Kisah Benar Karyawan Professional
SUJUD HALANG BARAH OTAK
Ribuan jemaah yang serentak sujud dalam solat di Masjidil Haram |
Kisah
menarik ini dialami oleh seorang karyawan Melayu yang bertugas sebagai tenaga professional
sebuah industri di Amerika Syarikat beberapa tahun lepas. Seperti yang
diceritakan dalam majlis kuliah Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya, Selangor pada 15
Ogos 2015.
Untuk selama lima tahun lelaki ini
memenuhi tuntutan kerjayanya dengan penuh dedikasi. Siang dan malam masanya
ditumpukan semata-mata terhadap professionnya. Hasil khidmatnya demikian
cemerlang. Majikannya menyediakan dia dengan gaji tersangat lumayan.
Namun, satu hari lelaki ini diserang pening
kepala yang bukan kepalang sakit dan bisanya. Dia dihantar ke sebuah pusat
perubatan untuk rawatan rapi. Setelah seminggu dirawat dan dibuat pemerhatian, pusat
perubatan itu mendapati lelaki berkenaan mengalami ketumbuhan (barah) pada
bahagian otaknya.
Doktor yang merawatnya memberitahu bahawa
ketumbuhan yang dialaminya tersangat serius dan harapan untuknya bertahan hidup
cuma dalam lingkungan satu bulan.
GEMENTAR
Demikian gementar Lelaki Melayu mendapat
tahu ketumbuhan serius yang dialaminya, apalagi dia terpaksa menghitung hari
sahaja untuk hidup.
Dia termenung panjang sambil
menghitung kembali solat-solat fardhu yang ditinggalkannya untuk bertahun-tahun
semata-mata untuk memenuhi tuntutan dunia kerjayanya.
Masa sudah demikian singkat. Lelaki
ini mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Allah. Kembali berserah
sepenuhnya kepada penentuan Allah. Esoknya dia terus berangkat pulang ke
tanahair.
Si lelaki ini memilih tinggal di sebuah
pondok pengajian agama dengan harapan untuk kembali beribadah dan bertaubat
sebanyak mungkin kepada Allah kerana menyedari usianya cuma untuk tinggal satu
dua minggu sahaja lagi.
Di pondok ini dia menggunakan sisa-sisa
masanya yang sedikit itu dengan sembahyang, membaca Al-Quraan, berzikir serta
menangis menyesali diri di hadapan Penciptanya.
MENYEPI DIRI
Masa-masa malamnya dia menyepi diri di
pondok kecilnya dengan solat demi solat, sujud dan terus sujud selama mungkin,
memohon pengampunan dan rahmat dari Allah-Subhanahu-Wataala.
Dari seminggu bertukar sebulan
sehingga memakan kepada jarak setahun. Lelaki ini terus melakukan penyepian dan
ibadahnya di pondok pengajian berkenaan.
Setiap detik dan gerak yang
dilakukannya sepanjang tempoh tersebut semata-mata penuh dengan zirkir,
mengingat Allah seluruhnya, sehinggakan dia lupa terhadap ancaman serangan barah
di otaknya yang dahulunya dia dikatakan cuma dapat bertahan hidup tidak lebih dari
satu bulan.
Denyut-denyut sakit dan bisa di
kepalanya sudah lama menghilang, secara tidak disedarinya lenyap sejak sebulan
dua dia tinggal di pondok pengajian yang menempatkan seratus penghuni lain.
TERINGAT KEMBALI
Bulan demi bulan berlalu. Dan dua tahun kemudiannya dia kembali teringat pada kerjaya asalnya serta doktor yang merawatnya di Amerika Syarikat dulu. Lalu dia terbang ke sana.
Di pusat perubatan kota besar itu,
doktor yang merawatnya dulu begitu terperanjat melihat kehadiran lelaki Melayu ini
yang dulunya dihinggapi ketumbuhan serius dengan kemungkinan maut dalam tempoh
tidak sampai sebulan.
Dia diletak kembali untuk pemeriksaan
buat beberapa hari. Para doktor terperanjat mendapati ketumbuhan pada otak
lelaki ini sudah menghilang.
Dan pengamatan para doktor di pusat
perubatan ini merumuskan bahawa penyembuhan barah itu berlaku hasil amalan dan gerakan
lelaki tersebut yang terus menerus solat dan sujud setiap malam.
Bagaimana dengan kita yang masih
tertinggal sujud dan solat untuk tahun bertahun ini? Segeralah kita kembali
kepada Allah untuk mendapatkan pengampunan, rahmat dan keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment