PELANCONG KELAMKABUT
HADAPI JEREBU TEBAL
HADAPI JEREBU TEBAL
LANGIT menyatu dengan laut, sang matahari meratap hiba dan alam terdiam
penuh berdukacita apabila jerebu demikian buruk menyelimuti seluruh Pulau Tioman
selama 60 jam mulai senja Isnin kelmarin.
Keadaan serbenar jerebu yang melanda Tioman dan pulau-pulau lain sekitarnya pagi Rabu 19 Jun 2013. Matahari pagi bertukar warna akibat jerebu tebal.
Tioman, sebuah pulau syurga yang memiliki seluruh keistimewaan tersendiri
di tengah lautan lepas, bukan sahaja menarik kedatangan ratusan ribu pengunjung
setiap tahun, malah ia turut menarik jerebu tebal untuk berhimpun dan bersantai
di sini.
Apabila keluar ke anjung santai selepas menunaikan solat Subuh awal pagi
Selasa kelmarin saya terperanjat melihat langit dan laut yang terbentang luas
di depan kelam di selimuti jerebu tebal.
Pelancong yang sedang berurusan di kaunter jualan tiket di jeti Pekan Tekek untuk menaiki feri menuju ke Mersing. |
Dari anjung kondominium atas bukit itu saya lihat permuakaan air berubah menjadi
amat kelam. Wajah laut bertukar sedih, suram dan muram. Anak-anak ombak kecil
memukul lesu pantai jauh di bawah sana. Angin samudra masih membungkam, berehat
dan tidak mahu berlari seperti lazimnya.
Tioman di selimuti jerebu amat tebal pagi ini. Saya mencari kaki langit
yang biasanya bertapak di hujung air. Namun dalam pemandangan cuma dua tiga kilometer di depan kaki langit dan hujung air tidak kelihatan.
Marina paling indah di Tekek, sebuah pekan utama yang menggerakkan aktibiti pelancongan di Pulau Tioman. Marina ini dulu dibina hasil kesungguhan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamed yang mahu menjadikan Tioman sebagai salah sebuah tarikan dunia.
Langit dan laut di depan, di seluruh persekitaran Pulau Tioman pagi ini sudah bersatu di bawah kelambu jerebu tebal. Suatu fenomina alam yang sangat luar biasa. Agak membimbangkan.
Langit dan laut di depan, di seluruh persekitaran Pulau Tioman pagi ini sudah bersatu di bawah kelambu jerebu tebal. Suatu fenomina alam yang sangat luar biasa. Agak membimbangkan.
Jerebu di sini bersantai bersama bau asap yang kuat. Sebahagian penduduk
dan lebih sepuluh ribu pelancong yang berada di Tioman pagi ini di serang
batuk.
Jerebu bersantai di seluruh alam Tioman pagi Rabu.
Landasan terbang tunggal di belakang Pekan Tekek di pulau ini terpaksa ditutup sepenuhnya Isnin, Selasa dan Rabu oleh jerebu tebal. Dua penerbangan pesawat kecil dari Subang dan satu dari Singapura terpaksa dibatalkan.
Kampung-kampung sekitar Tekik, Air Batang, Salang, Genting, Paya dan Juara menjadi lokasi utama dikunjungi pelancong. Bot-bot pengusaha pelancongan lokal terus membawa pengunjung ke sekeliling pulau untuk kegiatan ‘snorkling’ – mandi dan benerang bersama jutaan ikan-ikan cantik pelbagai rupa yang menghiasi perairan Tioman.

Aduuhhh..... lebih seratus penumpang tergendala, tak dapat datang ke Tioman
untuk bercuti dan bersantai.
Namun lebih parah lagi apabila beratus pelancong lain dari KL dan Singapura
menghdapai keadaan kelamkabut kerana tak dapat keluar dari Tioman oleh jerebu
yang amat parah.
Foto dari dalam feri dalam perjalanan pulang ke Mersing. Pulau Tioman nampak kabur akibat jerebu buruk yang menyelimuti seluruh pulaunya. Jerebu juga telah mengakibatkan kesemua tiga penerbangan masuk dan keluar dari Tioman dibatalkan selama tiga hari sejak Isnin 17 Jun. 2013.
Pelancong-pelancong yang datang dengan pesawat ini terpaksa juga
meninggalkan Tioman, tetapi terpaksa menaiki feri untuk perjalanan dua jam
menuju ke Mersing.
Satu keluarga 12 pelancong dari Punggol, Singapura, agak pusing kepala
terpaksa menyediakan belanja lebih untuk kos feri dan sewa teksi dari Mersing
menuju ke Johor Bharu sebelum seterusnya pulang ke Singapura.
Foto satu lokasi menarik di Tioman pada pagi Isnin apabila jerebu mula berkumpul di Pulau Tioman.
Dan dalam suasana manusia yang kelamkabut untuk keluar dari Tioman, pengusaha-pengusaha feri terpaksa memuatkan lebih ramai penumpang dari had yang dibenarkan.
Dan dalam suasana manusia yang kelamkabut untuk keluar dari Tioman, pengusaha-pengusaha feri terpaksa memuatkan lebih ramai penumpang dari had yang dibenarkan.
Pengunjung-pengunjung dalam dan luar negeri terus juga melakukan aktibiti
masing-masing di Tioman meski jerebu terus bersantai di pulau ini.
Kampung-kampung sekitar Tekik, Air Batang, Salang, Genting, Paya dan Juara menjadi lokasi utama dikunjungi pelancong. Bot-bot pengusaha pelancongan lokal terus membawa pengunjung ke sekeliling pulau untuk kegiatan ‘snorkling’ – mandi dan benerang bersama jutaan ikan-ikan cantik pelbagai rupa yang menghiasi perairan Tioman.
Atau menyaksikan sendiri keindahan hidupan karang yang memang indah mestipun
di pantai-pantai yang tohor.
No comments:
Post a Comment