TERUBAT RINDU
BILA KAMI BERTEMU
Malam ini tiga pelajar lama yang
pernah tinggal di Rumah Anak Yatim Melaka – Tsunami Aceh selama enam tahun
mulai 2009, kembali menjenguk saya setelah empat tahun mereka meninggalkan
asrama apabila tamat pengajian Sekolah Menengah Atas (SMA) pada Julai 2015.
Setiap seorang dari mereka memeluk
saya dengan erat, sepertikan pertemuan kembali seorang ayah dengan anak-anaknya
setelah sekian lama mereka tidak bertemu.
Jamal, 23, anak muda dari sebuah
desa di Aceh Jaya, muncul malam ini dengan tubuh kental; sudah punya misai dan
jambang. Sejak beberapa bulan lepas Jamal kembali ke Banda Aceh untuk bekerja
di sebuah syarikat pengedaran air minuman.
Zulfikar, 23, dari Desa Rinon, kini sangat
dikenali sebagai usahawan muda yang bekerja keras sejak lebih tiga tahun lepas
mengusahakan lahan cengkih dan buah pala di Pulo Aceh. Dia juga menternak sapi
serta ayam daging untuk keperluan tempatan.
Saya
menggenggam erat tangan Zulfikar (duduk di kiri saya) ketika kami ngobrol
ringan di ruang studi. Sangat luar biasa – tapak tangannya keras dengan
benjol-benjol daging yang seakan kematu sebagai bukti bahawa dia memang bekerja
keras selama beberapa tahun ini untuk membangun usahanya sendiri.
Dan
si Amri, 20, nampak santai sahaja melihat saya bersama Jamal dan Zulfikar
ngobrol penuh bersemangat dalam pertemuan mengejut ini.
Amri
juga sudah mempunyai kerjaya yang mantap di Grand Nanggroe, sebuah hotel lima
bintang yang memang terkemuka di Banda Aceh.
Jauh
sana di sudut hati, saya menangis penuh gembira melihat anak-anak muda, dulunya
merupakan anak-anak yatim yang tinggal di bawah payung asrama RAYMTA, kini
sudah mampu bertapak, membina kerjaya mereka dalam ketika sebahagian besar warga
muda Aceh bertahun-tahun resah mengintai peluang kerja yang samar-samar.
No comments:
Post a Comment