Breaking News

Wednesday, May 2, 2012

AZMIN ALI KINI POPULAR DI INDONESIA


BANDA ACEH - Episod oral seks yang didakwa membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, bukan saja hangat diperkatakan di Malaysia, tetapi kini turut menjadi bahan panas paling popular dipaparkan oleh media-media utama Indonesia.

Ahli Parlimen Gombak itu nampaknya tak perlu menunggu lama untuk menjadi popular di Indonesia, seperti Anwar Ibrahim yang sangat disanjung di kalangan pendukung LBGT di Indon, setelah episod paling memeranjatkan ini tersebar luas di tanahair.

Bahan panas episod terbaru dari pucuk pimpinan PKR ini menjadi bahan utama Tribune News .com, media yang mempunyai rangkaian penerbitan di seluruh Indonesia.

“Wauuu........ luar biasa sekali pemimpin-pemimpin muda dari Malaysia,” kata Tengku Hamzah, seorang pemimpin Partai Aceh ketika ditemui di Banda Aceh hari ini.

“Pemimpin atau sesiapa saja lelaki yang melakukan perbuatan seburuk ini di provinsi kami, pasti akan menerima hukuman cambuk,” katanya.

Namun, ujarnya lagi, Azmin bernasib baik dan terlepas dari hukuman cambuk di depan ramai ini kerana episod yang disebutkan membabitkan dirinya itu tidak dia lakukan di bumi Aceh.

Aceh di bawah pimpinan baru Gabenur Dr. Zaini Abdullah dan timbalannya, Muzakir Manaf, dijangka akan memperkukuhkan lagi pelaksanaan undang-undang syariah di seluruh provinsi ini.


Read more ...

Saturday, April 14, 2012

PILKADA ACEH: Polemik Perkantoran Lembab

Pelik, tapi benar. Dalam ketika sebuah negara besar seperti Indonesia memiliki setiap jentera, tenaga dan kepakaran untuk membersekan sesuatu uruan dengan pantas, ia masih tidak mampu untuk menyelesaikan segera proses pengiraan undi pilihanraya-pilihanraya peringkat provinsi yang diadakan.
Keputusan muktamad pemilihan gabenor dan ketua-ketua daerah seluruh provinsi Aceh pada pilihanraya 9 April lalu, cuma akan diketahui 18 April depan. Maksudnya pihak pemerintah dan pentadbiran Indonesia/Aceh harus mengambil tempoh selama sepuluh hari untuk menyelesaikan pengiraan undi dari hampir 2 juta rakyat yang turun mengundi tempoh hari.
Ini juga membawa erti bahawa Dr Zaini Abdullah dan Muzakir Manaf, dua pemimpin Partai Aceh, yang menurut pengiraan tidak rasmi sebuah agensi bebas Jakarta telah menguasai hampir 60 peratus pungutan keseluruhan undi, terpaksa menunggu sepuluh hari dari tarikh pilihanraya, untuk kemungkinan diisytiharkan sebagai Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh.
Memang aneh dan hairan sekali. Mengapa harus pengiraan mudah begini mesti mengambil masa sehingga 240 jam untuk diselesaikan?
Demikianlah sistem pentadbiran Aceh sekarang, dan sistem urusan di seluruh Indonesia umumnya.
“Semua urusan beres Pak........... tapi harus mengikut lunas dan jalur-jalur peraturannya,” demikian jaminan yang kerap diberikan tenaga aparat (kakitangan) perkantoran pemerintah.
Lazimnya dalam hal perkantoran di sini, sesuatu urusan yang boleh diselesaikan dalam tempoh sejam dua, akan (seperti senghaja) dibiarkan meleret memakan masa dua atau tiga hari dengan senarai berbelas alasan diberikan sebagai bukti urusan terbabit tidak mungkin diselesaikan segera.
Apa yang dapat kita pelajari dari budaya menangguhkan, melambatkan-lambatkan penyelesaian urusan ala 'kantor indon' ini?
Apabila semua urusan diri, urusan keluarga, urusan pejabat, urusan negara atau urusan dengan Tuhan Maha Melihat ditangguh-tangguhkan, maka semua ini kesannya sekaligus merugikan diri, merugikan negara dan merugikan semua pihak. Lalu, tidak mungkin kita maju dan berjaya seperti bangsa lain yang menguasai dunia sekarang.
Read more ...

