Breaking News

Saturday, May 11, 2013

POLEMIK DAP GANTI MCA UNTUK BN


UMNO LIHAT DAP SANGAT BAHAYA


Lim Kit Siang
Ketiadaan menteri yang mewakili kaum Cina di dalam kabinet baru kerajaan menjadi alasan Zainuddin Maidin (Zam) ke arah mempromosikan penyertaan DAP ke dalam pakatan Barisan Nasional.

Saranan mengejut dari Wartawan Negara dan bekas Menteri Penerangan ini dilihat amat berani. Tetapi sungguh menakutkan.

DAP yang didokong oleh barisan pemimpin demikian radikal dan ‘hardcore Chinese’ pasti saja menentang apa jua langkah penyatuan dengan BN. Sebaliknya BN pula dengan dominasi ‘hardcore Malays’ melalui UMNO, pasti tidak akan menerima DAP sebagai rakan kongsi baru.

Zam sepertikan mencabar kedua-dua barisan hardcore ini duduk di bawah satu payung, dengan mengetepikan seluruh ego, prejudis dan kebencian masing-masing, ke arah menyelamatkan Malaysia dari kemungkinan meletusnya sengketa perkauman yang meruncing.

Dia melihat DAP sebagai sesuai menjadi rakan baru BN, menggantikan MCA, hasil keputusan PRU13 Ahad lepas yang menyaksikan hampir keseluruhan pengundi keturunan Tionghua menolak MCA, menolak BN secara total.

Di sebalik idealnya saranan penyatuan ini, secara peribadi saya melihat tendensi terbitnya ancaman lebih buruk yang terpaksa ditanggung oleh UMNO dan umat Melayu seluruhnya kelak sekiranya DAP diberi kesempatan duduk di dalam Barisan Nasional.

Melayu tidak mampu memperjudikan nasib mereka menjadi permainan manipulasi DAP, adik kandung PAP yang menyaksikan bagaimana Yusof Ishak dan Osman Wok dijadikan sebagai ‘gula-gula’ untuk memikat hati masyarakat Melayu, lalu kemudian Lee Kuan Yew meletakkan Melayu Singapura di bawah tapak kakinya.

DAP, bagi sebahagian besar Melayu yang sedar, adalah terlalu bahaya bagi masa depan Malaysia berasaskan kepada pelbagai persediaan rapi yang diatur oleh pucuk pimpinan parti itu untuk merampas kuasa pemerintahan negara, seterusnya untuk kemudian menjadikan Malaysia keseluruhannya sebagai sebuah ‘Singapura Kedua’.

Parti pimpinan Lim Kit Siang ini dibarisi dengan kumpulan-kumpulan terlatih, terutamanya kelompok G17, sebuah kumpulan elit DAP, yang dilatih oleh pihak ‘intelligent’ Singapura dan Mossad Israel, untuk mengatur strategi dan tindakan sehingga kuasa pemerintahan kerajaan Malaysia dapat mereka rampas.

Semua strategi dan pelan tindakan DAP untuk menguasai Putrajaya ini pernah didedahkan oleh bekas setiausaha organisasi DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman tahun lepas.

Apakah UMNO mampu berhadapan dengan strategi dan taktik radikal kumpulan-kumpulan penggempur DAP apabila parti itu duduk di bawah payung BN kelak, dalam ketika sebahagian besar dari pimpinan UMNO di semua peringkat cuma bekerja keras membina kekuatan peribadi di dalam parti, mencari projek, mengumpul harta?

UMNO sebenarnya tidak punya pilihan lain, kecuali bertindak segera memperkukuhkan BN, membantu dan menyuntik semangat baru kepada MCA dan MIC untuk kembali diyakini oleh masyarakat Tionghua dan India seluruh negara.

UMNO seharusnya bertindak membantu pembangunan semula MCA, kerana parti itu selama ini tidak pernah menikam rakannya dari belakang. UMNO tidak mampu mengambil DAP menggantikan MCA, kerana setahun dua setelah Anwar duduk sebagai Perdana Menteri (seandainya Pakatan Rakyat merampas Putrajaya satu hari nanti) DAP pastinya akan menikam Anwar dari belakang, menyeret penasihat PKR itu turun dari kerusi PM melalui pelbagai isu moral yang memang disimpan ketat oleh Karpal Singh sebagai senjata untuk menurunkan seorang perdana menteri.

No comments:

Designed By