SINAR HARIAN, PAS SENGAJA TENGGELAMKAN ISU KALIMAH ALLAH
KUALA LUMPUR 15 Okt: Malam tadi (malam Idul-Adha) saya berusaha mencari berita berhbung keputusan Mahkamah Rayuan
memutuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh gereja-geraja
Kristian atau agama lain. Kalimah itu eksklusif untuk Islam sahaja.
Sinar Harian online saya telusuri jam 3 malam ini. Saya meraba dan
mencarinya jika berita hangat ini diliputi oleh SH, untuk melihat liputannya.
Namun akhbar yang lebih pro kepada Pas dan PKR itu tidak memberi tempat kepada
berita sedimikian penting di peringkat nasional dan global, untuk disiarkan.
Apakah keputusan SH itu, sengaja tidak mahu masyarakat pembaca tahu
berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengharamkan agama lain menggunakan
kalimah Allah, dibuat sejajar dengan dasar Pas dan PKR yang selama ini tidak
membantah pihak kristian atau penganut-penganut rakan kongsi mereka yang lain
menggunakam kalimah maha keramat itu, tidak kita ketahui.
Apakah Sinar Harian dan Pas sengaja hendak meneggelamkan isu ‘Kalimah Allah’
ini? Sangat luar biasa tetapi demikian ketara pula belang mereka.
Anwar Ibrahim, tidak pernah bantah gereja guna kalimah Allah. |
Liputan yang disarkan Utusan Malaysia memaparkan bagaiamana tidak ada
gerombolan tentera-tentera jihad Pas atau PKR hadir di Istana Kehakiman
Putrajaya pagi Isnin untuk memberi sokongan kepada gerakan pertubuhan-pertubuhan
Islam, seperti semangat berkobar-kobar yang mereka paparkan ketika menghadiri
semua siri perhimpunan ‘berish’ anjura peguam Anbiga Sreevanasan dulu.
Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew bersama Nik Aziz |
Hadi....cari formula baru |
Rakyat Islam di Malaysia mungkin tidak begitu kecewa apabila Perdana
Menteri, Datuk Seri Tun Razak sesekali tersasar apabila bercakap sesuatu yang
menyentuh akidah atau perundangan Islam. Namun apabila Pas sendiri dengan
barisan ratusan alim yang mengelar diri mereka sebagai ulamak dan pejuang
Islam, bersedia memperdagangkan nama Allah kepada musuh-musuh Islam, maka ini
menjadi suatu tandatanya sangat besar.
Muka Hadi Awang, Salahuddin Ayub atau lain-lain pemimpin Pas, kecuali tokoh terpinggir Nasaruddin Isa, juga tidak kelihatan di Istana Kehakiman pagi Isnin lepas. |
Umum melihat langkah Pas dan PKR yang lebih cenderung memilih sikap terbuka
apabila rakan karib mereka DAP mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah
digunakan oleh gereja-gereja Kristian, merupakan strategi pilihanraya mereka ke
arah menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam.
HASSAN ALI TERSINGKIR
Dua tiga tahun menjelang pilihanraya 5 Mei lepas, Pas menyokong kristian
menggunakan kalimah Allah dengan memberikan pelbagai alasan songsang sambil
mengarahkan pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat tidak menyentuh soal
penggunakan kalimah suci itu.
Insiden paling panas berlaku tahun lepas bilamana pesuruhjaya Pas Selangor,
Datuk Dr. Hassan Ali dilucutkan dari keanggotaan parti setelah dia mengambil
tindakan keras ke atas gerakan gereja Kristian Selangor mengkristian
orang-orang Islam.
Hassan turut dilucutkan dari jawatan Exco Selangor kerana kesungguhannya
mahu menegakkan prinsip Islam serta menolak sikap kurang ajar gereja yang tidak
menghormati Islam di Selangor.
ZULKEFLI NORDIN JADI MANGSA
Di pelantar yang lain pula, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, peguam
Zulkefli Nordin turut jadi mangsa dan disingkir dari PKR kerana dia melakukan
penentangan yang demikian keras terhadap Kristian dalam isu kalimah Allah.
Hassan dan Zulkefli merupakan tokoh penceramah popular yang jadual mereka sentiasa penuh di tahun-tahun antara 2004 sehingga 2012 diundang oleh masjid dan surau-surau yang menjadi kubu Pas di seluruh Selangor untuk memberikan ceramah-ceramah panas.
Dan masjid serta surau politik itu dalam tempoh yang sama, sehingga kini
telah meletakkan nama Hassan dan Zulkefli dalam senarai hitam mereka.
Meskipun kalimah ‘Allah’ telah mereka gadai dan perdagangkan, namun Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan bersama barisan ‘Tentera Bersih’ mereka gagal merampas Putryajaya meskipun umum melihat saat-saat kehancuran UMNO dan BN sudah terlalu dekat menjelang PRU-13 yang lalu.
Allah tidak mengizinkan Pas dan PKR merampas tampuk kuasa pemerintahan di
Malaysia Mei setelah mereka melakukan kesalahan besar (memperdagangkan nama
Allah) memilih puak harbi yang menjadi penentang dan musuh Islam sebagai ‘teman
rapat’ dan sebaliknya pula menjadikan orang-orang Islam di luar kelompok mereka
sebagai musuh.
Kecuali golongan tersepit seperti Mat Sabu dan sekerat dua rakannya, Nik
Aziz, Hadi Awang kini dilihat telah menyedari kesilapan Pas memperdagangkan
kalimah Allah sehingga menyebabkan parti itu kini kehilangan banyak pengaruh.
Dan kini mereka sedang bekerja keras mencari formula baru ke arah mengembalikan
sokongan masyarakat Islam seperti apa yang mereka perolehi pada PRU-12 dulu.
No comments:
Post a Comment