Thursday, April 12, 2012

GEMPA ACEH: Fenomena Gerun Menghantu Ramai

Banjiran orang ramai dengan kereta motor memenuhi jalan sempit di Ketapang, di pinggiran Banda Aceh, dalam reaksi sepontan mencari kawasan tinggi yang lebih selamat sebaik sahaja gempabumi keras menggoncang Aceh petang semalam.
APABILA berada di dalam bayangan gerun dan cemas, lazimnya satu kumpulan ramai akan sepontan bertindak secara panik ekoran sesuatu perlakuan mengejut yang dicetuskan oleh mana-mana individu.
Demikian fenomena ‘panik’ yang saya saksikan ketika meninjau situasi sekitar kota Banda Aceh sejam selepas gempabumi keras 8.6 skala Richter menggegar Pulau Sumatra petang Rabu 11 April.
Nadi kota Banda Aceh selepas gempa jam 3.43 petang itu sepertikan tidak berdenyut lagi. Jalan-jalan di pusat bandarnya sepi dan lengang. Cuma satu dua penunggang motosikal dilihat menelusuri jalan-jalan terbuka untuk melihat sendiri suasana kota yang murung.
Banda Aceh luluh tidak bernyawa pada peristiwa gempa dan tsunami 26 Disember 2004 dulu bilamana gelombang dan ombak keras tsunami tiba-tiba sahaja menerpa dan menggulung seluruh kota ini. Hampir 200,000 jiwa manusia dari Banda Aceh dan kawasan persekitarannya, terbunuh dalam tragedi paling ngeri itu.
Bayangan ngeri tragedi Disember 2004 inilah yang dilihat masih terus membayangi dan menghantui fikiran penduduk-penduduk seluruh Aceh sehingga sekarang.
Sebuah dua dari deretan 10 gerai tepi sungai di Darussalam, kota di pinggiran Banda Aceh, masih dibuka jam 5.30 petang itu. Berbelas pengunjung masih di situ. Pengusaha gerai dan pengunjung jelas sentiasa berwaspada terhadap situasi sekeliling. Pandangan masing-masing sentiasa diarah ke arah sungai dan laut lepas di hujung sungai . Masing-masing bersedia untuk bertindak kiranya gelombang tsunami datang mengejut ekoran gempa yang berlaku lebih sejam tadi.
Dua orang pemuda memanjat berdiri di atas bumbung bangunan dua tingkat di seberang jalan. Dari atas bumbung tinggi itu mereka meninjau ke arah laut, satu kilometer di depan, mahu tahu apakah tsunami akan muncul.
Seorang pemuda tiba-tiba berhenti mengejut dan cemas di depan gerai kami. Dia memberitahu bahawa air di hujung pantai jauh di sana surut dengan mengejut sebentar tadi, dan kemungkinan tsunami akan menghempas pantai Aceh.
Pemilik gerai dan kesemua pengunjung serentak bangkit menyambar motosikal masing-masing, memecut laju ke arah Blang Bintang, sebuah kawasan selamat dari tsunami.
Air kelapa muda yang dipesan tadi terpaksa kami lupakan. Dan selepas menjenguk ke arah sungai dengan air yang kelihatan turun surut agak laju, saya dan teman seasrama yang tinggal terpinga-pinga terpaksa ikut sama meninggalkan pantai Darussalam.
Read more ...

GEMPABUMI ACEH: Kami Berpautan Takut Terhumban


BANDA ACEH 12 April 2012 - Bunda Anita masih lagi mengajar anak-anak Sekolah Dasar di kamar studi tingkat satu apabila gempa keras dengan kekuatan 8.6 Skala Richter menggegar bumi Aceh jam 3.43 petang tadi.
Tidak ada sebarang letupan keras yang didengar, namun tiba-tiba sahaja saya melihat kamar tidur saya sepertikan digoyang keras. Gegaran kuat sangat terasa.

Khusairy yang masih terpaut dengan trauma tsunami 2004, terisak-isak menangis sebaik gempa petang semalam berakhir.
Saya meluru keluar menuju ke kamar studi pelajar yang terletak berselang satu bilik lain dan memanggil kesemua enam pelajar SD yang sedang belajar di situ untuk segera turun.
Penyelia Fauzi Hashim berlari ke atas ke tingkat dua mengerahkan pelajar-pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama Rumah Anak Yatim Melaka di Banda Aceh ini untuk segera turun kerana gegaran gempa yang memang keras.
Tidak ada suara panik atau jeritan yang kedengaran apabila kesemua pelajar ini berebut-rebut turun ke tingkat bawah. Gegaran kuat terus berlaku.Bangunan asrama kami terasa bergoyang dan tubuh-tubuh kecil pelajar-pelajar SD turut terhuyung hayang ketika bergelut menuruni tangga menuju ke lantai bawah.
Bersama dua keluarga jiran kami berkumpul di permukaan jalan di pintu masuk kawasan asrama di Desa Punie ini.
Gegaran gempa makin kuat. Bas pelajar yang terletak di laman depan bangunan asrama sekali sekala terangkat, lalu terus terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan. Tubuh kami turut sama terhuyung-hayang oleh gegaran bumi yang sepertikan berombak.
Kami berpaut antara satu sama lain untuk mengelakkan tubuh terhumban ke bumi.
Pelajar paling kecil, Misbahul, memeluk erat tubuh guru agama Tengku Afrizal. Anak dari padalaman Selimum ini selama ini tidak pernah mengalami gegaran gempa sehabat petang Rabu ini demikian ngeri dan takut dengan goncangan gempa yang dihadapinya sendiri petang ini..
Pelajar bertubuh besar yang duduk di tingkatan empat, Zulfahmi, memegang lengan saya dengan erat. Pengalamannya melalui gempa dan tsunami 26 Disember 2004 dulu mengajarnya untuk segera berpaut dengan orang lain apabila bumi bergoncang dan berombak.

Tidak seperti gempa yang kami hadapi dua tahun dulu, gempa kali ini amat luar biasa. Bumi berombak dan terus bergegar keras sepanjang tempoh lima minit.
Misbahul ketakutan bila tubuh kecilnya digoncang gempa ngeri petang kelmarin,
Dan dalam ketika suasana hening menyelimuti Desa Punie, beberapa minit selepas gempa berakhir, kami tiba-tiba dikejutkan dengan suara esakan Muhammad Khusairy, seorang pelajar SD6 yang berasal dari Lambada.
Saya memeluk tubuh Khusairy. Cuba menenangkan perasaannya. Trauma tsunami enam tahun dulu masih bertapak di ingatannya apabila ayahnya dulu menemui maut oleh tsunami.
Beberapa keretakan kecil kelihatan pada dinding batu asrama kami. Keretakan lantai konkrit di laman depan asrama juga dilihat nyata dan semakin lebar.
Seluruh Banda Aceh dan anak-anak pelajar di asrama kami terpaksa bergelap malam ini sehingga jam 11.10 malam apabila bekalan elektrik dipulihkan kembali.
Read more ...

