Breaking News
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, July 13, 2016

Tun Mahathir Memperkatakan Ciri Manusia Bebal

Tun Dr Mahathir Mohamed barangkali sudah tidak lagi mampu mengawal kemarahannya apabila beliau memakai kalimah ‘Orang Bodoh’ dalam serangannya ke atas barisan pemimpin Umno dan Pas yang menyokong kejahatan Putrajaya melesapkan berbilion ringgit dana melalui 1Mdb.

Tun Mahathir merumuskan bahawa mereka yang dipilih terlibat di dalam 1Mdb sebagai golongan pekak dan bebal kerana masing-masing tidak mampu bercakap.

Ikuti tulisan penuh Tun dr Mahathir dalam tulisan terkini beliau berhubung isu ORANG BODOH yang disiarkan melalui blog Chedet.


 ORANG BODOH

1. Saya diberitahu bahawa Sarawak Report, entah bagaimananya, telah dapat memperolehi laporan Audit Negara mengenai 1MDB yang paling rahsia. Dan mereka berkata laporan Audit Negara itu adalah menjahanamkan. Terdapat begitu banyak perkara yang salah, malah perkara-perkara jenayah yang dilakukan oleh orang-orang 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat, yang mewajarkan tuduhan jenayah diambil terhadap Pengerusi dan kakitangan 1MDB.

2. Tetapi seperti yang kita semua tahu A.G. yang satu lagi itu (Attorney General) – iaitu Peguam Negara telah mengisytiharkan bahawa laporan Ketua Audit Negara tidak menunjukkan bahawa Najib telah melakukan sebarang kesalahan atau jenayah. A.G. ini menolak laporan A.G. yang satu lagi dan beliau kuatkuasakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang ramai mengakses kandungan laporan.

3. Jelas sekali kedua-dua A.G., kakitangan pejabat Audit Negara dan pejabat Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengetahui kandungan laporan Audit Negara ini. Tetapi mereka tidak bercakap. Bibir mereka dimeteraikan.

4. Kemudian Menteri Kewangan II meletak jawatan daripada semua jawatan. Dia tidak menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan yang drastik itu. Dia akan ke Jordan untuk belajar agama. Nampaknya bibirnya juga dimeterai. Dia membisu sekarang.

5. Jika melihat kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB, seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa mereka itu telah dipilih kerana mereka bodoh. Dan mesti ada banyak orang-orang bodoh sebegini di persekitaran. Sesetengahnya meletak jawatan dengan cepat, yang lainnya mengambil masa yang lebih lama. Sesetengahnya mungkin telah dihentikan atau dipindahkan atau bersara. Tetapi kecacatan umum mereka semua adalah ketidakmampuan mereka untuk bercakap. Boleh jadi juga mereka pekak, tetapi sudah pasti mereka semuanya adalah bodoh.

6. Saya percaya terdapat undang-undang mengenai menutup perbuatan jenayah. Bahkan orang-orang bodoh pun tidak dikecualikan daripada undang-undang ini. Mereka mungkin bodoh tetapi mereka tidak sebegitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan di antara betul dan salah. Mereka boleh membaca dan mereka boleh memahami.

7. Mahkamah undang-undang mungkin tidak dapat menerima dengan baik pengakuan bahawa mereka bodoh. Mungkin mereka boleh mendakwa bahawa mereka telah dipaksa untuk bertindak bodoh. Kemungkinan seorang. Mungkin juga dua atau tiga. Tetapi sekumpulan manusia yang besar tidak mungkin dapat dipaksa untuk bertindak bodoh. Hujahan mereka akan ditolak oleh mahkamah.

8. Kemudian timbul persoalan perasaan yang ada dalam hati nurani. Tetapi terdapat mereka yang dengan penuh cerianya memperindahkan apa yang mereka tahu dengan membuat pembohongan. Tidak mungkin mereka begitu buta huruf sehingga tidak boleh membaca. Akhbar, media alternatif dan penyiasat pakar seperti WSJ dan Sarawak Report tidak mungkin dapat mereka-reka semua penipuan skala besar yang melibatkan 1MDB. Sehingga laporan asal diisytiharkan awam, tuntutan oleh konco-konco mereka bahawa semuanya adalah pembohongan tidak boleh dipercayai .

9. Hari ini anda boleh bertindak bodoh. Tetapi akan tiba masanya apabila helah ini tidak dapat dimaafkan. Walaupun anda berselindungkan agama, pengelakan tidak akan bertahan.

