, 2008

SOROTAN SEMASA

KEJUTAN-kejuatan yang terjadi hasil PRU12 pada 8 Mac 2008 memaksa saya kembali memantau gelodak politik Malaysia secara lebih dekat. Suasana politik negara yang hambar selama empat tahun sebelum ini tidak meruntun banyak pihak, terutama golongan rakyat biasa, untuk ambil pusing dengan suasana tidak teransang yang semacam lumrah dan biasa.



Tidak berlaku sebarang kejutan di dalam UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Lalu masyarakat tidak terpanggil untuk ambil pedulu terhadap mereka. Kejutan yang ada banyak berkisar mengenai khabar 'korapsi kuasa' dan 'pembolotan kontrak-kontrak besar' yang dikatakan dimonopoli keluarga tok perdana menteri, tok timbalannya, atau rakan-rakan rapat dan kroni bapak-bapak menteri. Ini sangatlah memualkan.



Rakyat cuma sering dikejutkan dengan berita kenaikan harga barang-barang keperluan harian, berhubung kemungkinan akan naiknya harga minyak petrol dan disel, kenaikan tarif letrik dan air yang nantinya bakal dibebankan kepada pengguna.



Bapak-bapak menteri di dalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi selama ini sangat digeruni oleh rakyat bawahan, khususnya di kalangan rakyat yang tak cukup berbelanja, tak mampu melancong dan berjalan.



Paling digeruni oleh semua selama ini ialah Samy Vellu, presiden MIC yang sejak lebih sedekad lalu berkuasa penuh ke atas pembinaan lebuhraya melalui Kementerian Kerjaraya dan Kemudahan Awam yang dipegangnya. Bahawa rakyat bawahan yang tidak berpunya takut tarif tol di setiap lebuhraya pasti akan melompat tinggi selepas pilihanraya nanti.



Orang-orang kampung dan rakyat biasa pula ramai yang gelisah "Apa yang akan jadi pada anak-anak remaja mereka?" dalam ketika RTM dan semua stesen radio dan television negara lebih tertumpu ke arah mengajak anak-anak muda kepada berhibur, berleka dan berfoya-foya, berbanding usaha mencernakan remaja dengan akhlak cemerlang dan pekerti terbilang.



Kegelisahan rakyat terus memuncak apabila kejadian rompak, samun, sambar dan ragut terus menjadi-jadi setiap pagi, petang dan malam di semua kota dan bandar. Bahu-bahu jalan di seluruh tanahair sepertikan sudah tidak selamat lagi bagi kaum ibu, wanita dan anak-anak untuk berjalan dan berpergian tanpa iringan pengawal.

Kepimpinan kita terlalu lemah untuk berhadapan dengan isu-isu besar serantau, apalagi di peringkat global. Mereka dilihat cuma bertungkus lumur bekerja dan merancang projek-projek mega yang pengagihan kontraknya berputar dikalangan kerabat dan kroni sendiri sahaja.

Negara kita dalam tempoh empat tahun lepas dibimbing dalam keadaan terumbang ambing. Negara dalam tempoh tersebut dilihat telah diteraju tanpa paksi yang padu, tanpa hala tanpa tuju. Ke mana negara hendak dibawa, rakyat tidak mengerti, tidak tahu. Kerajaan cuma dilihat mahu membina pentadbiran yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun, apa yang berlaku dan matlamat yang hendak dicapai jauh dari apa yang diharap dan dilaungkan. Semua prinsip yang dilaungkan itu kian hari kian pudar, padam dan tenggelam dalam suara tok perdana menteri yang semakin hambar dan tidak bermaya.

UMNO sebenarnya lesu di tahun akhir menjelang PRU 12. Ahli-ahli parti tidak berminat dengan kerenah kepinpinan pusat, negeri dan bahagian yang seperti tidak memperdulikan kebajikan ahli di peringkata bawahan. Semangat orang bawah untuk mempertahankan parti, memperjuangkan kemenangan BN, sudah lama mati, jauh sebelum 8 Mac lepas.

Dalam ketika calon-calon parti kerajaan ghairah mencongak kerusi empok mana yang hendak diduduki selepas pemilihan 8 Mac, orang-orang bawahan parti dan rakyat biasa pula menimbang dan membilang setiap kejelekan dan keburukan yang dilakukan pemimpin yang mereka harap akan mempertahankan kepentingan rakyat, terutama di dalam berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang-barang. Keputusannya jelas dengan tumbangnya lima negeri, sementara empat menteri pusat (termasuk Samy Vellu dan Zainuddin Maidin) tersungkur menerima hukuman rakyata dan pengundi.

Apa yang mesti ditunggu lagi? Angkatlah kaki kerana masa untukmu beredar telah sampai kini.
Read more ...
Designed By