Breaking News
Showing posts with label Utama. Show all posts
Showing posts with label Utama. Show all posts

Saturday, May 4, 2019


ACEH MERIAH SAMBUT MEGANG HARI INI


Orang ramai penuh sesak menrai keperluan megang di Pasar Ketapang 2 pagi ini.








BANDA ACEH 4 Mei 2019

MEGANG, meski bukan sebagai hari-hari mulia seperti dua hari raya, namun ia mempunyai kedudukan demikian istimewa di kalangan masyarakat seluruh Aceh.

Mulai malam ini sehingga siang esok, anak-anak yang jauh berdagang maupun yang di perantauan atau yang tinggal di kampung-kampung berdekatan, akan pulang ke pangkuan keluarga, kembali keribaan ibu dan ayah.

Ibu dan Ayah menunggu kepulangan anak-anak dan menantu untuk sama-sama menikmati gulai daging Aceh serta masakan enak lainnya menjelang puasa Ramadhan yang bakal muncul dua hari lagi.
Daging impot tidak pernah memasuki Aceh selama ini samada di musim perayaan atau lainnya. Cuma daging segar dari sembelihan lembu dan kerbau tempatan tersedia untuk dibawa pulang oleh penduduk yang datang mencari daging untuk hidangan megang keluarga dua hari menjelang puasa.


Setiap pasar di seluruh provinsi Aceh penuh sesak dengan orang ramai yang berbelanja, khususnya untuk membeli dua tiga kilogram daging mentah, atau beberapa kilogram lagi yang termampu, bagi penyediaan hidangan megang untuk keluarga pada hari ini dan esok.

Sempena hari-hari megang, Aceh melihat harga jualan daging lembu, yang kesemuanya dari sembelihan lembu serta kerbau tempatan, melonjak naik dari kadar biasa RP120 ribu sekilogram kepada antara Rp 140 ribu hingga Rp180 ribu.

Di pasar Ketapang pagi ini lebih 30 peniaga daging memenuhi bahagian luar pasar ini dengan orang ramai, terutamanya kaum ibu, sibuk membeli belah mencari bahan-bahan untuk hidangan megang keluarga.

Kesegaran yang terlihat. Daging lembu untuk bekalan megang penduduk Aceh.


Megang disebutkan sebagai tradisi yang dimulakan oleh beberapa ulamak sejak 300 tahun lampau – mereka menyembelih beberapa ekor lembu dan kerbau dua hari menjelang puasa, kemudian menjamu masyarakat setempat dengan hidangan daging.

Inilah hari istimewa penduduk di kampung-kampung dan di pedalaman, yang rata-rata miskin tanpa kemampuan menikmati, merasai hidangan daging lembu atau kerbau sepanjang tahun pada zaman lampau, untuk berpeluang menikmati juadah daging sepuasnya.

Dan tradisi ini diteruskan sehingga sekarang meskipun kemiskinan sudah semakin berkurangan di kalangan masyarakat.

Read more ...

Monday, May 30, 2016

SELAMATKAH UMNO DI S.B, K. KANGSAR?














KUALA LUMPUR 29 JUN - Barisan Nasional mungkin selamat menghadapi ujian pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini meskipun menteri-menteri dari empat anggota kanannya dalam komponen parti memberi amaran akan meninggalkan kabinet sekiranya Parlimen meluluskan undang-undang hudud.

Hampir semua pemerhati politik kini bercelaru mencari titik petanda ke  arah mana sebenarnya aliran sokongan pemilih di peti-peti undi nanti ekoran pelbagai isu baru yang tiba-tiba muncul, isu yang memungkinkan BN (Umno) mampu mengekalkan kedua-dua kerusi parlimen atau sebaliknya.

Banyak pihak di minggu-minggu sebelum ini yang melihat kemungkinan Umno tersungkur di Sungai Besar (SB) dan Kuala Kangsar (KK) pada PRK berpunca dari isu penggelapan berbilion ringgit dana 1Mdb, masalah GST, gelombang dalaman Umno sendiri menolak kepimpinan PM Najib Razak serta isu Deklarasi Rakyat yang disokong kuat oleh Tun Dr Mahathir.

Umno seharusnya tumbang di SB dan KK berasaskan kemungkinan kejahatan yang berlaku di dalam 1Mdb dan lain-lain simpang siur pengurusan yang dilihat berlaku dalam negara.

Kemungkinan ini lebih nyata lagi apabila empat menteri dari empat parti
komponen BN membuat keputusan mahu meninggalkan kabinet sekiranya Parlimen meluluskan peraturan hudud yang dikemukakan oleh presiden Pas, Haji Hadi Awang.

Presiden MCA, Liow Tiong Lai, memberi amaran akan keluar dari kabinet jika Parlimen meluluskan undang-undang hudud cadangan pas ini. Subramaniam dari MIC juga mahu keluar, diikuti dengan Mah Siew Keong dari Gerakan dan Joseph Kurup dari PBRS.

Namun di sebalik semua hambatan dan kecelaruan itu, tiba-tiba berlaku kekecohan di kalangan barisan pembangkang di dalam Pakatan (longgar) Rakyat (Pas, Pkr, Amanah dan Dap) yang sama-sama berebut mau meletakkan calon masing-masing di SB dan KK.

Sehingga kini Pas berkeras mahu calonnya sahaja bertanding di kedua-dua kawasan menentang calon Umno. Pkr mahukan SB, manakala Amanah pula mahukan KK.

Sehinggga Pas, Pkr, Amanah dan Dap tidak mencari kata sepakat di dalam memilih calon tunggal bertanding di kedua-dua kawasan, maka Umno dikira masih boleh menarik nafas lega.

Najib dan jentera penggempur Umno tentunya mempunyai harapan terbuka mengekalkan SB dan KK sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRK ini nanti, terutamanya apabila Pas disertai calon Pkr atau Amanah sendiri sama-sama bertanding.

Kempen PRK SB dan KK pastinya panas kelak sekiraya persepakatan baru dicapai oleh Pakatan Rakyat melalui pemilihan calon tunggal berhadapan Umno, persepakatan yang memungkin Umno tumbang di kedua-dua kawasan.


Dan kelak pengundi-pengundi di SB dan KK akan melihat duit raya yang melimpah-limpah bertaburan di kawasan mereka.


Read more ...

Sunday, May 29, 2016

TUN MAHATHIR TERUS TENTANG NAJIB



KUALA LUMPUR 28 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kedudukan anaknya, Mukhriz, di dalam Umno memang boleh diselamatkan sekiranya dia memilih cara berdiam diri bersabit isu 1MDB.

Namun beliau tidak mengambil pendekatan tersebut tetapi bertindak sebaliknya, menentang gerakan apa yang disebutkan sebagai percubaan menggagalkan negara yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak.

Ikuti penjelasan Tun Mahathir berhubung kedudukan anaknya Mukhriz melalui blog beliau ‘Chedet’ yang disiarkan kelmarin......

1. Konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa saya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan anak saya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri. Wartawan, dalam dan luar negara, juga bertanya soalan yang sama.

2. Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib.

3. Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

4. Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengekepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara.

5. Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen pada 2008 dan menang. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

6. Pada masa itu Kedah dikuasai oleh Kerajaan PAS kerana UMNO di bawah Mahadzir Khalid kehilangan negeri pada tahun 2008.

7. Dalam Pilihan Raya 2013 Mukhriz memilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Orang Kedah percaya bahawa jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN akan mengalahkan PAS dan menawan semula Kedah. Najib nampaknya bersetuju. BN mendapat semula Kedah dalam Pilihan Raya 2013. Mukhriz telah dilantik sebagai Menteri Besar.

8. Apabila skandal 1MDB meletup saya berhenti menyokong Najib. Mukhriz tidak menunjukkan sokongan penuh untuk Najib. Beliau kritis terhadap penjelasan Najib mengenai RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

9. Kerana gagal mendapatkan Mukhriz untuk memberi sokongan padu Najib mengatur penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

10. Saya sendiri boleh dengan mudah membantu Mukhriz dengan mengabaikan salah laku Najib dan terus menyokong beliau. Tetapi saya tidak berbuat demikian kerana saya tidak mementingkan masa depan Mukhriz. Saya lebih mementing menggagalkan Najib daripada memusnahkan negara ini.


11. Untuk mencapai matlamat ini rakyat Malaysia menandatangani deklarasi untuk penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Read more ...
Designed By