GEMPA ACEH: Orangramai Bertempiaran Selamatkan Diri

Ada memanjat di tempat tinggi dalam trauma penduduk Banda Aceh yang digemparkan dengan gempabumi kuat petang Rabu 11 April .
BANDA ACEH 12 April - Para pedagang dan orang ramai bertempiaran melarikan diri dari pusat kota anda Aceh ekoran gegaran gempabumi 8.6 skala Richter yang secara mengejut menggoncag provinsi Aceh jam 3.43 petang semalam.
Suasana hirok-pikok dan kelamkabut tiba-tiba meledak apabila berpuluh ribu pekerja, pedagang dan orangramai di seluruh kota Serambi Mekah itu secara serentak bergelut mahu meninggalkan pusat bandar menuju ke kawasan-kawasan selamat yang jauh dari pantai.
Keadaan lalu lintas di seluruh pusat bandar, di minit-minit awal selepas gegaran gempa kuat petang itu, berbubah menjadi simpang-siur, sesak dan hampir tersekat oleh orang ramai yang bergelut keluar dari pusat bandar.
Keadaan menjadi lebih parah apabila bekalan elektrik di seluruh Banda Aceh serentak terputus ekoran ledakan gempa berkenaan.
Anggota-anggota polis dari sebuah pasokan khas terpaksa turun mengawal lalulintas.
Tragedi mengerikan bilamana pukulan tsunami gergasi meranapkan seluruh kota Banda

Aceh serta meragut 200,000 jiwa rakyat Aceh dalam peristiwa ngeri 26 Disember 2004 dulu, masih segar dalam ingatan Aceh menyebabkan orangramai bertempiaran setiap kali apabila berlakunya ledakan gempa bumi yang keras di sini.
Seorang pedagang tradisional Aceh turut mengayuh roda tiganya yang sarat dengan muatan burung-burung dalam pergelutan orang ramai keluar meingggalkan pusat kota Banda Aceh kelmarin.
Seorang saksi, Pak Muhammad, menyaksikan sendiri kekuatan goncangan gempa petang semalam bagaimana peti-peti televisyen yang diletakkan di rak-rak hiasaan sebuah kedai menjual barangan letrik di Jalan Muhammad Jam, menggelunsur dan bertaburan jatuh ke atas lantai akibat gegaran kuat gempa berkenaan.
Padagang-pedagang kakilima di tengah kota juga secara serentak dan ketakutan melarikan diri tanpa memperdulikan lagi barang-barang jualan mereka.

“Kesemua pedagang dan orang ramai di kota petang ini gerun sekali. Masing-masing lari mahu meninggalkan kota,” ujar Pak Muhammad.
“Saya juga ikut lari menaiki sebuah motosikal yang ditinggalkan pemiliknya di bahu jalan, untuk lari dari kota,” ceritanya lagi.
Pusat kota Banda Aceh sejam selepas ledakan gempa petang semalam, berubah sepi. Semua pajabat dan kedai dan pusat-pusat perniagaan menutup premis masing-masing. Semua stesen minyak di pusat bandar juga turut ditutup.
Kesesakan lalulintas sehingga satu kilometer dilihat berlaku hampir di kesemua laluan di pinggir kota menuju ke kawasan-kawasan jauh dari pantai.
Gempa semalam turut menyebabkan kematian lima penduduk, empat darinya warga tua, ekoran serangan sakit jantung apabila gempabumi berlaku. Dua dari mereka berasal dari Kabupaten Aceh Besar, dan tiga lagi dari Banda Aceh, Lhksemauwe dan Aceh Barat Daya.
Ironisnya ledakan gempa petang semalam berlaku 43 jam selepas pasangan mantan pemimpin Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Dr Zaini Abdullah dan Muzakir Manaf diketahui memenangi perebutan jawatan Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh pada pilihanraya provinsi yang berakhir petang Isnin lepas.
Barisan Pejuang-pejuang GAM, yang berjuang menuntut kemerdekaan Aceh selama lebih 20 tahun, meletakkan senjata mereka sebaik sahaja tercetusnya tragedi tsunami yang menimpa Aceh penghujung 2004.
Mungkinkah gempa kelmarin sebagai memberi isyarat kepada rakyat Aceh bahawa halatuju pentadbiran baru Nanggroe Aceh di bawah pimpinan Zaini dan Muzakir akan berubah cerah berbanding dengan pimpinan sebelumnya yang dilihat tidak banyak memperjuangkan hak rakyat?
Gempa petang semalam mungkin sangat mencemaskan. Namun, kumpulan mendung dan awan hitam yang berarak di puncak jajaran Gunung Seulawah menjelang senja semalam dilihat pecah dan menghilang setelah senja berlabuh. Dan setelah hampir tiga tahun bertandang di Kota Serambi Mekah ini, malam tadi untuk pertama kalinya saya menyaksikan taburan bintang-bintang bersinar penuh indah muncul menghiasi dada langit Aceh sepanjang malamnya.

Read more ...

