BARISAN PENCERAMAH PAS TERKAPAI-KAPAI
CUBA MEMBELA TUAN GURU NIK AZIZ
Ustaz KAZIM ELIAS
Terima ugutan dari orang tak dikenali
Tok Guru NIK AZIZ
Tak mampu nak kilas serangan
MALAYSIA kini berhadapan dengan fenomena ketaksuban dan fahaman
politik ekstrim sangat membimbangkan serta dilihat boleh mengancam keamanana
negara.
Dan kerana terlalu lantang mengkritik penyelewengan
fahaman Islam sebenar yang menjadi bahan putarbelit tokoh-tokoh dari parti Pas,
yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama, pendakwah bebas Ustaz Kazim Elias
dan keluarganya kini dikhabarkan terpaksa berhadapan dengan anacaman bunuh.
Meskipun ia merupakan seorang pendakwah solo yang pernah
digelar oleh penyokong-penyokong Pas sebagai ‘Ustaz Lone-Ranger’, ‘Ustaz
Politik’, namun tidak sampai 24 jam setelah berita ancaman bunuh ke atas Ustaz
Kazim tersebar di internet sejak semalam,
berita itu menjadi bahan panas yang menarik perhatian ribuan pelayar
internet.
Ustaz Kazim, pendakwah bebas dari Ipoh, Perak, dipercayai
menjadi sasaran penyokong-penyokong Pas ekoran kritikan pedasnya terhadap Nik
Aziz Nik Mat bersabit isu perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan
Rasul.
MENGHINA RASULULLAH
Mursyidul Am Pas itu dalam satu kuliahnya yang tersebar
di YouUtube tahun lalu menyebutkan bagaimana selepas melahirkan Nabi Muhammad, ibu
Nabi senidiri tidak tahu anaknya itu akan menjadi seorang Nabi. Lihat ungkapan
penuh Nik Aziz seperti ‘Quotation’ dipaparkan.
ANWAR IBRAHIM
Gagal Memandu Pas bersamanya menguasai Putrajaya
Menolak pendapat yang mendakwa Nabi Muhammad s.a.w
sebagai kanak-kanak dan Mamat-Mamat biasa di kampung, Ustaz Kazim berkata
kenyataan seperti itu sebagai menghinakan nilai Rasulullah sendiri.
Kata Kazim, ibu Nabi, Siti Aminah, telah didatangi
Malaikat memberitahunya bahawa anak yang dalam kandungannya akan lahir sebagai
manusia pilihan dan akan menjadi seorang Pesuruh Allah.
Katanya, Nabi Muhammad telah siap dikhatan sejak lahir, terpelihara
dari apa-apa nilai buruk sejak kecil hingga dilantik sebagai Rasul, dan telah dibelah
dadanya oleh Malaikat , dibersihkan dan disikan hikmah ketika berusia lima
tahun lagi.
“Baginda tidak sama dengan lelaki-lelaki Arab di zamannya
yang bergelumang dengan maksiat.
“Dan tidaklah layak Rasulullah disamakan dengan
Muhammad-Muhammad di tanah Mekah atau di kampung-kampung,” ujarnya.
KITAB RUJUKAN
Sambil menolak keras ungkapan orang (Nik Aziz) yang
menyamakan Rasulullah dengam manusia biasa sebelum dilantik sebagai Rasul,
Ustaz Kazim berkata:
“Saya rujuk tidak kurang dari sepuluh buah buku hadith
dan kitab berhubung dengan riwayat kelahiran baginda Rasulullah. Tidak saya
bercakap tanpa rujukan kuat.”
Kenyataan terbuka Ustaz Kazim ini yang serkaligus menolak
apa yang dihuraikan berhubung diri Rasulullah oleh Nik Aziz, sebelum baginda dilantik sebagai seorang Rasul,
menimbulkan kemarahan barisan beratus penceramah serta oleh seluruh penyokong
parti Pas di seluruh negara.
Kritikan yang sama ke atas Nik Aziz juga turut
dilontarkan oleh seorang pendakwah ‘glamour’ dari Trengganu, Ustaz Azhar Idrus melalui
ceramah-ceramahnya yang disebarkan melalui YouTube dengan bertanya: “Dia tahu
bahasa tak?”
PAS GUGURKAN PRINSIP ISLAM
Ustaz Kazim menjadi sasaran seluruh
barisan penyokong Pas ekoran kelantangannya mengkritik penyimpangan perjuangan Islam
Pas yang cuma tertumpu kepada perjuangan menguasai Putrajaya, tetapi
meninggalkan usaha memperjuangankan Islam itu sendiri di belakang pada setiap
kali pilihanraya mengambil tempat.
Kata Ustaz Kazim, mereka (Pas) sedia
menggugurkan prinsip mendirikan negara Islam dan hukum hudud cuma kerana
mendengar suara ‘dehem’ (batuk) kecil orang berkerusi roda (merujuk kepada
Pengerusi Dap, Karpal Singh) yang berkata: “Langkah mayat aku dulu kalau hendak
teggakkan undang-undang Islam di Malaysia.”
“Mereka cuma lebih mengharapkan kepada
sokongan undi orang kafir sehingga
menggadaikan perjuangan Islam itu sendiri.
“Adakah barisan orang seperti ini yang
kita harap boleh mempertahankan Islam di bumi kita?” tanya beliau lagi.
Beberapa klip video YouTube penceramah-pencaramah Pas
yang membela Mursyidul Am mereka, dalam penelitian Bila Gendang Dipalu,
memperlihatkan bagaimana mereka
terkapai-kapai, gagal membawa hujjah sebarang yang mampu mempertahankan Nik
Aziz oleh serangan tajam dan terbuka Ustaz
Kazim.
“Kita mesti pertahankan Tuan Guru kita bila dia diserang,”
ujar seorang pernceramah Pas dari perak, dalam satu klip video yang dimuatkan
di YouTube. Namun penceramah ini tidak membawakan satu hujjah pun yang boleh
menolak serangan Ustaz Kazim.
Penceramah Pas terbabit sebaliknya cuma mempersoalkan: “Siapa
dia ustaz Lone-Ranger ini banding dengan Tok Guru kita.”
Panceramah tersebut tetap mempertahankan Mursyidul Am
Pas, meskipun Nik Aziz telah memberikan gambaran yang salah dalam isu
ketinggian peribadi Nabi Muhammad s.a.w sebelum baginda dilantik sebagai Rasul.
Demikianlah ciri ketaksuban dan penyimpangan dasar Islam
yang dilakukan oleh pucuk pimpinan dan penceramah-penceramah Pas sejak sedekad
yang lepas, sehinggalah sekarang sehingga mengakibatkan ummah hari ini bercakaran
pada tahap yang sangat membimbangkan.
No comments:
Post a Comment