Breaking News
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

KALIMAH ALLAH: IA DIGADAI, DIPERDAGANGKAN



SINAR HARIAN, PAS SENGAJA TENGGELAMKAN ISU KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR 15 Okt: Malam tadi (malam Idul-Adha) saya berusaha mencari berita berhbung keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh gereja-geraja Kristian atau agama lain. Kalimah itu eksklusif untuk Islam sahaja.

Sinar Harian online saya telusuri jam 3 malam ini. Saya meraba dan mencarinya jika berita hangat ini diliputi oleh SH, untuk melihat liputannya. Namun akhbar yang lebih pro kepada Pas dan PKR itu tidak memberi tempat kepada berita sedimikian penting di peringkat nasional dan global, untuk disiarkan.
 
Tentera-tentera Bersih Pas gagal hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi Isnin 14 Okt lepas apabila Mahkamah Rayuan membentangkan keputusan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' yang mahu digunakan-pakai oleh gereja-geraja Kristian.
Apakah keputusan SH itu, sengaja tidak mahu masyarakat pembaca tahu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengharamkan agama lain menggunakan kalimah Allah, dibuat sejajar dengan dasar Pas dan PKR yang selama ini tidak membantah pihak kristian atau penganut-penganut rakan kongsi mereka yang lain menggunakam kalimah maha keramat itu, tidak kita ketahui.

Apakah Sinar Harian dan Pas sengaja hendak meneggelamkan isu ‘Kalimah Allah’ ini? Sangat luar biasa tetapi demikian ketara pula belang mereka.
Anwar Ibrahim, tidak pernah bantah gereja guna kalimah Allah.
 
Liputan yang disarkan Utusan Malaysia memaparkan bagaiamana tidak ada gerombolan tentera-tentera jihad Pas atau PKR hadir di Istana Kehakiman Putrajaya pagi Isnin untuk memberi sokongan kepada gerakan pertubuhan-pertubuhan Islam, seperti semangat berkobar-kobar yang mereka paparkan ketika menghadiri semua siri perhimpunan ‘berish’ anjura peguam Anbiga Sreevanasan dulu.
Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew bersama Nik Aziz

Hadi....cari formula baru
Pas dan pejuang-pejuang Islam di dalam PKR sepertinya tidak memperdulikan kalimah Allah diperdagangkan dalam ketika masyarakat Islam antarabangsa menangis melihat lebih 10 juta masyarakat Indonesia yang asalnya beragama Islam, bertindak menganut Kristian sejak sedekad yang lalu akibat putarbelit dan tipudaya gerakan Kristian Indonesia bilamana pihak pemerintah negara itu membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam buku-buku agama mereka.

Rakyat Islam di Malaysia mungkin tidak begitu kecewa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak sesekali tersasar apabila bercakap sesuatu yang menyentuh akidah atau perundangan Islam. Namun apabila Pas sendiri dengan barisan ratusan alim yang mengelar diri mereka sebagai ulamak dan pejuang Islam, bersedia memperdagangkan nama Allah kepada musuh-musuh Islam, maka ini menjadi suatu tandatanya sangat besar.
 
Muka Hadi Awang, Salahuddin Ayub atau lain-lain pemimpin Pas, kecuali tokoh terpinggir Nasaruddin Isa, juga tidak kelihatan di Istana Kehakiman pagi Isnin lepas.
Umum melihat langkah Pas dan PKR yang lebih cenderung memilih sikap terbuka apabila rakan karib mereka DAP mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh gereja-gereja Kristian, merupakan strategi pilihanraya mereka ke arah menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam.

HASSAN ALI TERSINGKIR

Dua tiga tahun menjelang pilihanraya 5 Mei lepas, Pas menyokong kristian menggunakan kalimah Allah dengan memberikan pelbagai alasan songsang sambil mengarahkan pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat tidak menyentuh soal penggunakan kalimah suci itu.

Insiden paling panas berlaku tahun lepas bilamana pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dilucutkan dari keanggotaan parti setelah dia mengambil tindakan keras ke atas gerakan gereja Kristian Selangor mengkristian orang-orang Islam.

Hassan turut dilucutkan dari jawatan Exco Selangor kerana kesungguhannya mahu menegakkan prinsip Islam serta menolak sikap kurang ajar gereja yang tidak menghormati Islam di Selangor.

ZULKEFLI NORDIN JADI MANGSA

Di pelantar yang lain pula, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, peguam Zulkefli Nordin turut jadi mangsa dan disingkir dari PKR kerana dia melakukan penentangan yang demikian keras terhadap Kristian dalam isu kalimah Allah.

