Kisah
Menarik Pengedar Dadah
Peluk Islam di Penjara Thailand
|
Jurujual kereta mewah Sydney,
Martin Garnett, berusia 26 tahun apabila dia disumbat masuk ke sebuah penjara
di Bangkok pada 1993 kerana kesalahan cuba membawa 4.7 kg heroin keluar dari
Thailand.
Dia berhadapan hukuman mati dan
terpaksa melalui liku-liku perjalanan penuh ngeri dan getir di penjara Thai
bersama kumpulan tahanan dan penjahat pelbagai bangsa.
Di penjara Garnett berhadapan percubaan
bunuh oleh geng pembunuh Samurai dan oleh kumpulan yang lain. Tahun-tahun di
penjara dilaluinya demikian getir, penuh mengerikan...... sehingga dia berputus
asa dan cuba membunuh diri dengan pelbagi cara, termasuk secara berlapar.
Ketika berlapar di kurungan
penjara selama 31 hari Garett melihat kumpulan tahanan Muslim mengerjakan
sembahyang. Mereka menghampirinya dan berkata “Kamu tidak memiliki hak melakukan
ini.”
Dia berbaik-baik dengan tahanan
Muslim dari Pakistan itu untuk beberapa minggu. Kemudian membaca naskhah
terjemahan Al-Quran, satu-satunya buku yang ada di bilik kurungannya ketika
itu.
Dia melihat sahabat-sahabat tahanan Pakistan itu mengerjakan solat. Dan beberapa
minggu kemudian Garnett memeluk Islam.
Pemerintah Thai meminda hukuman
mati ke atas Garnett kepada penjara 40 tahun apabila pada 2011 dia mendapat
pengampunan dari raja Thai. Dan dia kini meneruskan hukuman di penjara
Sylverwater di Sydney, Australia dan dijadual bebas bulan ini.
“Tahanan-tahanan Islam mengerjakan solat di luar bilik kurungan di mana
saya ditempatkan ketika melakukan mogok lapar.
“Seorang lelaki Pakistan, Habib, akan duduk di sisi bilik kurungan saya
untuk beberapa jam selepas solat. Dia tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi
dia mempelajari sepotong ayat yang hendak disampaikan kepada saya: “Anda
tidak berhak melakukan ini.”
“Saya amat marah ketika lelaki ini mengatakan saya tidak mempunyai hak
untuk membunuh diri sendiri – tetapi dia tidak menunjukan kekerasan atau bersikap
buruk ketika mengatakan demikian.
“Dia meluahkannya penuh perasaan dan simpati.
“Di bilik kurungan saya cuma memiliki sebuah buku bulan itu. Ia adalah satu
naskhah kitab suci Al-Quran dengan terjemahan Inggeris. Saya membaca Quran.
Melihat tahanan Muslim solat. Mereka duduk bersama saya; dan kami berbincang selepas
mereka solat zuhur.
“Awalnya saya berfikir telah memilih jalan paling sukar. Bayangkan demikian
terkejutnya saya apabila saya bukan saja tak pernah tertinggal satupun
dari solat fardhu, sebaliknya mendapati bahawa Islam telah memudahkan seluruh
kehidupan saya.
“Kini saya masih tercengang memikirkan betapa bertuahnya saya apabila
memeluk Islam..... menjadi seorang manusia yang berserah kepada kehendak
Tuhan.
“Ini saya rasakan lebih benar, lebih menasabah. Saya mendapatnya. Kini
saya memahaminya.
“Saya menjadi seorang Muslim.
Saya memilih nama Amin Mubarak – Yang Dipercayai, Yang Barakah.
“Tidak wujud perbezaan warna kulit
dalam Islam. Tidak ada perbezaan martabat. Tanpa mengira dari negara mana anda
dilahirkan. Tanpa mengambil kira sejahat mana anda sebelumnya.
“Saya tidak memiliki hak untuk berduka.
“Demikian terperanjat saya
mendapati bahawa kebebasan, kebahagiaan dan kejayaan tidak terkekang oleh
batas-batas larangan di sebuah penjara.”
|
No comments:
Post a Comment