PUTRAJAYA, 1 JUN - Setelah membebankan
negara dengan lambakan lebih RM 50 bilion hutang serta pelbagai episod
kemungkinan berlakunya penyelewengan dana yang sangat mengerikan, akhirnya
Putrajaya melantik wakil Kementerian Kewangan duduk mengendalikan syarikat 1MDB.
Pentadbiran Putrajaya dalam
kenyataannya semalam mengumumkan perlantikan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan,
Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, selaku pengerusi baru Lembaga Pengarah
1MDB dalam usaha serius kerajaan menyelamatkan syarikat negara itu dari terus
tenggelam.
Irwan Serigar bakal
memimpin lembaga dianggotai sama dua penyandang lain, iaitu Dato’ Norazman Ayob,
Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara, dan Dato’ Kamal Mohd
Ali, CEO Prokhas Sdn Bhd (sebuah syarikat yang banyak memberi nasihat kewangan
kepada syarikat-syarikat berhubungan kerajaan).
Irwan Serigar Abdullah sebagai Pengerusi baru 1MDB |
Pada yang yang sama Putrajaya
mengekalkan kedudukan Arul Kanda Kandasamy selaku Presiden 1MDB.
Perlantikan Lembaga
Pengarah baru ini dibuat bersesuaian dengan kehendak Jawatakuasa Kira-kira Awam (PAC) yang
mencadangkan perubahan dibuat terhadap undang-undang penubuhan 1MDB
berkuatkuasa mulai 31 Mei 2016.
Perubahan ini sekaligus
menggugurkan peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Ketua
Penasihat kepada Lembaga Penasihat 1MDB serentak dengan pembubaran lembaga
berkenaan.
Melalui perubahan baru
ini Lembaga Pengarah 1MDB dibebankan dengan proses pemindahan hak milik
Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn
Bhd, pemilikan tanah Air Itam dan Pulau Indah kepada MoF Incorporated.
No comments:
Post a Comment