Lelaki Paling Lama
Berkhidmat Dengan Kumpulan Utusan Melayu
BANDA ACEH (Khamis 3 Okt) - Ketika memasuki ruang
pemeriksaan imigresen lapangan terbang Sultan Iskandar Muda petang Selasa lalu,
saya dikejutkan dengan nama ‘Ali Jaafar’ yang tertulis pada kepingan kad besar
di tangan Pak Ariffin.
Nama itu terlalu familiar dan tetap saya ingat meskipun
sudah lebih 30 tahun saya tidak melihat orangnya.
Haji Ali Jaafar (memegang telefon) bersama penulis di Asrama rumah Anak Yatim Melaka - Tusnami Aceh. |
“Nama yang bapak pegang ini, teman saya Pak,” kata saya
pada Pak Ariffin, pengantara pelancong Aceh-Malaysia yang paling popular di
Banda Aceh.
Apabila kembali ke depan kantor pemeriksaan Imigresen,
selepas melegakan tubuh di WC (jamban, menurut istilah Indon), saya merapati Pak
Ariffin yang sedang melayani tamu Malaysianya yang bernama Ali Jaafar.
“Benar Pak, tamu bapak ini adalah teman saya,” kata saya
pada Pak Ariffin sambil mengarahkan tangan ke arah lelaki berumur itu yang
berada di depannya.
Bila mendekatinya dan menghulur tangan untuk bersalam,
tamu yang pertama kali bertandang ke bumi Aceh itu merenung saya penuh
kehairanan.
“Ini siapa ye?” tanya tamu itu dengan kedua-dua matanya
tepat merenung saya.
“Haji Ali Jaafar, orang kuat Utusan Transport,” dia
terpegun penuh tandatanya bila namanya dan pengenalan dirinya sendiri saya ungkapkan.
Haji Ali Jaafar bersama isteri dan saudara perempuannya di Banda Aceh tengahari ini. |
Ali Jaafar merupakan 'Tiang Seri Utusan’. Dia adalah seorang
pekerja paling lama pernah berkhidmat dan terlibat dengan Kumpulan Akhbar
Utusan Melayu. Dia menyertai Utusan sebelum 13 Mei 1969. Dan sekarang pun,
ketika usianya sudah melangkah lebih 70 tahun, dia masih duduk sebagai Pengarah
Urusan Kumpulan Utusan Forwarding.
Lelaki yang di depannya kini memang sama sekali tidak tersimpan
dalam rekod ingatannya meskipun saya sudah memperkenalkan diri.
Saya bawanya kembali mengimbau sejarah lama ketika berkhidmat
sebagai ketua biro Utusan Melayu Pantai Timur di Kuala Terengganu selama tiga
tahun mulai 1979, di mana saya turut membantu pengurusan Utusan Transport.
Haji Ali sama sekali tidak ternampak gambaran wajah saya.
Kisah lama kehadiran saya di Utusan 35 tahun dulu memang hampir terhapus dari memori otaknya.
“Nama engkau macam biasa saja aku dengar. Tapi rupa
engkau memang tak dapat nak aku kaitkan,” ujar Haji Ali sambil terus memegang
erat tangan saya.
Lalu terus saya bawa dia kepada sejarah tragedi yang
menimpa Allahyarham Haji Samian, mantan pengarah urusan Utusan Transport yang
meninggal di Golok, Thailand, pada 1981. Haji Samian bersama isteri dan seorang anak lelakinya
terbunuh dalam tragedi itu setelah dia membenarkan dua lelaki tidak dikenali
menaiki kereta mereka dalam perjalanan menuju ke bandar Golok dari Rantau
Panjang.
Dan Haji Ali menjadi lebih tertanya-tanya lagi apabila
sejarah Golok itu saya ungkapkan. Dia tahu bahawa diantara dirinya dengan saya
– kami suatu ketika dulu memang rapat. Namun dia terus mencari-cari pelantar
dan tapak untuk mengambalikan rekod lama yang hampir terpadam ini'
Jenazah Haji Samian, isteri dan anak lelaki tunggalnya yang berusia 10 tahun demikian dingin malam itu ketika saya memindahkan tubuh-tubuh kaku mereka dari kereta ambulan ke kereta jenazah di jambatan Rantau Panjang. Lima jam sebelum ketiga-tiganya menjadi mangsa tembakan, Allahyarham dan keluarga singgah makan tengahari bersama keluarga saya di Kuala Trengganu hari itu.
Jenazah Haji Samian, isteri dan anak lelaki tunggalnya yang berusia 10 tahun demikian dingin malam itu ketika saya memindahkan tubuh-tubuh kaku mereka dari kereta ambulan ke kereta jenazah di jambatan Rantau Panjang. Lima jam sebelum ketiga-tiganya menjadi mangsa tembakan, Allahyarham dan keluarga singgah makan tengahari bersama keluarga saya di Kuala Trengganu hari itu.
Sesudah 44 jam kami berpisah di lapangan terbang, Haji
Ali Jaafar bersama isteri dan seorang saudara perempuannya menziarahi asrama kami di Rumah Anak Yatim
Melaka – Tsunami Aceh di Desa Punie tengahari ini.
“Memang aku tak dapat ingat lagi siapa engkau bila kita
jumpa petang Selasa tu,” ujar Haji Ali yang kini bertamu di asrama kami.
Menurut Haji Ali dia tidak dapat melelapkan mata ketika
menginap di hotel malam kelmarin sehinggalah dia dapat mengingat kembali
kisah-kisah lama yang mengambil tempat antara 35 hingga 40 tahun dulu. Malam tadi dia menghubungi beberapa rakan lama Utusan untuk menjejaki saya, teman penuh misteri yang tidak pernah dilihatnya sejak sekian lama.
Wajah saya kini kembali segar dan terang dalam ingatannya. Setiap satu dari jejak-jejak sejarah lama itu dibacanya kembali penuh jelas.
Wajah saya kini kembali segar dan terang dalam ingatannya. Setiap satu dari jejak-jejak sejarah lama itu dibacanya kembali penuh jelas.
Wajahnya dan susuk tubuhnya sendiri tidak banyak berubah
seperti Haji Ali Jaafar yang saya kenali dan lihat dulu. Lontaran
langkah-langkahnya masih teratur dan bertenaga meskipun dia sekarang sudah
bergelar seorang “Datuk’ yang memiliki enam orang anak dan 26 orang cucu.
Dia kini menjadi tonggak dan ‘tiang seri’ yang tetap teguh bagi Utusan, sebuah kumpulan akhbar yang memainkan demikian banyak peranan di dalam kebangkitan ummat Melayu kini.
No comments:
Post a Comment