Hassan dan Zulkefli merupakan tokoh penceramah popular yang jadual mereka sentiasa penuh di tahun-tahun antara 2004 sehingga 2012 diundang oleh masjid dan surau-surau yang menjadi kubu Pas di seluruh Selangor untuk memberikan ceramah-ceramah panas.

Dan masjid serta surau politik itu dalam tempoh yang sama, sehingga kini telah meletakkan nama Hassan dan Zulkefli dalam senarai hitam mereka.

Meskipun kalimah ‘Allah’ telah mereka gadai dan perdagangkan, namun Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan bersama barisan ‘Tentera Bersih’ mereka gagal merampas Putryajaya meskipun umum melihat saat-saat kehancuran UMNO dan BN sudah terlalu dekat menjelang PRU-13 yang lalu.

Allah tidak mengizinkan Pas dan PKR merampas tampuk kuasa pemerintahan di Malaysia Mei setelah mereka melakukan kesalahan besar (memperdagangkan nama Allah) memilih puak harbi yang menjadi penentang dan musuh Islam sebagai ‘teman rapat’ dan sebaliknya pula menjadikan orang-orang Islam di luar kelompok mereka sebagai musuh.

Kecuali golongan tersepit seperti Mat Sabu dan sekerat dua rakannya, Nik Aziz, Hadi Awang kini dilihat telah menyedari kesilapan Pas memperdagangkan kalimah Allah sehingga menyebabkan parti itu kini kehilangan banyak pengaruh.

Dan kini mereka sedang bekerja keras mencari formula baru ke arah mengembalikan sokongan masyarakat Islam seperti apa yang mereka perolehi pada PRU-12 dulu.
Read more ...

Sunday, September 15, 2013

ALI RUSTAM LEDAKKAN FENOMENA BARU MELAYU



Hikmah BN Gagal di Bukit Katil
Dia terduduk lesu apabila kalah secara mengejut di tangan pendatang baru yang sama sekali tidak dikenali ramai setelah keputusan kerusi parlimen Bukit Katil diumumkan malam 5 Mei lepas. Lalu tanpa terkawal terluah kata-kata dari lubuk hatinya: “Apa lagi yang Cina mau?”

Datuk Seri Muhammad Ali Rustam secara umumnya dilihat tersungkur di bumi yang telah lebih satu dekad ditatang dan dibangunnya. 
Ali Rustam cetuskan ledakan kebangkitan baru Melayu sehingga melahirkan pula pakej Pemerkasaan Ekonomi Melayu yang penuh radikal dan berani seperti dumumkan Najib di UITM kelmarin.

Namun dari sudut hakikatnya kegagalannya di Bukit Katil menyimpan hikmah tersendiri, yang bukan saja untuk diri mantan Ketua Menteri Melaka yang sangat popular itu, malah terhadap ummat Melayu dan Malaysia seluruhnya.

Pengkhianatan pengundi-pengundi ‘tiong’ dan ‘hua’ (pepat di luar, tapi runcing di dalam) terhadap Muhammad Ali setelah dia mengubah Bukit Katil dari sebuah kawasan hutan terpersok kepada taraf kota yang maju, pesat membangun dalam tempoh yang singkat, benar-benar telah memeranjatkan ummat Melayu.

Melayu melihat kaum tionghua sepertikan kelompok manusia yang sangat tidak berbudi, buta hati. Bahawa setelah ‘bunga diberi, tapi tahi yang dibalas’.

Keputusan Bukit Katil, disokong kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada  PRU13, kemudian memperlihatkan berlakunya perubahan sikap pengundi-pengundi bukan Melayu, tionghua terutamanya (menunjukan siapa mereka sebenarnya), demikian biadab, semakin lantang, keras dan tidak bersopan.

Ali Rustam, dengan Perjuangan Melayu Yang Belum Selesai, telah membawa Melaka berubah taraf sebagai sebuah 'Negeri Maju' mulai 2010 ketika Melaka dipimpinnya selama lebih satu dekad.
Laman-laman sosial di internet selepas PRU13 memaparkan sikap sebenar penduduk berketurunan tionghua, kaum yang datuk nenek mereka dulu datang menumpang mencari kehidupan di bumi Melayu, tetapi kini mencerca dan menghina Melayu, hatta kepada perbuatan mempersendakan Islam, agama rasmi negara dan agama orang Melayu.