Wednesday, April 11, 2012

PILIHANRAYA ACEH: Pepimpin GAM Tawan Kerusi Gabenor

BANDA ACEH 10 April 2011 - ACEH dijangka akan bangkit memulakan era baru yang lebih dinamik mulai minggu-minggu akandatang ekoran kejayaan dua bekas pejuang utama Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Dr Zaini Abdullah dan Muzakir Manaf, memenangi kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor dalam provinsi yang berakhir semalam.



Dr Zaini Abdullah menjabat tangan Pemangku Wali Nanggroe Aceh Darussalam, Malik Mahmud, selepas mengetahui kejayaan Partai Aceh memenagi pilihanraya gabenor di Banda Aceh kelmarin.

Keputusan awal menunjukan mantan menteri luar GAM, Zaini dan rakan regunya, Muzakir, mantan panglima GAM mengeusai lebih 60 peratus undi pada pilihanraya yang disertai sama empat regu lain.

Pilihanraya kelmarin memperlihatkan bagaimana rakyat Aceh mahukan barisan pejuang utama yang pernah berkorban memperjuangkan kemerdekaan provinsi itu sehingga Aceh mendapat hak berkerajaan sendiri pada 2006, kembali memimpin mereka.

Kemenangan kelmarin tidak direbut dengan mudah oleh pasangan kedua-dua pemipimpin itu. Partai Aceh (PA) terpaksa berkempen dengan bajet pilihanraya yang amat terhad, berbanding dengan pencabar utama mereka, mantan Gabenor Irwandi Yusof, yang mahu mempertahankan kerusi gabenornya melalui tiket calon bebas dengan bajet pilihanraya tanpa batas.
Poster kempen Irwandi dan pasangannya, usahawan Muhyan Yunan, berselerak di sana di sini seluruh Aceh sepanjang kempen dua bulan. Minggu-minggu terakhir sebelum hari mengundi, iklan kempen mereka terpapar setiap hari di muka depan harian Serambi, akhbar utama Aceh, berbanding poster kempen Zaini dan Muzakir yang dikira 25 kali lebih rendah.
Timbalan setiausaha jentera pilihanraya PA, Tengku Hamzah dalam pertemuan dengan Gendang Dipalu di Banda Aceh kelmarin memberitahu bagaimana pelbagai hambatan berat yang mesti dipikul oleh PA untuk berhadapan dengan calon lawan yang bersedia menabur berbilion rupiah tanpa batas.
Deklarasi harta calon-calon kerusi gabenor dan timbalan gabenor Aceh menunjukan bagaimana Zaini, 72, dan Muzakir, 48, adalah calon-calon paling miskin dengan Zain memiliki harta RP 100 juta, Muzakir pula cuma memiliki Rp 66 juta.
Calon teratas paling kaya, Irwandi yang memenangi kerusi Gabenor melalui PA pada pemilihan 2007 dulu, mengisytiharkan dirinya memiliki harta bernilai Rp 9.6 bilion, manakala Muhyan memiliki Rp 8.8 juta.
Seperti yang sering dilaku oleh agam-agam (lelaki) Aceh lain, Muzakir Manaf (dua dari kiri) dan teman-temannya minum kopi di sebuah warkop (warong kopi) di Banda Aceh semalam meskipun namanya telah disebut sebagai calon yang telah memenangi kerusi Timbalan Gabenor Aceh.

Suasana politik yang masih rapuh di tahun-tahun awal selepas Aceh menandatangani perjanjuan persefahaman (MOU) dengan pemerintah Indonesiadi Helsinki pada 15 Ogos 2006, menyebabkan PA terpaksa menghantar Irwandi, seorang aktibitis bawahan untuk pemilihan jawatan gabenor pada pilihanraya 2007.

Namun, rahsia kemenangan besar PA pada pilihanraya sengit ini bertolak dari sokongan rakyat yang sepakat menolak kepimpinan yang lebih bersemangat untuk memperkayakan empayar peribadi, berbanding dengan tanggungjawab meningkatkan kediupan rakyat.
“Rakyat Aceh keluar beramai-ramai membantu Partai Aceh untuk setiap kempen dan perhimpunan yang kami adakan,” kata Tengku Hamzah yang dikenal sebagai bekas pejuang yang memimpin GAM wilayah Aceh Besar di zaman konflik Aceh dulu.
“Mereka bukan saja memberi seluruh sokongan moral kepada kami, malah mereka berkorban menghulurkan bantuan kewangan secara tersembunyi dan terbuka kepada jentera parti sepanjang kempen pilihanraya ini.’ Kata Tengku Hamzah lagi.
Senarai berbelas perkara yang menyangkut tajuk ekonomi, sumber asli darat dan laut, hak meminjam dan membawa masuk modal luar dan pelbagai lagi, masih tersorok dan telah tidak diperjuangkan pelaksanaannya di bawah pentadbiran Irwandi sehingga sekarang.
Dan inilah tugas-tugas berat yang menanti dan mesti dipikul, direalisasikan oleh Zaini dan Muzakir mulai minggu-minggu akan datang apabila mereka menduduki kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh nanti.
Read more ...

