Breaking News

Saturday, September 7, 2013

ACEH DIMALUKAN DENGAN UKURAN ALAT KELAMIN



Kecoh Tinjauan Ukur Alat Kelamin, Payudara Pelajar

Sangat menggemparkan. Pihak berkuasa Kementerian Kesehatan Indonesia mahukan pelajar-pelajar lelaki sekolah menengah di Pulau Sabang dan Bireun Aceh, memberikan ukuran alat kelamin mereka dan ukuran besar payudara untuk pelajar perempuan.

Inilah diantara kejutan Jakarta untuk Aceh melalui tinjauan kesehatan ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah yang dilancarkan minggu lepas.

Tinjauan paling luar biasa ke atas para pelajar sekolah ini sekaligus meledakkan kemarahan pelbagai pihak di seluruh Aceh lantas ia cuba dilakukan dalam ketika provinsi itu sedang bekerja keras untuk menerapkan undang-undang syariahnya.
 
Barisan wanita-wanita Aceh dalam demonstrasi menentang penyertaan calon gadis Aceh untuk pertandingan Miss World. Demonstarsi ini berlangsung di Banda Aceh kelmarin.


Dipercayai bahawa tinjauan umum sehingga memerlukan pelajar memberi ukuran alat kelamin dan payudara mereka ini sebagai pertama kalinya dilancarkan di sebuah wilayah di Indonesia di mana provinsi Aceh diambil sebagai percubaan.

Setiausaha Agung Himpunan Ulama Dayah Aceh, Tengku Faisal Ali berkata tinjauan yang dilancarkan itu tidak ada hubungan langsung dengan pendidikan.

“Ia demikian mengarut dan sangat bertentangan dengan syariat,” tegasnya.

 Tokoh-tokoh akademik Aceh pula turut menyelar bentuk tinjauan yang sehingga membabitkan pendedahan alat kelamin itu. Mereka berkata kaedah permintaan data seperti itu ternyata melanggar etika pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan Indonesia, Musliar Kasim, yang turut terperanjat dengan tinjauan alat kelamin dan payudara itu berkata ia adalah sesuatu yang amat biadab dan tidak memberi sebarang faedah.

Majlis Permesyuaratan Ulama Aceh ketika menyelar isu yang sama berkata ia sangat memalukan bagi Aceh sebagai sebuah negeri yang cuba mengamalkan undang-undang syariat.

Demikianpun, di tengah-tengah keributan dan kejutan isu penuh hangat itu diperkatakan ramai, Jabatan Pendidikan Provinsi Aceh mengeluarkan pengumuman mengharamkan tinjauan berkenaan yang membabitkan maklumat peribadi dan maruah pelajar-pelajar.

Ketua Jabatan Kesehetan Aceh, Dr Taqwallah dalam permohonan maafnya kepada semua pihak menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan yang berlaku bilamana para pelajar membawa pulang borang soalan yang diberikan.

Katanya, borang berkenaan seharusnya diisi dan dipenuhi di hadapan seorang juruteknik kesehatan yang bertauliah, maka menyebabkan ia telah disalahtafsir oleh semua pihak.

No comments:

Designed By