10. Kumpulan ketiga terdiri daripada mereka yang telah diberi makan dedak (bran). Dan yang keempat terdiri daripada penyokong yang tidak boleh berfikir. Kumpulan ini percaya bahawa seseorang Presiden yang juga seorang pemimpin parti berhak untuk berbuat apa-apa saja yang beliau suka, termasuk mencuri wang Kerajaan tidak kira berapa banyaknya. Satu juta atau satu bilion tidak mengapa. Ianya hanya melibatkan perubahan “m” kepada “b” dan menambah tiga lagi sifar – iaitu menambah kosong. Bagi mereka, “bukan mereka untuk menyoal sebab mengapa, tetapi bagi mereka ialah membuat sampai mati”. “Presiden saya, semoga dia sentiasa berada di landasan yang betul, tetapi dia Presiden saya, betul atau salah”. Itulah mentaliti mereka.

11. Di antara semua orang-orang yang bodoh ini, negara ini akan musnah. Tetapi siapa yang mempedulikan !!

12. Hari pembalasan pasti akan tiba. Ia akan tiba sebelum orang-orang Islam di kalangan mereka bertemu Pencipta mereka. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurahkan keluar. Agama tidak akan membebaskan anda. Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri, tidak akan menebuskan dosa-dosamu. Anda akan mendapat balasan yang setimpal.
Read more ...

Sunday, May 29, 2016

BERBILION RINGGIT DANA 1MDB MUNGKIN LESAP



KUALA LUMPUR 28 Mei – Siapakah yang bakal menanggung beban kemungkinan hilangnya dana lebih dari $1 bilion USD yang dikatakan dipindahkan oleh 1MDB  kepada Good Star Limited, syarikat misteri bertdaftar di Pulau Seychelles, apabila Bank Negara Malaysia berkata siasatan ke atas 1MDB sudah selesai.

Kalangan yang mengikuti perkembangan arah aliran, simpang siur perjalanan syarikat sarat hutang negara ini khuatir akhirnya kerajaan dan rakyat sendiri terpaksa menanggung kehilangan dana demikian besar itu setelah Putrajaya memberikan kategori ‘Rahsia’ ke atasd semua maklumat penyiasatan salah laku yang mengambil tempat di dalam 1MDB.

Bernama hari ini melaporkan penafian Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin hari ini menafikan bahawa pemilik Good Star Limited adalah Low Taek Jho atau Jho Low seperti yang dinyatakan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) dengan mengaitkan surat Bank Negara terhadap jawatankuasa itu.

"Ini kerana Bank Negara Malaysia sendiri menyatakan maklumat yang diberikan adalah bertaraf risikan. PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata: "Disebabkan maklumat yang diterima PAC adalah bertaraf risikan, PAC tidak boleh memasukkan maklumat itu kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab dan boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak".

"Selain itu, Bank Negara Malaysia sendiri sudah menyatakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.

"PAC juga telah membentangkan laporan ke Parlimen, oleh itu perkara ini telah selesai dan tidak perlu dipolitikkan," katanya.
Read more ...

Monday, January 18, 2016

SEPERTI 1MDB: DRONE MURAHAN HILANG KAWALAN



DRONE MURAHAN
HILANG KAWALAN




Remote control quadcopter drone murahan RM320, yang saya dapatkan dari pembekal di Bandar Bukit Puchong tiga minggu sudah, cantik berlegar 40 kaki di udara ketika ujian saya lakukan di padang bahagian belakang stesen TVRI Banda Aceh pagi ini.

Ujian ini mesti dilakukan sebelum kamera GoPro kecil dilekatkan pada helikopter empat kipas ini, bertujuan untuk mengambil timelapse photo atau video dari udara.

Setelah tiga kali terbang tinggi sehingga 80 kaki ke udara, saya lepaskan lagi drone ini ke paras lebih tinggi. Terbangnya cantik. Bagus sekali untuk kerja mengambil gambar dari udara.


Namun, beberapa saat kemudian drone ini terbang lebih tinggi. Saya memutar batang kawalan kecil pada alat kawalan jauh di tangan untuk memanggilnya turun lebih rendah. Dia tak mau ikut arahan. Tak mau turun. Malah terbang lebih jauh lagi. Sudah tidak lagi terkawal.

Drone murahan ini terbang melangkaui pucuk pokok atas bukit 200 meter di depan sana. Dan akhirnya jatuh di kawasan rumah berdekatan.

Puas mencari dibantu berepa anak SD (sekolah rendah) desa Gugajah, Ketapang, melihat kawasan sekitar rumah-rumah tempat drone ini dikira terhempas. Namun tak jumpa.

“Alhamdulillah, drone kecil ini tidak terhempas sehingga merosakkan manusia lain.” Atau mencederakan lebih 20 pelajar sekolah rendah yang sedang berlatih main bola di padang terbuka tadi.

Demikianlah dengan apa jua permasalahan yang timbul dari urusan yang dilakukan oleh sesiapa juga dalam projek atau bisnis yang dijalankan. Sekiranya msalah kecil ini tidak dibendung awal, maka ia akan melarat menjadi masalah besar dan tidak terkawal sehingga merosakkan semuanya.