HAKIM INDONESIA: KUCING BERBULU HARIMAU

Laporan Dari Banda Aceh - MEMANG aneh! Rata-rata masyarakat umum di Indonesia menganggap para hakim, dalam rangkaian mahkamah pengadilan dan hukum di negara itu, sebagai harimau yang seharusnya ditakuti.
Namun, di sebalik imej sang harimau yang sangat digeruni, sistem pantadbiran Indonesia secara simboliknya telah meletakkan para hakim ini duduk sebagai ‘sang miau’ sang kucing yang amat jinak serta boleh saja dipegang atau digosok kepalanya.
Kemelut para hakim dengan status harimau, tetapi cuma layak untuk mendapat makanan seekor kucing sahaja ini dibangkitkan oleh Gerakan Hakim Progresif Indonesia akhir-akhir ini.
Sebahagian hakim-hakim mahkamah di Indonesia akhir-akhir ini melancarkan mogok, meninggalkan sesi perbicaraan kendalian mereka, kerana membantah pemberian gaji yang rendah.
Gaji seorang hakim di Indonesia cuma antara Rp 1.9 juta hingga Rp 4.9 juta sahaja (RM 640 hingga RM 1,650) sahaja sebulan, sama dengan skim gaji pegawai-pegawai negeri lain di seluruh Indonesia.
Pemberian gaji rendah telah menyebabkan sistem perundangan negara besar ini dijangkiti masalah rasuah yang demikian buruk sejak sekian lama.
“Kami disebut sebagai harimau perundangan, tetapi kami dipaksa menjadi seekor kucing,” kata hakim Wahyu Sudrajat dalam pertemuan dengan Menteri Pemberdayaan Aparatur Negara, Azwar Abu Bakar, di Jakarta Kelmarin.
Sementara itu mantan Ketua Mahkamah Konstitusi, Jimly Ashsidiqie berkata: “Mohon jangan biarkan hakim demo tuntut haknya. Malu bangsa kalau hakim demo minta naik gaji.”
Bagaimana nanti jika para hakim di Malaysia pula buat demo, macam demo ‘Bersih’ atau demo-demo lain tajaan PKR................ emang lucu Pak
Read more ...

Tuesday, March 27, 2012

TUGU KILOMETER NOL INDONESIA


Berkenalan Dengan Penjaga Puncak Kilometer Nol Indonesia
Petang itu saya bergegas memanjat puncak tinggi Gunung Weh untuk menyaksikan panorama alam yang mengasyikkan di Tugu Kilometer Nol Indonesia. Enjin kapcai 125 kuasa kuda yang ditunggang tidak mampu meluncur laju untuk mendaki puncak ini. Ia memang tinggi. Agak curam, mencabar dan membayahakan.
Sang Sungkal penjaga Kilometer Nol Indone
sia ini dirakamkan potretnya dari jarak 1 meter saja dari lensa kamera.
Dipuncak tinggi hujung Sabang ini, pulau paling penghujung di perbatasan utara Sumatra, Indonesia mendirikan sebuah tugu khas memulakan perkiraan rantaian lebih 17 ribu pulau-pulaunya bermula dari Sabang di bahagian barat utaranya, sehingga ke Marauke di bahagian penghujung timurnya di Irian Jaya. Dan di puncak gunung setinggi 617 meter inilah di dikira sebagai Kilometer Nol (kilometer sifar) Indonesia.Panorama alam di sekeliling puncak Kilometer Nol ini memang menakjubkan. Ia sebahagian dari bukit bukau seluas 34 kilometer persegi di Sabang yang didisyhtiharkan sebagai kawasan hidupan semulajadi yang dilindungi.
Kelompok monyet-monyet liar dari spesis berbulu hitam menjadi penghuni tetap puncak pergunungan Kilometer Nol. Mereka dilihat bergayutan di pohon-pohon hutan tebal yang memagari jalan sepanjang 8 kilometer dari bahagian paling hujung Iboih, kawasan pantai tarikan pelancong yang sangat terkenal di sini.
Dan kerap pula monyet-monyet ini mundar-mandir di bahu-bahu jalan mancari m
akanan yang mungkin dibuang oleh pengunjung.
Berbelas pekerja tempatan kelihatan mengemas barang-barang kerja mereka setelah seharis suntuk menyiapkan kerja membina sebuah pelantar khas di depan Tugu Kilometer Nol yang kini dibaikpulih setelah sekian lama terbiar.
Mataharai petang kemerah-merahan cuma tinggal segalah jaraknya dari gigir sebelum terbenam. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pengunjung puncak Kilometer Nol. Mereka mahu menyaksikan keasyikan fenomena matahari terbenam jauh di gigi air Launtan Hindi yang kuas terbentang di sebelah barat Pulau Sabang.
Namun, langit tidak selalu cerah. Kelompok awan mendung yang berkumpul di kaki langit Lautan Hindi petang itu tidak membenarkan sang matahari mempamirkan keindahannya mengundur diri sedikit demi sedikit dengan warna lembut yang seharusnya mempesonakan.
Setelah bersedia dengan kamera sejak 15 minit tadi saya mengangkat kaki untuk bergerak pulang ke bilik penginapan Steffen Seasport, sebuah pusat rekreasi menyelam yang diusahakan oleh Steffen Ng, pengussaha diving dari Kepong, Kuala Lumpur yang mengembang aktibiti diving di Iboih, Sabang, sejak dua tahun lalu.
Belumpun sempat sampai ke motosikal kapcai
yang diletak di bahu jalan, saya terperanjat melihat berbelas pengunjung di dipuncak Kilometer Nol senja itu tiba-tiba bertempiaran lari seperti menyelamatkan diri dari sesuatu.
Dan saya melihat seekor babi liar dengan bulu kelabu hitam tiba-tiba muncul dan berkeliaran mencari sesuatu, mencari makanan di permukaan jalan persekitaran depan tugu itu, menyebabkan pengunjung-pengunjung bertempiaran mehnyelamatkan diri.
Seorang pemuda tempatan mara menghampiri sang sungkal itu. Tanpa rasa takut dia menghulurkan lebihan kekacang di tangannya untuk makhlkuk liar itu. Dan si babi tunggal itu mengutipnya penuh selera.
Seorang pengunjung lain turut memberanikan diri ke depan, tapi setetakat berani mancampakkan cibisan makanan dari jauh ke arah sang sungkal yang memang aneh itu.
Setelah selesai memakannnya, babi hutan berbadan bulat berekor pendek itu menghala pula ke arah pengunjung lain sepertikan meminta sesuatu untuk makanannya. Si pengunjung itu ketakutan dan cepat-cepat lari memanjat tembok tinggi di tebing jalan.
Sang sungkal yang muncul senja itu sama sekali tidak takutkan lebih dua puluh manusia dan pengunjung punck bukit itu. Dia bebas merayap ke persekitaran depan tugu itu tanpa rasa gerun dan takut. Aksinya senja itu seolah-oleh untuk memberitahu semua pengunjung ketika itu bahawa hutan belantar di puncak tugu Kolometer Nol Indonesia ini adalah miliknya dan dia adalah sebagai pemilik dan penjaga puncak tanah Indonesia ini.
Read more ...

Sunday, January 29, 2012

JAWI: KEMBALI IKUT EJAAN ZAABA

Prof  Korea Bimbang Nasib 

Masa Depan Tulisan Jawi


ADALAH sangat mengharukan apabila seorang pakar penyelidik dari sebuah negara seperti Korea muncul membangkitkan perlunya Malaysia mengambil langkah memelihara nasib masa depan tulisan Jawi.
Prof Kang Kyoung Seok dari Fakulti Kajian Luar Universiti Pusan memperlihatkan kerisauannya dengan nasib tulisan Jawi yang mungkin berkubur dalam dekad-dekad akandatang apabila Malaysia ketandusan tenaga pakar-pakar Jawi.
Dan lebih menarik lagi bahawa penyelidik Korea yang sudah 30 tahun menjalankan penyelidikan di UPSI itu beranggapan bahawa sistem ejaan tulisan Jawi harus kembali kepada ejaan asal yang digunapakai oleh Zaaba dulu.
Tulisan Jawi menghadapi nasib malang mulai 1965 apabila Kementerian Pelajaran ketika itu (di bawah menterinya, Khir Johari) membuat keputusan menggugurkan tulisan ini sebagai salah satu pelajaran dan tulisan pilihan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Pengaruh Matlob
Nasib malang tulisan itu semakin menjadi sangat parah pada 1980han apabila Dewan Bahasa Dan Pustaka, atas pengaruh kuat dari Matlob, seorang anggota di Jabatan Pengarang Utusan Melayu, mencadangkan pemakaian ejaan baru bagi tulisan Jawi.
Dan serentak itu buku-buku baru berhubung tulisan Jawi diterbit, digunakan untuk pendidikan asas tulisan Jawi di sekolah-sekolah.
Penukaran sistem kepada ejaan baru inilah sebenarnya yang menjadi titik tolak penting menyebabkan tulisan pusaka Melayu ini berkecamuk, pudar dan gelap.
Matlob dan badan penggubal ejaan baru Jawi di DBP dulu beranggapan bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah akan menjadi lebih menarik dan mudah jika ejaannya dibuat berasas kepada bunyi dari suku-suku kata seperti kaedah yang digunakan dalam tulisan Rumi.
Dan apabila perubahan dibuat, lalu bertukarlah tulisan jawi baru itu menjadi sangat berkecamuk, memualkan.
Dari seluruh kecerdasan otak para pemikir yang menggubal ejaan baru jawi itu, mereka lupa melihat fakta sejarah penting: bahawa tulisan Jawi lahir dengan tulisan Arab sebagai induknya. Inilah sumber dan dan pokoknya.
Tulisan jawi berkembang dan terus hidup untuk tempoh demikian panjang, lebih 700 tahun lampau, sebagai tulisan dan alat komunikasi paling berkesan yang telah mencorakkan kehidupan dan peradaban Melayu.
Tulisan Komunikasi Raja
Ia digunapakai oleh sistem pemerintahan raja-raja Melayu dalam semua urusan komunikasi sesama mereka atau dengan pihak luar.
Kitab-kitab pendidikan Islam untuk ummat di seluruh nusantara Melayu sejak beratus tahun dulu diterbit, dikembangkan dan diperluaskan pengajarannya sehingga melahirkan ummat Melayu seluruhnya sebagai penganut agama Islam, juga melalui tulisan Jawi.
Kitab-kitab agama Islam (dikenali sebagai kitab kuning) yang diterbitkan menggunakan tulisan dan ejaan Jawi yang sama, sejak dulu lagi sehingga 1980han, menjadi rujukan dan sandaran untuk pengajian Islam di sekolah-sekolah pondok di seluruh nusantara.
Dan sehingga sekarangpun, kitab-iktab kuning ini masih dijadikan kitab utama yang popular penggunaannya di semua sekolah pondok dari Kemboja, Patani, Semenanjung Tanah melayu, Kalimantan, Sumatra sehinggalah ke tanah Aceh.
Bahasa Melayu yang digunakan dalam kitab-kitab kuning ini tetap sama, ejaannya tetap sama, tidak berubah sepertimana ejaan dalam tulisan yang digunapakai 700 tahun dulu.
Kitab Lama
APAKAH sebenarnya rahsia yang menjadikan kitab-kitab yang dianggap kuno oleh sesetengah pihak ini popular dan bertahan demikian lama, kekal sehingga sekarang meskipun ukuran huruf-hurufnya demikian kecil?
Kitab-Kitab lama ini bertahan sehingga sekarang kerana ia ditulis menggunakan ejaan lama yang sangat ringkas, mudah ditulis, senang dibaca.
Jawi asalanya diasaskan dari ejaan dan tulisan Arab. Kerana itu ia demikian ringkas, seringkas ejaan yang dipakai dalam tulisan-tulisan Arab tanpa memerlukan pemakaian banyak huruf-huruf kunci bagi menentukan bunyi sesuatu suku kata atau perkataan.
Secara falsafahnya bahawa bentuk-bentuk tulisan yang dilahirkan atau digunapakai oleh sesuatu tamaddun itu cuma sebagai lambang untuk menyebut sesuatu perkataan. Sebaliknya huruf-huruf dari ejaan-ejaan yang ditulis tidak mengikat bunyi sesuatu perkataan.
Tulisan-tulisan tamaddun antarabangsa – Arab, Inggeris, Peranchis, Sepanyol, China dan lain-lainnya tidak pernah terikat dengan peraturan ‘huruf menentukan bunyi sesuatu suku kata’.
Menjadi Kronik
Cuma Matlob dan para cendikiawan penggubal Jawi baru di DBP sahaja yang berani bertindak, tanpa jiwa yang benar-benar telus kemungkinannya, menukar sistem ejaan Jawi sehingga ia menjadi demikian kronik sakarang.
Dan sejarah mencatatkan bagaimana pemakaian tulisan Jawi yang sama yang digunapakai dalam masyarakat Jawa beratus tahun sebelum ini, turut berkubur apabila ia menggunakan sistem ikatan huruf dengan bunyi suku kata seperti yang dipakai dalam sistem Jawi di Malaysia sekarang ini.

