Breaking News

Saturday, May 31, 2014

AKHIRNYA DIA MELUTUT KEPADA ISLAM




Kisah Menarik Pengedar Dadah
     Peluk Islam di Penjara Thailand


Jurujual kereta mewah Sydney, Martin Garnett, berusia 26 tahun apabila dia disumbat masuk ke sebuah penjara di Bangkok pada 1993 kerana kesalahan cuba membawa 4.7 kg heroin keluar dari Thailand.

Dia berhadapan hukuman mati dan terpaksa melalui liku-liku perjalanan penuh ngeri dan getir di penjara Thai bersama kumpulan tahanan dan penjahat pelbagai bangsa.

Di penjara Garnett berhadapan percubaan bunuh oleh geng pembunuh Samurai dan oleh kumpulan yang lain. Tahun-tahun di penjara dilaluinya demikian getir, penuh mengerikan...... sehingga dia berputus asa dan cuba membunuh diri dengan pelbagi cara, termasuk secara berlapar.

Ketika berlapar di kurungan penjara selama 31 hari Garett melihat kumpulan tahanan Muslim mengerjakan sembahyang. Mereka menghampirinya dan berkata “Kamu tidak memiliki hak melakukan ini.”

Dia berbaik-baik dengan tahanan Muslim dari Pakistan itu untuk beberapa minggu. Kemudian membaca naskhah terjemahan Al-Quran, satu-satunya buku yang ada di bilik kurungannya ketika itu. 

Dia melihat sahabat-sahabat tahanan Pakistan itu mengerjakan solat. Dan beberapa minggu kemudian Garnett memeluk Islam.

Pemerintah Thai meminda hukuman mati ke atas Garnett kepada penjara 40 tahun apabila pada 2011 dia mendapat pengampunan dari raja Thai. Dan dia kini meneruskan hukuman di penjara Sylverwater di Sydney, Australia dan dijadual bebas bulan ini.


Kita ikuti cebisan ringkas detik-detik yang membawa Garnett memeluk Islam seperti yang dipaparkn oleh sebuah media Britain kelmarin.





“Tahanan-tahanan Islam mengerjakan solat di luar bilik kurungan di mana saya ditempatkan ketika melakukan mogok lapar.

“Seorang lelaki Pakistan, Habib, akan duduk di sisi bilik kurungan saya untuk beberapa jam selepas solat. Dia tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi dia mempelajari sepotong ayat yang hendak disampaikan kepada saya: “Anda tidak berhak melakukan ini.”

“Saya amat marah ketika lelaki ini mengatakan saya tidak mempunyai hak untuk membunuh diri sendiri – tetapi dia tidak menunjukan kekerasan atau bersikap buruk ketika mengatakan demikian.

“Dia meluahkannya penuh perasaan dan simpati.

“Di bilik kurungan saya cuma memiliki sebuah buku bulan itu. Ia adalah satu naskhah kitab suci Al-Quran dengan terjemahan Inggeris. Saya membaca Quran. Melihat tahanan Muslim solat. Mereka duduk bersama saya; dan kami berbincang selepas mereka solat zuhur.

“Awalnya saya berfikir telah memilih jalan paling sukar. Bayangkan demikian terkejutnya saya apabila saya bukan saja tak pernah tertinggal satupun dari solat fardhu, sebaliknya mendapati bahawa Islam telah memudahkan seluruh kehidupan saya.

“Kini saya masih tercengang memikirkan betapa bertuahnya saya apabila memeluk Islam..... menjadi seorang manusia yang berserah kepada kehendak Tuhan.

“Ini saya rasakan lebih benar, lebih menasabah. Saya mendapatnya. Kini saya memahaminya.

“Saya menjadi seorang Muslim. Saya memilih nama Amin Mubarak – Yang Dipercayai, Yang Barakah.

“Tidak wujud perbezaan warna kulit dalam Islam. Tidak ada perbezaan martabat. Tanpa mengira dari negara mana anda dilahirkan. Tanpa mengambil kira sejahat mana anda sebelumnya.

“Saya tidak memiliki hak untuk berduka.

“Demikian terperanjat saya mendapati bahawa kebebasan, kebahagiaan dan kejayaan tidak terkekang oleh batas-batas larangan di sebuah penjara.”




Read more ...
Designed By