Sikap biadab serta ‘kurang ajar’ yang mereka paparkan ini kini dan pada hari ini, ekoran tumbangnya Bukit Katil 5 Mei lalu, meledakkan satu gelombang dan ‘fenomena’ baru di kalangan masyarakat Melayu: bahawa Melayu bangkit marah apabila diri mereka disepak dan dipijak oleh keturunan penumpang dan pendatang, apalagi apabila agama mereka dipersenda dan dipermain-mainkan.

Fenomena dan kebangkitan kesedaran baru serta kemarahan Melayu ini dapat kita saksikan pada halaman-halaman sosial internet, facebook khususnya, yang memaparkan reaksi kemarahan masing-masing terhadap kaum tionghua yang mereka lihat kini telah tidak lagi menghargai sebuah negara penuh harmoni yang selama ini disediakan oleh Melayu di bumi Melayu ini.

Kata-kata penuh biadab yang dilontarkan kaum tionghua dan balasan luahan kemarahan penuh emosi yang dihamburkan oleh orang Melayu di laman-laman internet demikian memeranjatkan. Apakah 'Akta Hasutan' kita sudah mati?. Apakah nilai peradaban Melayu yang menjadi teras keharmonian Malaysia sudah kita kuburkan?

Pakej Pemerkasaan Ekonomi Melayu (PEM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di UITM kelmarin ternyata membangkitkan perasaan tidak puashati kaum tionghua, seakan-akan mereka belum puas lagi dengan kadar 85 peratus kekayaan dan ekonomi negara yang mereka pegang sekarang.

UITM dipilih sebagai lokasi PEM diumumkan sesuai dengan sejarah dan peranan universiti itu sendiri yang telah mengasaskan kelahiran angkatan teknokrat Melayu di pelbagai bidang sejak lebih 45 tahun dulu sehingga ke saat ini.

Dan sesungguhnya ummat Melayu hari ini terhutang budi demikian banyak terhadap pemimpin-pemimpin yang mengasaskan ITM dulu, terutamanya kepada Arshad Ayub sendiri, tokoh yang pernah bermati-matian menggembeling dan memupuk semangat anak-anak Melayu dulu untuk bangkit mencari ilmu manyaingi bangsa-bangsa besar lain di dunia.

Samad Said masih mengekalkan cermin wajah ala Bapak Tentera Merah Vietnam, Ho Chi Minh, meskipun Melayu amat membenci komunis dan makhluk yang bernama komunis itu sendiri tercatat sebagai musuh-musuh Allah.
Alangkah terperanjatnya ummat Melayu dalam ketika kebangkitan fenomina baru Melayu ini meledak, Samad Said, sasterawan yang masih memakai jubah Ho Chi Minh (bapak Tentera Merah Vietnam), beserta beberapa kerat pemuja jumudnya, ternyata telah melanggar nilai peradaban Melayu sendiri apabila dia dan rakan-rakan seperjuangan barunya melalui pakatan Anwar Ibrahim, dengan penuh biadab memperlekeh dan membuang Jalur Gemilang dalam insiden panas di ibunegara minggu lepas.

Rakyat Melayu demikian marah terhadap sasterawan tua yang semakin lesu itu dan kini terpaksa menghadapi zaman gerhananya sambil menghabiskan sisa-sisa usia reputnya di bawah payung simpati Ambiga Sreevanasan dan Anwar Ibrahim.

Demikianlah cetusan kebangkitan semangat Melayu, seperti kebangkitan kekacauan 44 tahun dulu, yang menyaksikan Melayu meledak bangkit hatta ke tahap mempertaruhkan nyawa apabila maruah dan martabat bangsa mereka dipijak, apalagi apabila panji keagungan negara dibuang dan diperlekehkan.

Gelombang suara rakyat Melayu di laman-laman internet hari ini menggema. Mereka mahukan Najib meneruskan usaha PEM, tanpa menoleh lagi ke belakang, meski apa pun reaksi mereka (kaum tionghua).

Rakyat Melayu hari ini mahukan PEM dilaksana dan direalisasikan sesegera mungkin berpaksikan kepada kalimah keramat 'Walau-karihal-kaafiruun' meskipun mereka, kaum keturunan pendatang itu membencinya.

Bukit Katil telah memberi lonjakan baru kepada rakyat Melayu serta masyarakat Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak untuk bangun mempertahankan keistimewaan mereka sebagai pemilik asal Tanah Melayu. Mereka kini sedar dan dapat melihat 'belang' sebenar kaum tionghua sepertikan mereka menyimpan agenda tersembunyi untuk meruntuhkan Melayu dan Bumiputera.

