Ahhh betapa
selesanya kemudahan yang dapat dinikmati oleh manusia ramai setelah KLIA2
dilancarkan.
Lima tahun
saya berulang alik setiap bulan dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh menggunakan
terminal LCCT di Sepang sejak Jun 2009.
Dan dalam
tempoh berulang alik itu saya dan jutaan penumpang dalam dan luar negara yang
masuk dan keluar melalui LCCT dapat merasakan susah payah berjalan meredah panas untuk menuju ke pesawat atau keluar dari pesawat menuju ke terminal.
KLIA2 dengan rekabentuk serba menarik. |
Di waktu-waktu
matahari memancar panas terik , di luar sana, bahang panas di bawah bumbung
sepanjang laluan 100 atau 200 meter menuju ke pesawat bukan kepalang lagi. Jika
di padang terbuka biasa suhu panas cuma 30 atau 34 darjah selsius, tapi di
bawah bumbung laluan terminal itu dulu, ia meningkat 36 sehingga 38 darjah –
dek ditambah bahang panas enjin pesawat dan pelbagai kenderaan yang mundar mandir.
Petang semalam
semua perjalanan panas lima tahun itu sudahpun berakhir.
Hati tak sabar
mahu melihat wajah kompleks lapangan terbang baru ini apabila pesawat
penerbangan Air Asia AK 422 dari Banda Aceh mendarat dan merapati terminal baru
KLIA2 jam 3.45 petang.
Penumpang dan keluarga masing-masing menuju ke Balai Ketibaan. |
Suara ketua
steward cuma mengucapkan selamat jalan serta terima kasih dan penghargaan
kepada semua penumpang kerana menggunakan perkhidmatan Air Asia. Namun dia
sepertikan terlupa (atau mungkin sengaja) tidak mahu mengucapkan kalimah
alu-aluan “Selamat datang ke Malaysia” kepada semua penumpang dan pelancong
yang bakal mencecahkan kaki di bumi Malaysia itu.
Tercengang
juga saya apabila melihat hampir semua penumpang tidak lagi berebut-rebut
mengeluarkan barang mereka dari kotak barangan, atau berpusu-pusu menuju ke
pintu pesawat untuk keluar seperti yang lazimnya berlaku dalam setiap
penerbangan yang saya ikuti sejak lima tahun dulu.
Penumpang-penumpang
ini mungkin mengerti bahawa mereka tidak perlu berebut dan berpusu-pusu keluar
meninggalkan pesawat seperti dulu kerana petang ini mereka akan meninggalkan
pesawat dan berjalan melalui suasana terminal baru yang jauh lebih selesa dan
nyaman.
Escalator tersedia untuk penumpang yang lelah berjalan jauh. |
Memasuki ruang
besar terminal saya berhenti sebentar memerhati keadaan sekitar di dalam dan di
luar sana. Terpegun melihat suasana serba nyaman, indah, teratur dan demikian
selesa. Penumpang-penumpang lain dari dalam dan luar negara juga tidak
terburu-buru untuk segera meninggalkan Balai Ketibaan menuju ke bahagian
Imigresen.
Suasana di ruang pasaraya bebas cukai selepas penumpang keluar dari bahagian epemeriksaan imigresen. |
Semuanya
demikian segar. Menyenangkan.
Anak-anak
kecil berlari bebas penuh riang menuju ke escalator di sudut tepi. Cuma satu
dua saja yang berjalan pantas, sebahagian besar penumpang berjalan tenang
sambil menikmati suasana nyaman sepanjang laluan ke pusat pemeriksaan
imigresen.
Pandangan di sayap kiri aerobridge KLIA2 yang membolehkan pesat memuat-turun penumpang serentak. |
Tanya Saya. Petugas sukarelawan melayan penumpang. |
Di luar sana,
bahagian kiri terminal baru ini, tiga pesawat Airbus 300 milik Air Asia masih
berada di mulut aerobridge untuk menurun atau memasukkan penumpang. Sebuah
pesawat Lion Air terlihat di sebelah kanan kompleks terminal.
Meski laluan
dari aerobridge menuju ke balai ketibaan, bahagian pemeriksaan imigresen dan
kastam sebelum menuju ke luar agak jauh, memakan hingga 100 meter, namun
penumpang tidak terasa lenguh, longlai atau keluh kesah dengan laluan ini
kerana seluruhnya demikian selesa dan dingin.
Imigresen
Malaysia meletakkan beberapa petugasnya untuk memandu dan memudahkan semua
pelawat melalui pintu masuk imigresen. Staf kastam juga menyediakan laluan
mudah untuk untuk pemeriksaan lancar penumpang dalam dan luar negara.
Melalui pengimbas pemeriksaan kastam. |
Di samping
berapa tenaga sukarelawan yang membawa sapanduk ‘Ask Me’ (Tanya Saya) di
beberapa ruang bahagian bagasi dan di bahagian luar kawasan bebas, beberapa
anggota Rela dari Kuala Langat turut berada di beberapa bahagian ramai untuk
membantu ribuan penumpang yang menggunakan terminal baru ini.
Penumpang keluar meninggalkan Balai Ketibaan. Selamat datang ke Malaysia. |
Di antara ruang belibelah yang tersedia di terminal baru KLIA2. |
Kini tidak ada
lagi wajah-wajah murung yang pucat termengah-mengah kerana kelelahan berjalan
jauh di tengah panas seperti yang mesti dilalui oleh penumpang-penumpang di
LCCT dulu.
Yang kita
lihat cuma wajah-wajah tenang dan ceria, puashati dengan perubahan demikian
nyaman yang disediakan.
No comments:
Post a Comment