Breaking News

Wednesday, May 15, 2013

ANWAR IBRAHIM KENA RASUK


ANWAR TERJERAT OLEH PERMAINAN SENDIRI

Adalah menjadi tandatanya besar semua orang apabila melihat bagaimana Anwar Ibrahim, tidak mahu berhenti dari  meneruskan kempen merampas Putrajaya meskipun PRU13 telah berakhir 11 hari lepas.

Tiga hari sahaja setelah pilihanraya umum berlalu, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu terus menggembeling tenaga seluruh penyokong PKR, DAP dan Pas untuk berhimpun di Kelana Jaya, Selangor, membantah keputusana PRU13 kerana keputusan pilihanraya itu tidak menyebelahi pembangkang.

Anwar berkeras dengan pendirian bahawa PRU13 telah dilaksanakan secara kotor dan tidak adil, bahawa keputusannya sengaja diselewengkan, diputarbelit, mengakibatkan pakatan pembangkang telah ditolak haknya untuk menjadi pemerintah yang baru bagi Malaysia.

Dia terus berkeras menolak keputusan PRU13 yang tidak memberi kemenangan kepada PR untuk ke Putrajaya semata-mata kerana slogan pilihanraya ‘Kotor dan Tidak Adil’ telah lama bersarang pada otak dan sarafnya sejak 2007 lagi bilamana Perhimpunan Bersih dilancarkan dulu.

Anwar keras menolak keputusan PRU13 dalam ketika Ahmad Yaakob, Lim Guang Eng dan Khalid Ibrahim sudahpun memulakan tugas masing-masing di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sebagai ketua-ketua kerajaan yang mewakili barisan PR.
Hairan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar.

Dia terlalu kecewa tidak dapat merampas kunci perbendaharaan Putrajaya. Dan di tengah-tengah kekecewaan amat mendalam itu Anwar bertindak melintasi batas fitrah, di luar batas fikiran dan perasaan seorang manusia normal.

Keputusan PRU13 yang dilihatnya sebagai sangat kejam telah memusnahkan seluruh harapan dan cita-citanya untuk menjadi seorang perdana menteri.

Dia kini benar-benar terjebak oleh suatu permainan, suatu pertarungan yang telah diaturnya sendiri untuk sekian lama.

Setelah pintu-pintu PRU13 tertutup, kini dia tidak punya jalan keluar lagi, kecuali dengan mengheret rakyat keluar berarak di jalan-jalan, beramai-ramai memberontak dan menumbangkan pemerintah sedia ada.

Anwar kini seakan-akannya bertukar menjadi insan ‘tidak normal’, tidak siuman lantas tindakan bantahan ‘Adil dan Bersih’ kini mati-matian digarapnya meskipun PRU13 telah selesai, telah 11 hari berakhir.

Dan dia kini terjerat dalam satu ‘obesssi’, suatu kegilaan yang dilihat terkeluar dari nilai, batas dan ukuran seorang insan yang waras.

Keghairan merealisasikan suatu cita-cita yang tinggi melangit  sepertikan telah menyeret Anwar Ibrahim kini menjadi amat liar, bahaya dan ganas. Dia spertikan telah benar-benar dirasuk, terjebak dengan kegilaan yang amat menghairankan.

Mungkin iblis dan tentera-tenteranya sejak 5 Mei lepas telah melakukan segala strategi dan tindakan mengharu-birukan saraf dan otak pengundi-pengundi di Malaysia. Dan tidaklah hairan, kemungkinannya Anwar terkena tempias serangan tentera-tentera iblis ini.

DAN cuma jaringan ‘Conspirator’ CIA, Neo-con, Wall Street, George Soros dan Anbiga Sreevanasan sahaja yang boleh memberi jawapan tepat berhubung apa sebenarnya yang menyebabkan Anwar terjerat dengan obsesi, kegilaan dan kerasukan himpunan ‘Adil dan Bersih’ ini.

No comments:

Designed By