Apakah mereka mahukan Melayu dan Bumiputera di Tanah Melayu menerima nasib yang sama seperti apa yang terpaksa ditelan dan diratapi oleh Melayu Singapura hari ini, atau seperti nasib Melayu di (pulau) Penang yang terkontang kanting kini? Inilah yang menjadi tandatanya dan amat dicurigai oleh Melayu.

Dan Muhammad Ali Rustam yang kini duduk sebagai Pengerusi PUNB pastinya mendapat suntikan semangat baru untuk meneruskan ‘Perjuangan Yang Belum Selesai’nya itu. Bahawa Bukit Katil telah mencetuskan kebangkitan semangat kesedaran baru Melayu yang kini diledakkan pula dengan perjuangan Pemerkasaan Ekonomi Melayu.
Read more ...

Wednesday, May 15, 2013

NAJIB KETEPIKAN MCA DARI KABINET



Pinggirkan MCA dari Kabinet
NAJIB TIDAK HATI-HATI
 Apakah rahsia dan strategi yang dipegang oleh Najib di dalam tindakannya meminggirkan mana-mana wakil MCA untuk duduk di dalam kabinet baru Kerajaan Malaysia kini menjadi tandatanya umum.

Keputusan Najib membiarkan wakil-wakil MCA duduk di luar kabinet dalam ketika Barisan Nasional (BN) sekarang berada  pada kedudukan agak rapuh di Parlimen, dilihat sebagai satu tindakan paling nekad.

DATUK SERI NAJIB 
Pimpin BN menangi PRU13. Kini berhadapan 
dengan bantahan berpanjangan dari Anwar Ibrahiim

MCA ditolak oleh pengundi-pengundi keturunan Tionghua pada pilihanraya 5 Mei lepas. Cuma tujuh sahaja dari barisan 15 calon MCA memenagi kerusi Parlimen, dan kemenangan calon-calon parti itu pada keseluruhannya ekoran sokongan pengundi-pengundi Melayu dan Tamil.

Najib punya alasan kuat untuk tidak mengundang wakil MCA menyertai kabinet kali ini setelah pucuk pimpinan parti itu setahun yang lepas membuat keputusan akan menarik diri dari kabinet dan mana-mana agensi kerajaan sekiranya parti mereka gagal pada PRU13.

MCA gagal meraih sokongan pengundi-pengundi Tionghua ekoran kepimpinan parti yang lemah, tidak segagah sewaktu ia dipimpin barisan tokoh-tokoh terkemuka sedekad yang lepas.

DATUK SERI CHUA SOI LEK
Bawa MCA keluar dari kerajaan

Tokoh-tokoh lama MCA seperti Lee San Choon, Tan Koon Swan, Lee Kim Sai dan lain-lainnya serentak bangkit menggesa presiden MCA sekarang, Chua Soi Lek meletakkan jawatan secara terhormat kerana kegagalan parti pada pilihanraya baru-baru ini.

Mereka mahukan kepimpinan MCA dirombak, dibangun kembali di semua pringkat ke arah meraih kembali keyakinan masyarakat keturunan Cina yang kini dilihat lebih memihak kepada DAP.

Umum tidak melihat bahawa tindakan meminggirkan MCA dari kabinet sebagai satu langkah bijak - jawaban terhadap keputusan PRU13 yang melihat pengundi keturunan Cina rata-rata menolak BN.

Tindakan drastik Najib dalam pembentukan kabinet hari ini sekaligus memberi tamparan keras terhadap MCA, terhadap penyokong-penyokong yang masih setia dengan parti itu.
Tidaklah wajar bagi seorang ayah menghukum anaknya atas kegagalan anak itu mendapat markah terbaik di dalam peperiksaan. Dan tidaklah wajar bagi Najib, sebagai pengerusi BN, menolak MCA sedemikian rupa dalam suasana politik yang gawat sekarang, kerana ini akan menyebabkan parti itu terluka penuh kecewa.

Tindakan peminggiran ini dilihat sebagai langkah tidak berhati-hati  Najib di dalam berhadapan dengan kemelut MCA sekarang. Tidak mustahil tindakan ini boleh memberi kesan balas yang berat kepada BN, lantaran nanti BN akan terkapai-kapai mencari rakan baru lebih baik yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh MCA.

Perbincangan dengan fikiran terbuka dengan pucuk pimpinan MCA adalah jalan terbaik yang seharusnya diguna oleh BN di dalam membantu menyelamatkan MCA dari berkubur, seterusnya menghindari masyarakat keturunan Cina dari diresapi sikap dan fahaman radikal seperti fahaman radikal DAP.
Read more ...
Designed By