Lalu tidak hairanlah mengapa Prof Kang Kyoung Seok, seorang penyelidik yang datang dari negara yang sebelum ini tidak banyak hubungan sosial dengan orang Melayu, melihat perlunya ejaan Jawi kembali menggunakan sistem ejaan yang dipakai oleh Zaaba.
Read more ...

Wednesday, January 25, 2012

BEKAS PANGLIMA GAM SERTAI PILIHANRAYA ACEH


LIKU-LIKU menuju Pilkada Aceh, pilihanraya untuk merebut kerusi Gabenur dan timbalannya serta pemilihan 13 jawatan Bupati dan empat Wali Kota di wilayah Aceh tahun ini dlilihat demikian sensasi dan mendebarkan.
ZAINI ABDULLAH, bekas menteri GAM yang bertanggungjawab merintis dan merundingkan MOU perdamaian Aceh 15 Ogos 2005
Pemerhati-pemerhati politik tempatan dan seluruh Indonesia, khususnya rakyat Aceh sendiri, sejak empat bulan lalu sehingga Jumaat 20 Januari lepas demikian bercelaru, buntu memikirkan kemelut yang mengambil tempat.
Kemelutnya ialah: Apakah permainan politik Partai Aceh (PA), parti yang diasaskan dan didokong oleh bekas-bekas pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM), apabila mereka tidak mengemukakan sebarang calon untuk menyertai pilihanraya ini sehingga tarikh pencalonan ditutup dua bulan lepas?
Beberapa insiden mengejut berlaku di Aceh sepanjang tiga bulan lepas sebaik sahaja penamaan calon bermula.
Ia bermula dengan kejadian penembakan di Lhokseumawe, pembunuhan (juga dengan tembakan) di Ule Kareng, Banda Aceh, diikuti pembunuhan empat warga dari Pulau Jawa di Pidie pada 1 Januari lalu.
Ini tidak termasuk beberapa lagi insiden terpencil yang berlaku di Aceh Utara, Aceh Timur dan di Aceh Barat Daya.
Namun semua kecelaruan dan tandatanya mengenai ‘politik berdiam diri’ Partai Aceh ini terjawab lima hari lalu apabila mereka menghantar calon-calon menyertai pilihanraya 9 April depan.
Pilihanraya peringkat provinsi ini pada awalnya dijadual berlansung November lepas. Namun ia terpaksa ditunda ekoran ancaman PA untuk memulaukan pilihanraya itu setelah Mahkamah Konstitusi sebelumnya membenarkan calon bebas menyertai pertandingan.
Mahkamah Konstitusi Indonesia membuat keputusan mengejut melanjutkan tarikh tutup penamaan calon Pilkada Aceh sehingga 24 Januari, dua bulan dari tarikh asalnya, setelah mendapati Partai Aceh tidak mengemukakan sebarang calon untuk bertanding.
Perlanjutan tarikh itu dikira sebagai suatu inisiatif dan diplomasi paling cermat dari Jakarta ke arah mempastikan keamanan berkekalan di Aceh terus dipertahankan.
PA menamakan Zaini Abdullah untuk merebut kerusi Gabenor. Zaini merupakan salah seorang tokoh terpenting yang bertanggungjawab merintis rundingan perdamaian Aceh dan Memorandum Persefahaman (MOU) Helsinki yang membolehkan Aceh mendapat kuasa autonomi 15 Ogos 2005.
Zaini memakai status sebagai ‘Menteri Luar’ di zaman konflik, zaman Aceh memperjuangkan dan merebut status autonomi dari Jakarta dulu sehingga terwujudnya perdamaian kemudiannya.
Bekas panglima tertinggi GAM yang kini selaku ketua utama PA, Muzakir Manaf, menjadi pasangan Zaini untuk merebut kerusi Timbalan Gabenor.

