BANDA ACEH 5 JUN - Dua hari menjelang bermulanya Ramadhan setiap tahun merupakan waktu paling
penting dan saat demikian bererti bagi masyarakat seluruh Aceh.
Hari-hari itu disebut sebagai ‘Meugang’
(megang) di mana setiap keluarga di kampung atau di kota-kota serta di seluruh
ceruk dan rantau bumi Aceh akan berbelanja besar – mendapatkan dua atau tiga
kilogram daging lembu dijadikan masakan dan hidangan keluarga menjelang puasa.
Suasana kesibukan orang ramai membeli daging lembu ketika 'Meugang' di Aceh. |
Meugang sudah menjadi tradisi
yang diamalkan seluruh masyarakat Aceh lebih 500 tahun dulu dipelopori paduka
Sultan Iskandar Muda dengan membahagikan daging kepada rakyat susah, fakir dan
miskin dua hari menjelang Ramadhan setiap tahun.
Namun, meugang sebenarnya dilihat
lebih bererti dari cuma merupakan sebuah tradisi yang berterusan sekian lama.
Ia adalah lambang pautan
keluarga demikian erat yang dimiliki oleh masyarakat Aceh. Meugang adalah hari
seorang anak kembali ke dalam dakapan ibunya. Hari seorang perantau pulang ke
pangkuan keluarga. Hari seorang menantu menyatakan kasih sayang dengan membawa bekalan
berkilo-kilo daging untuk keluarga mertuanya.
Meugang adalah Hari Kasih
Sayang; Hari setiap ahli keluarga menyatakan kegembiraan tidak terperi
menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh barakah.
Suasana tenang sepanjang tahun
yang dilalui oleh setiap sebuah pasar di seluruh provinsi Aceh tiba-tiba berubah
riuh, sesak dengan kebanjiran manusia, orang ramai yang datang mencari
keperluan sempena meugang dan puasa yang bakal hadir lusa.
Dianggarkan hampir 2 ribu ekor
lembu disembelih dengan dagingnya diedarkan di pasar-pasar seluruh Aceh sejak
pagi hingga lewat petang tadi.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Kemunculannya ditunggu-tunggu di hujung puasa. |
Pedagang juga mengambil
kesempatan menjual daging segar melalui berpuluh buah gerai sementara pinggir
jalan di sekeliling kota besar seperti Banda Aceh, Sigli, Bireuen, Lhokseumawe,
Meulaboh dan lainnya.
Demikian luar biasanya. Ketika semua pasar raya di seluruh Malaysia serta stesen-stesen telivisyen di Lembah Kelang, Selangor, ghairah membuat promosi Eidul-Fitri seminggu dua sebelum puasa, masyarakat seluruh Aceh berpesta, berbelanja besar dengan meugang untuk menyambut kadatangan Ramadhan.
Di Aceh, Ramadhan sepertikan tidak sempurna tanpa meugang. Sebaliknya di Malaysia raya tak jadi selagi wajah istimewa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tidak muncul di kaca televisyen di penghujung Ramadhan.

No comments:
Post a Comment