RIBUAN AHLI dan para penyokog Pas memberi tepokan gemuruh di Stadium Melawati, Shah Alam, awal Disember ini apabila presiden parti itu meluahkan kesediaan Pas untuk di perkudakan oleh DAP.
Sekali imbas umum melihat kenyataan itu merupakan suatu parisytiharan muktamad bahawa Hadi, para ulama dalam parti Islam itu serta ahli dan para penyokongnya lebih rela menjadi hamba dan tunggangan kepada DAP daripada bersahabat atau berbaik-baik dengan UMNO sendiri.
Perisytiharan ini terbit dari mulut Hadi sendiri, seorang pemimpin dan menjadi ‘Tuan Guru’ yang sangat dipuja oleh setiap penyokongnya.
Hadi sepertikan telah bertindak memutuskan tali persaudaraannya dan seluruh penyokongnya dengan UMNO yang hampir keseluruhan ahlinya dari keturunan Melayu dan Islam.
Lalunya, umat Islam di Malaysia tertanya-tanya: Apakah wajar seorang pemimpin yang memakai gelaran ‘Ulama’ dari sebuah pertubuhan Islam bertindak memilih sebuah pertubuhan ‘kafir’ seperti DAP daripada bersashabat dan berbaik-baik dengan sebuah pertubuhan seperti UMNO yang didukung oleh umat Islam?
Pas jelas lebih cenderung dan rela dirinya diperguna dan diperbudakkan oleh DAP meskipun Malaysia mengetahui bahawa DAP begitu lantang menentang Islam serta lebih cenderung meletakkan Islam di tempat paling bawah.
Dan pada suatu peringkat umum lebih terdorong ke arah menganggap bahawa DAP lebih merupakan sabuah gagasan kafir harbi (golongan penentang dan musuh Islam) berbanding dengan parti bukan Islam lain yang boleh dikategorikan sebagai kelompok kafir zimmi.
Demikianlah, apabila Hadi rela partinya diperkudakan oleh DAP, maka ia membawa erti bahawa Hadi kini telah menyeret seluruh ahli dan penyokong di dalam Pas untuk menjadi tunggangan dan suruhan musuh-musuh Islam sendiri.
Sesungguhnya masyarakat Islam melihat bahawa perisytiharan Tuan Guru Pas ini terlalu memilukan dan sangat menyayat nubari ummat kerana Hadi seolah-olah telah meletakkan Islam di tempat paling bawah – di bawah telapak kaki DAP.
Mungkinkah Hadi secara sengaja atau sebaliknya telah bertindak membelakangkan seruan Allah yang menegaskan:
“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.” (maksud ayat 139 Ali-Imran).
Cuma Haji Hadi Awang dan Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersimpul di sudut kalbu Tuan Guru itu apabila perisytiharan memutuskan hubungan dengan gagasan Islam lain, khususnya UMNO, dibuatnya dulu.

No comments:
Post a Comment