Muzakir, pejuang GAM yang paling dikehendaki oleh Jakarta di zaman konflik yang memakan ribuan korban di Aceh suatu ketika dulu, kini akan mempertaruhkan nasibnya.......
MUZAKIR MANAF, bekas pejuang GAM yang kini muncul untuk menguji kesetiaan rakyat Aceh.
Apakah rakyat Aceh akan benar-benar berterima kasih dan memberi penghargaan selayaknya kepada pejuang yang suatu ketika dulu pernah berkorban nyawa semata-mata untuk mempertahankan marwah rakyat Aceh dan ‘tanoh indatu’ mereka.
Laluan untuk PA menerusi Zaini dan Muzakir untuk menguasai kantor Gabenor dan Timbalan Gabenor di Banda Aceh, bagaimanapun tidak dilihat mudah pada pilihanraya ini.
Mereka akan berdepan dengan empat pasangan lain, termasuk gabenor sekarang, Irwandi Yusof, yang akan mempertahankan kerusinya melalui tiket sebagai calon bebas.
Irwandi memenangi kerusi Gabenor pada pilihanraya 2006 dulu atas tiket PA. Bagaimanapun kegagalan Irwandi memperjuangkan pelaksanaan setiap perkara yang terkandung dan dituntut di bawah MOU 2005, telah mendorong PA mengenepikan gabenor itu kali ini.
Meskipun PA menyimpan keyakinan tinggi akan menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan, termasuk jawatan Gabenor dan Timbalan Gabenor, namun realiti sebenar selera dan hatibudi raykat Aceh cuma akan diketahui 9 April nanti.
Read more ...

Sunday, January 22, 2012

DAJJAL: TENTERANYA KINI MULA LAHIR


BARISAN ‘tentera dajjal’ kini mula lahir dan diduga akan merobah senrio keganasan dan cengkaman negara kuasa besar trerhadap negara-negera kecil, terutama terhadap dunia Islam sendiri, ke tahap yang lebih buruk lagi dalam dekad ini.

George W Bush, pelopor utama tentera Dajjal dan seorang Presiden AS yang paling buruk dengan sikap anti Islamnya.

Negara manakah yang mengasaskan barisan tentera dajjal ini?

Ia tidak lain daripada Amerika Syarikat sendiri apabila Dewan Senatnya awal Disember lepas meluluskan peraturan baru berhubung kebebasan liwat (sodomy), hatta dalam melakukan seks dengan binatang sendiri.

Peraturan baru menggantikan undang-undang lama Perkara 125 Pengadilan Ketenteraan menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang melakukan “perhubungan jenis luar tabie dengan seorang anggota sejenis yang lain, atau dengan binatang, dikira telah melakukan kesalahan liwat atau sodomi.” Mereka yang didapati bersalah kerana melakukan sodomi boleh dikenakan hukuman ketenteraan.

Seramai 93 dari 100 anggota Senat menyokong kelulusan peraturan baru itu.

Perubahan terhadap peraturan larangan amalan sodomi (contoh: perbuatan luar tabie yang secara popular mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, dalam kes berlarutan mulai 1998 hingga 9 Januari lepas) akan memberi kebebasan kepada mana-mana anggota tentera AS melakukan sodomi sesama jenis atau terhadap binatang sendiri.

Sesungguhnya kita melihat keputusan dewan tertinggi perundangan AS menghalalkan sodomi, hatta ke atas binatang sendiri, adalah perbuatan paling buruk dan keji yang pernah dilakukan dalam sejarah perkembangan ummat manusia turunan Nabi Adam alaihissalam.

Ia dilihat lebih buruk lagi dari apa yang pernah dilakukan oleh kaum Nabi Lut yang dihancurkan dengan ribut kencang dalam sejarah lebih 4 ribu tahun lampau apabila umat nabi itu melanggar hukum Allah yang melarang umat manusia dari melakukan perbuat keji sodomi.

Langkah Dewan Senat AS itu dilihat telah benar-benar mancabar hukum alam apabila mereka menghalalkan manusia untuk melakukan hubungan seks...... malah dengan binatang sendiri.

Hukum menghalalkan seks dengan binatang ini dibuat dalam ketika AS dengan para pemimpin dan hampir kseluruhan rakyatnya mengaku sebagai penganut dan pejuang Kristian, sebuah agama yang mengajak kepada kebaikan, agama warisan para nabi.

Perubahan mutakhir ini sekaligus memperlihatkan bahawa AS kini menjadi pelantar pertama yang melahirkan barisan tentera-tentera Dajjal, iaitu golongan yang dengan sengaja melanggar peraturan Allah, melanggar sunnatullah.

Di saat sebelum munclnya Imam Mahdi dan Nabi Isa alaihissalam, Dajjal dan pengikut-pengikutnya akan melakukan pelbagai kerosakan di atas muka bumi.

Angkara dan kedurjanaan mereka telahpun dilihat melalui apa yang berlaku ke atas negara-negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan di Palestin sejak 1990.

Dan mulai dekad ini mereka akan terus melakukan kerosakan dan kemusnahan lebih buruk lagi terhadap peradaban ummat manusia, terhadap ummat Islam khususnya, setelah munculnya barisan tentera-tentera Dajjal ini.

Dan kini layaklah mereka menerima kemurkaan dan laknat dari Allah apabila mereka bertindak melampaui batasan dan melanggar hukum alam.
Read more ...
Designed By