Penduduk Aceh Terus Hidupkan Budaya Berusia Seribu Tahun
Gadis dari Aceh Besar yang sarat dengan hiasan tradisi menyertai perarakan Pekan (Minggu) Kebudayaan Aceh ke-6 yang berlangsung di Banda Aceh pagi Sabtu. |
Meski kehidupan sebahagian besar penduduk
Aceh di kira agak ketinggalan berbanding masyarakat di provinsi lain di
Indonesia, namun di sebalik semua kesempitan yang mereka lalui, bumi bergelar ‘Serambi
Mekah’ ini tetap meriah setiap kali Pekan Kebudayaan Aceh (PKA) dilangsungkan.
Aceh kaya dengan khazanah budaya demikian
menarik, budaya yang hidup sejak seribu tahun lampau hasil warisan nenek moyang
masyarakatnya yang terus hadir dan
dikekalkan sehingga ke hari ini.
Masyarakat besar Aceh terbentuk hasil
pertumbuhan penduduknya yang mewakili pelbagai suku kaum melalui tempoh begitu
panjang, memakan tempoh lebih seribu tahun yang dulu.
Perserta dari Universiti Syah Kuala, Banda Aceh, memperagakan pakaian ulta-modern |
Aceh diwakili pelbagai darah
keturunan dari Arab, Turki, Pakistan, India, Keling, Belanda, Siam, Kemboja, suku-suku
Melayu, Batak, penduduk asli tempatan dan membawa kepada beberapa suku kaum
yang lain.
Adat resam masyarakatnya yang diwarisi
sejak zaman lampau masih lagi hidup di sini, berbaur antara tradisi bercirikan
Islam dengan beberapa adat lama.
Di bumi Nanggroe Aceh Darussalam
ini adat ‘tepung tawarnya’ masih hidup dan kekal. Pertujukan kebal ‘debus’ juga
masih bernyawa. Ciri pakaian adat, terutamanya pakaian pengantin, tetap menjadi
pusaka yang sangat dibanggakan oleh masyarakat di seluruh Aceh sehingga
sekarang.
Pemuda dari Nagan Raya, memperagakan pakaian tradidi suku Kluet, salah satu penduduk asli Aceh |
PKA ke-6 yang dijadual
berlangsung selama seminggu di Banda Aceh dilancarkan sendiri oleh Presiden
Susilo Bambang Yudhoyono di Taman Sari Safiatuddin, Banda Aceh pagi semalam.
Pagi tadi minggu budaya itu
diteruskan dengan perarakan kereta berhias dan kumpulan-kumpulan budaya yang
mewakili masyarakat dari semua daerah di Aceh yang keluar berarak dengan
memperagakan pakaian berwarna warni.
Sirih junjungyang direka demikian indah dan rapi menjadi hiasan yang menarik perhatian ramai di PKA pagi semalam. |
Perarakan dan pameran kebudayaan
yang berlangsung sekali setiap empat tahun itu membawa ribuan penduduk dari
seluruh Aceh bertandang ke Banda Aceh untuk memeriahkan budaya mereka. Dan jika
anda mahu melihat dari dekat masyarakat Aceh, lalu pada hari-hari pameran
inilah anda harus bertandang ke Banda Aceh kerana penduduk dari seluruh
daerahnya akan berkumpul di sini.
Perarakan pagi tadi dimeriahkan
dengan kebanjiran wanita-wanita dan pemuda-pemuda Aceh dari semua ceruk rantaunya
dengan pakaian berwarna-warni dan hiasan pelbagai rupa yang demikian menawan.
Golongan dewasa yang sudah
melangkah usia 50 tahun ke atas juga turut sama menyertai perarakan. Ia
sememangnya hidup, amat menarik.
Saya sempat menyaksikan
sekumpulan peserta yang sudah berusia penuh gembira mempersembahkan tarian
zapin sambil diberi tepukan meriah oleh orang ramai yang memenuhi sepanjang
jalan.
Pakaian ultra-modern diperagakan oleh seorang peserta dari Banda Aceh. |
Satu kumpulan dari Aceh Selatan
pula memperagakan pertunjukan ‘debus’ seni tikaman kebal yang dilakukan sendiri
dua remaja di bawah usia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lain berusia lapan
tahun.
Saya terpegun menyaksikan
keberanian anak-anak remaja ini bertalu-talu menghunus senjata tajam ke tubuh
mereka, namun kulit dan tubuh mereka tidak mampan dengan tikaman-tikaman itu.
Belakang tangan dihias dengan warna dan lukisan bunga bercampur daun. Gadis Aceh dengan pakaian istimewa di perarakan PKA Ke-6 |
Anda boleh menyaksikan klip video
tarian zapin dan pertujukan ‘debus’ ini melalui facebook Haron Salleh.
Sayangnya, meski PKA demikian
istimewa dan sangat meriah, cuma sekerat dua saja pelancong luar yang secara
kebetulan berada di Banda Aceh dapat menyaksikan perarakan dan PKA ini.
Salah satu tarikan ramai di perarakan PKA ke-6: Gadis yang cuma berhias dengan potongan kertas surat khabar. |
Mungkin ada sesuatu yang terbelit
dan tersangkut di kantor pelancongan provinsi Aceh menyebabkan pelancong luar
dan dunia tidak mengetahui atau menerima maklumat berhubung minggu budaya yang
istimewa ini.