Seperti juga dengan 1MDB, yang fungsi dan tujuan asalnya demikian murni, tetapi kemudian bertukar menjadi barah kepada negara apabila nakhoda kapalnya melakukan kesilapan, gagal mengemudi bahtera kerana terlalu seronok dengan angin lembut yang memukul laut luas.

Sang nakhoda memberitahu anak-anak kapal bahawa bahtera 1MDB mereka berjalan mulus dan tepat menuju sasaran seperti yang dikehendaki meskipun dia sedar bahawa bahtera besar itu sudah tersasar jauh.

Dari tujuan asal menuju ke selatan, akhirnya bahtera 1MDB melarat jauh ke utara pula, berpusing-pusing sehingga anak-anak kapal berteriak, berontak kerana pulau yang mahu dituju tak ditemui, bekalan makanan pulak semakin berkurangan.

Dan saya masih bernasib baik pagi tadi kerana 20 minit setelah pulang ke asrama, lima anak-anak SD Gugajah yang membantu mencari drone yang terhempas tadi, muncul di pintu pagar asrama membawa helikopter berkenaan.
Subhanallah! Saya terkedu melihat peristiwa kecil yang berlaku selama setengah jam ini. Drone yang meskipun murahan ini tadinya terhempas, hilang dan tak ditemui. Tapi kemudian ia kembali kepada pemiliknya.

Anak-anak Gugajah ini berteriak gembira bila pulang kerana pagi ini mereka mendapat hadiah istimewa pagi minggu.


Read more ...

Saturday, September 7, 2013

ACEH DIMALUKAN DENGAN UKURAN ALAT KELAMIN



Kecoh Tinjauan Ukur Alat Kelamin, Payudara Pelajar

Sangat menggemparkan. Pihak berkuasa Kementerian Kesehatan Indonesia mahukan pelajar-pelajar lelaki sekolah menengah di Pulau Sabang dan Bireun Aceh, memberikan ukuran alat kelamin mereka dan ukuran besar payudara untuk pelajar perempuan.

Inilah diantara kejutan Jakarta untuk Aceh melalui tinjauan kesehatan ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah yang dilancarkan minggu lepas.

Tinjauan paling luar biasa ke atas para pelajar sekolah ini sekaligus meledakkan kemarahan pelbagai pihak di seluruh Aceh lantas ia cuba dilakukan dalam ketika provinsi itu sedang bekerja keras untuk menerapkan undang-undang syariahnya.
 
Barisan wanita-wanita Aceh dalam demonstrasi menentang penyertaan calon gadis Aceh untuk pertandingan Miss World. Demonstarsi ini berlangsung di Banda Aceh kelmarin.


Dipercayai bahawa tinjauan umum sehingga memerlukan pelajar memberi ukuran alat kelamin dan payudara mereka ini sebagai pertama kalinya dilancarkan di sebuah wilayah di Indonesia di mana provinsi Aceh diambil sebagai percubaan.

Setiausaha Agung Himpunan Ulama Dayah Aceh, Tengku Faisal Ali berkata tinjauan yang dilancarkan itu tidak ada hubungan langsung dengan pendidikan.

“Ia demikian mengarut dan sangat bertentangan dengan syariat,” tegasnya.

 Tokoh-tokoh akademik Aceh pula turut menyelar bentuk tinjauan yang sehingga membabitkan pendedahan alat kelamin itu. Mereka berkata kaedah permintaan data seperti itu ternyata melanggar etika pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan Indonesia, Musliar Kasim, yang turut terperanjat dengan tinjauan alat kelamin dan payudara itu berkata ia adalah sesuatu yang amat biadab dan tidak memberi sebarang faedah.

Majlis Permesyuaratan Ulama Aceh ketika menyelar isu yang sama berkata ia sangat memalukan bagi Aceh sebagai sebuah negeri yang cuba mengamalkan undang-undang syariat.

Demikianpun, di tengah-tengah keributan dan kejutan isu penuh hangat itu diperkatakan ramai, Jabatan Pendidikan Provinsi Aceh mengeluarkan pengumuman mengharamkan tinjauan berkenaan yang membabitkan maklumat peribadi dan maruah pelajar-pelajar.

Ketua Jabatan Kesehetan Aceh, Dr Taqwallah dalam permohonan maafnya kepada semua pihak menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan yang berlaku bilamana para pelajar membawa pulang borang soalan yang diberikan.

Katanya, borang berkenaan seharusnya diisi dan dipenuhi di hadapan seorang juruteknik kesehatan yang bertauliah, maka menyebabkan ia telah disalahtafsir oleh semua pihak.
Read more ...
Designed By