Saturday, December 17, 2011
36 TAHUN PENDETA GEREJA BELANDA PERKOSA RIBUAN KANAK-KANAK
PEMBOHONGAN BESAR GEREJA KRISTIAN: Hampir 20 ribu kanak-kanak menjadi mangsa rogol, perkosa dan pencabulan seks oleh para pendeta gereja di seluruh Belanda dalam tempoh 36 tahun antara 1945 hingga 1981.
POPE BENEDICT
Pendedahan menggemparkan ini di dedahkan oleh sebuah suruhanjaya bebas Holland hari ini.
Pencabulan para pendeta Kristian ini dari gangguan ringan dan serius sehingga perbuatan memperkosa dan merogol ke atas kanak-kanak yang menghuni rumah-rumah anak yatim, sekolah berasrama dan lain-lian rumah perlindungan kanak-kanak di bawah seliaan pihak gereja Roman Katholik di seluruh Belanda.
Berita yang dipetik dari The Hague hari ini menyebutkan walaupun cuma beberapa buah sahaja asrama kanak-kanak dan belia dikendalikan oleh pihak gereja selepas tahun 1981, namun pencabulan terus juga berlaku di asrama-asrama yang dikendalikan badan-badan lain.
Pendedahan dari episod perlakuan jijik terbaru ini mendedahkan suatu pembohongan besar pihak Kristian antarabangsa yang selama ini menutup rapi sebarang berita mengenai keburukan gereja-gereja mereka dari diketahui masyarakat umum.
Pencabulan seks ke atas kanak-kanak demikian berleluasa di kalangan masyarakat Belanda, lapor suruhanjaya itu sambil menambah:
“Namun pencabulan seks oleh pendeta-pendeta Katholik serta kakitangan lainnya, termasuk tenaga-tenaga birawatinya, ditutup rapi oleh pihak gereja bagi melindungi reputasi mereka.”
Pembohongan pihak Katholik ini sekaligus membenarkan kenyataan pelukis terkemuka Eropah, Banksy, dalam hasil ukiran seninya berunsur anti-Kristian yang kini dipamerkan di Liverpool, England, yang menyelar pihak gereja Kristian sebagai ‘penuh dengan pembohongan, korapsi dan penyalahgunaan gereja’.
Skandal pencabulan seks ke atas kanak-kanak oleh pihak gereja Kristian merebak ‘secara tertutup’ di semua negara pendokong Kristian sejak berpuluh tahun lalu – ia termasuk di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Ireland, Jerman dan Belgium.
Usaha pihak Vatican City menutup skandal keburukan gereja-gereja Katholik telah meledakkan kemarahan pelbagai pihak di Eropah dan Amerika pertengahan tahun ini sehingga memaksa Pope Benedict menuntut maaf secara terbuka ke atas mangsa-mangsa pencabulan seks oleh pendeta-pendeta Kristian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment