Breaking News

Sunday, January 29, 2012

JAWI: KEMBALI IKUT EJAAN ZAABA

Prof  Korea Bimbang Nasib 

Masa Depan Tulisan Jawi


ADALAH sangat mengharukan apabila seorang pakar penyelidik dari sebuah negara seperti Korea muncul membangkitkan perlunya Malaysia mengambil langkah memelihara nasib masa depan tulisan Jawi.
Prof Kang Kyoung Seok dari Fakulti Kajian Luar Universiti Pusan memperlihatkan kerisauannya dengan nasib tulisan Jawi yang mungkin berkubur dalam dekad-dekad akandatang apabila Malaysia ketandusan tenaga pakar-pakar Jawi.
Dan lebih menarik lagi bahawa penyelidik Korea yang sudah 30 tahun menjalankan penyelidikan di UPSI itu beranggapan bahawa sistem ejaan tulisan Jawi harus kembali kepada ejaan asal yang digunapakai oleh Zaaba dulu.
Tulisan Jawi menghadapi nasib malang mulai 1965 apabila Kementerian Pelajaran ketika itu (di bawah menterinya, Khir Johari) membuat keputusan menggugurkan tulisan ini sebagai salah satu pelajaran dan tulisan pilihan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Pengaruh Matlob
Nasib malang tulisan itu semakin menjadi sangat parah pada 1980han apabila Dewan Bahasa Dan Pustaka, atas pengaruh kuat dari Matlob, seorang anggota di Jabatan Pengarang Utusan Melayu, mencadangkan pemakaian ejaan baru bagi tulisan Jawi.
Dan serentak itu buku-buku baru berhubung tulisan Jawi diterbit, digunakan untuk pendidikan asas tulisan Jawi di sekolah-sekolah.
Penukaran sistem kepada ejaan baru inilah sebenarnya yang menjadi titik tolak penting menyebabkan tulisan pusaka Melayu ini berkecamuk, pudar dan gelap.
Matlob dan badan penggubal ejaan baru Jawi di DBP dulu beranggapan bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah akan menjadi lebih menarik dan mudah jika ejaannya dibuat berasas kepada bunyi dari suku-suku kata seperti kaedah yang digunakan dalam tulisan Rumi.
Dan apabila perubahan dibuat, lalu bertukarlah tulisan jawi baru itu menjadi sangat berkecamuk, memualkan.
Dari seluruh kecerdasan otak para pemikir yang menggubal ejaan baru jawi itu, mereka lupa melihat fakta sejarah penting: bahawa tulisan Jawi lahir dengan tulisan Arab sebagai induknya. Inilah sumber dan dan pokoknya.
Tulisan jawi berkembang dan terus hidup untuk tempoh demikian panjang, lebih 700 tahun lampau, sebagai tulisan dan alat komunikasi paling berkesan yang telah mencorakkan kehidupan dan peradaban Melayu.
Tulisan Komunikasi Raja
Ia digunapakai oleh sistem pemerintahan raja-raja Melayu dalam semua urusan komunikasi sesama mereka atau dengan pihak luar.
Kitab-kitab pendidikan Islam untuk ummat di seluruh nusantara Melayu sejak beratus tahun dulu diterbit, dikembangkan dan diperluaskan pengajarannya sehingga melahirkan ummat Melayu seluruhnya sebagai penganut agama Islam, juga melalui tulisan Jawi.
Kitab-kitab agama Islam (dikenali sebagai kitab kuning) yang diterbitkan menggunakan tulisan dan ejaan Jawi yang sama, sejak dulu lagi sehingga 1980han, menjadi rujukan dan sandaran untuk pengajian Islam di sekolah-sekolah pondok di seluruh nusantara.
Dan sehingga sekarangpun, kitab-iktab kuning ini masih dijadikan kitab utama yang popular penggunaannya di semua sekolah pondok dari Kemboja, Patani, Semenanjung Tanah melayu, Kalimantan, Sumatra sehinggalah ke tanah Aceh.
Bahasa Melayu yang digunakan dalam kitab-kitab kuning ini tetap sama, ejaannya tetap sama, tidak berubah sepertimana ejaan dalam tulisan yang digunapakai 700 tahun dulu.
Kitab Lama
APAKAH sebenarnya rahsia yang menjadikan kitab-kitab yang dianggap kuno oleh sesetengah pihak ini popular dan bertahan demikian lama, kekal sehingga sekarang meskipun ukuran huruf-hurufnya demikian kecil?
Kitab-Kitab lama ini bertahan sehingga sekarang kerana ia ditulis menggunakan ejaan lama yang sangat ringkas, mudah ditulis, senang dibaca.
Jawi asalanya diasaskan dari ejaan dan tulisan Arab. Kerana itu ia demikian ringkas, seringkas ejaan yang dipakai dalam tulisan-tulisan Arab tanpa memerlukan pemakaian banyak huruf-huruf kunci bagi menentukan bunyi sesuatu suku kata atau perkataan.
Secara falsafahnya bahawa bentuk-bentuk tulisan yang dilahirkan atau digunapakai oleh sesuatu tamaddun itu cuma sebagai lambang untuk menyebut sesuatu perkataan. Sebaliknya huruf-huruf dari ejaan-ejaan yang ditulis tidak mengikat bunyi sesuatu perkataan.
Tulisan-tulisan tamaddun antarabangsa – Arab, Inggeris, Peranchis, Sepanyol, China dan lain-lainnya tidak pernah terikat dengan peraturan ‘huruf menentukan bunyi sesuatu suku kata’.
Menjadi Kronik
Cuma Matlob dan para cendikiawan penggubal Jawi baru di DBP sahaja yang berani bertindak, tanpa jiwa yang benar-benar telus kemungkinannya, menukar sistem ejaan Jawi sehingga ia menjadi demikian kronik sakarang.
Dan sejarah mencatatkan bagaimana pemakaian tulisan Jawi yang sama yang digunapakai dalam masyarakat Jawa beratus tahun sebelum ini, turut berkubur apabila ia menggunakan sistem ikatan huruf dengan bunyi suku kata seperti yang dipakai dalam sistem Jawi di Malaysia sekarang ini.

Lalu tidak hairanlah mengapa Prof Kang Kyoung Seok, seorang penyelidik yang datang dari negara yang sebelum ini tidak banyak hubungan sosial dengan orang Melayu, melihat perlunya ejaan Jawi kembali menggunakan sistem ejaan yang dipakai oleh Zaaba.

3 comments:

Lina said...

Sangat bersetuju. Pada pendapat saya esiapa yang tidak tahu mengaji memang jarang yang tahu membaca jawi. Kami adik beradik dilatih dengan jawi lama sejak kecil, bila ke sekolah ianya jadi terkeliru. Membaca tulisan jawi baru tiada masalah cuma nak menulis jadi teragak-agak dengan ejaannya, yang mana lebih betul, ikut yang baru atau yang asal.

Begitu juga dengan mengaji al-quran, dahulu kita mengaji dimulai dengan mukaddam, mengenal huruf, mengenal setiap tanda, dan mengeja sehingga tamant mukaddam, hari ini mereka mengaji menggunakan iqra' terus mengenal sebutan.

Pada pendapat saya, tulisan jawi sangat indah kerana hanya yang mengerti al-quran boleh menguasainya. kemahiran jawi dan al-Quran, bukan sekadar 'boleh' membaca, kita mesti mendalaminya dan mempertahankan kewujudan dan keasliannya.

Saya juga sedang berusaha mencari kekuatan untuk menentang arus pemodenan dalam skop pendidikan kerana pada sistem pendidikan sekarang yang terlalu mementingkan kejayaan duniawi menyebabkan jiwa generasi sekarang tidak seutuh orang lama.

Pada pemerhatian saya pemuda dulu (mengikut cerita2 orang tua), akil baligh sahaja sudah boleh dipertanggungjawabkan keatas ekonomi dan sahsiah diri dan keluarganya, pemuda sekarang, umur 20-an masih 'sangat' memerlukan 'sumber' dari induknya dan terlalu lalai dengan keduniaan.

CWSB said...
This comment has been removed by the author.
Black Rambo said...

Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA...

Designed By