RAKYAT TIDAK MAHU NEGARA HURU-HARA
Mengikuti laungan
‘Menegakkan Demokrasi’ yang diteriakkan barisan pemimpin PR pada
perhimpunan-perhimpunan yang mereka adakan, maka setiap orang yang sedar, yang
mendengarnya, akan menjadi sangat takut.
Kita terlalu
bimbang kepada kemungkinan tercetusnya satu insiden huru-hara besar, seperti
yang kita lihat sendiri 13 Mei 1969, ekoran gerakan hendak mengguling sebuah
kerajaan yang sah secara keras seperti yang dilakukan oleh Anwar dan
penyokong-penyokongnya ini.
Apa yang kita
saksikan secara jelas bertolak dari perhimpunan dan demonstrasi jalanan ini
bahawa Anwar dan barisan penyokongnya tidak lagi dapat bersabar menanti lima
tahun ke depan untuk merebut kuasa pemerintahan negara melalui proses
pilihanraya, SEBBALIKNYA kuasa itu mahu mereka rebut, mahu mereka renggut secara
sah atau tidak sekarang juga.
Anwar kini kita lihat
bersedia melanggar apa juga peraturan, peradaban, nilai, hukum dan melanggar apa
jua undang-undang dalam memenuhi keghairahan yang menghantuinya untuk merampas
kuasa di Putrajaya.
Rakyat dan negara
pastinya terpaksa menanggung keperitan yang amat buruk, demikian menyayat,
sekiranya kekacauan dan huru-hara meletus berpunca dari kegagalan atau
kelemahan pihak berkuasa negara mengawal dan menghentikan gerakan hasutan,
perhimpunan dan demonstrasi haram ini dari berterusan.
Sesungguhnya kita
tidak mahu insiden-insiden keras yang pernah tercetus di Bangkok, Manila
beberapa tahun lalu, berlaku di bumi Malaysia.
Kita tidak mahu
pergolakan yang menghancurkan bangsa dan memaksa runtuhnya sistem pemerintahan
di Tunisia, Syria, Libya dan Mesir berlaku di tanahair kita.
Bahawa kesannya
terlalu buruk, terlalu parah. Bahawa rakyat dan setiap warga tidak mampu
berhadapan dengan situasi yang sangat menakutkan ini setelah beratus tahun kita
terpersok di bawah kaki penjajah; setelah sekian lama kita mengisi senarai
negara-negara miskin, dan setelah sekian lama kita membangun dan membina
kemakmuran kini.
Percayalah bahawa
beberapa kelompok dari masyarakat dan rakyat kita menyedari dan mengetahui
bahawa rangkaian intelligent barat dan pertubuhan-pertubuhan NGO mereka, secara
jahat dan tersembunyi, telah menyalurkan pelbagai bantuan – kewangan dan
latihan, yang kemudian mencetuskan gerakan ‘Reformasi’ dan himpunan haram
‘Demokrasi’ yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim serta
penyokong-penyokongnya masa ini.
Malangnya,
sebahagian besar dari barisan penyokong-penyokong ini kita lihat terpengaruh
dengan di’ayah Anwar yang melaungkan slogan mahu menegakkan demokarsi di
Malaysia sedangkan dunia tidak pernah mempersoalkan sistem demokrasi di
Malaysia, malah dunia mengakui bahawa Malaysia adalah negara paling ke depan
mengamalkan sistem demokrasi di rantau Asia.
Anwar mendakwa
mahu menegakkan demokrasi, namun sebaliknya dia dan barisan pembangkang PR di
belakangnya mahu merampas, mahu menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah, kerajaan
yang dipilih rakyat, secara paksa. Dan apakah jalan yang dipilihnya ini dikira
sebagai demokrasi?
NYATA bahawa
mereka adalah penentang-penentang sistem demokrasi itu sendiri.
Rakyat mahukan
pihak berkuasa kita mengambil tindakan yang tegas dan berani, tetapi penuh
berhemah dan bijaksana di dalam berhadapan dengan situasi genting dan mencabar
sekarang.
Dan di dalam berusaha menangani cabaran dan masalah amat berat ini, kita memohon pertolongan Allah Subhanahu-Wataala memelihara negara ini dari ditimpa kekacauan dan huru-hara. Amiiinnn.
No comments:
Post a Comment