Breaking News

Wednesday, October 16, 2013

KALIMAH ALLAH: IA DIGADAI, DIPERDAGANGKAN



SINAR HARIAN, PAS SENGAJA TENGGELAMKAN ISU KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR 15 Okt: Malam tadi (malam Idul-Adha) saya berusaha mencari berita berhbung keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan penggunaan kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh gereja-geraja Kristian atau agama lain. Kalimah itu eksklusif untuk Islam sahaja.

Sinar Harian online saya telusuri jam 3 malam ini. Saya meraba dan mencarinya jika berita hangat ini diliputi oleh SH, untuk melihat liputannya. Namun akhbar yang lebih pro kepada Pas dan PKR itu tidak memberi tempat kepada berita sedimikian penting di peringkat nasional dan global, untuk disiarkan.
 
Tentera-tentera Bersih Pas gagal hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi Isnin 14 Okt lepas apabila Mahkamah Rayuan membentangkan keputusan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' yang mahu digunakan-pakai oleh gereja-geraja Kristian.
Apakah keputusan SH itu, sengaja tidak mahu masyarakat pembaca tahu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengharamkan agama lain menggunakan kalimah Allah, dibuat sejajar dengan dasar Pas dan PKR yang selama ini tidak membantah pihak kristian atau penganut-penganut rakan kongsi mereka yang lain menggunakam kalimah maha keramat itu, tidak kita ketahui.

Apakah Sinar Harian dan Pas sengaja hendak meneggelamkan isu ‘Kalimah Allah’ ini? Sangat luar biasa tetapi demikian ketara pula belang mereka.
Anwar Ibrahim, tidak pernah bantah gereja guna kalimah Allah.
 
Liputan yang disarkan Utusan Malaysia memaparkan bagaiamana tidak ada gerombolan tentera-tentera jihad Pas atau PKR hadir di Istana Kehakiman Putrajaya pagi Isnin untuk memberi sokongan kepada gerakan pertubuhan-pertubuhan Islam, seperti semangat berkobar-kobar yang mereka paparkan ketika menghadiri semua siri perhimpunan ‘berish’ anjura peguam Anbiga Sreevanasan dulu.
Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew bersama Nik Aziz

Hadi....cari formula baru
Pas dan pejuang-pejuang Islam di dalam PKR sepertinya tidak memperdulikan kalimah Allah diperdagangkan dalam ketika masyarakat Islam antarabangsa menangis melihat lebih 10 juta masyarakat Indonesia yang asalnya beragama Islam, bertindak menganut Kristian sejak sedekad yang lalu akibat putarbelit dan tipudaya gerakan Kristian Indonesia bilamana pihak pemerintah negara itu membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam buku-buku agama mereka.

Rakyat Islam di Malaysia mungkin tidak begitu kecewa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak sesekali tersasar apabila bercakap sesuatu yang menyentuh akidah atau perundangan Islam. Namun apabila Pas sendiri dengan barisan ratusan alim yang mengelar diri mereka sebagai ulamak dan pejuang Islam, bersedia memperdagangkan nama Allah kepada musuh-musuh Islam, maka ini menjadi suatu tandatanya sangat besar.
 
Muka Hadi Awang, Salahuddin Ayub atau lain-lain pemimpin Pas, kecuali tokoh terpinggir Nasaruddin Isa, juga tidak kelihatan di Istana Kehakiman pagi Isnin lepas.
Umum melihat langkah Pas dan PKR yang lebih cenderung memilih sikap terbuka apabila rakan karib mereka DAP mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh gereja-gereja Kristian, merupakan strategi pilihanraya mereka ke arah menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam.

HASSAN ALI TERSINGKIR

Dua tiga tahun menjelang pilihanraya 5 Mei lepas, Pas menyokong kristian menggunakan kalimah Allah dengan memberikan pelbagai alasan songsang sambil mengarahkan pemimpin-pemimpin parti di semua peringkat tidak menyentuh soal penggunakan kalimah suci itu.

Insiden paling panas berlaku tahun lepas bilamana pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dilucutkan dari keanggotaan parti setelah dia mengambil tindakan keras ke atas gerakan gereja Kristian Selangor mengkristian orang-orang Islam.

Hassan turut dilucutkan dari jawatan Exco Selangor kerana kesungguhannya mahu menegakkan prinsip Islam serta menolak sikap kurang ajar gereja yang tidak menghormati Islam di Selangor.

ZULKEFLI NORDIN JADI MANGSA

Di pelantar yang lain pula, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, peguam Zulkefli Nordin turut jadi mangsa dan disingkir dari PKR kerana dia melakukan penentangan yang demikian keras terhadap Kristian dalam isu kalimah Allah.

Hassan dan Zulkefli merupakan tokoh penceramah popular yang jadual mereka sentiasa penuh di tahun-tahun antara 2004 sehingga 2012 diundang oleh masjid dan surau-surau yang menjadi kubu Pas di seluruh Selangor untuk memberikan ceramah-ceramah panas.

Dan masjid serta surau politik itu dalam tempoh yang sama, sehingga kini telah meletakkan nama Hassan dan Zulkefli dalam senarai hitam mereka.

Meskipun kalimah ‘Allah’ telah mereka gadai dan perdagangkan, namun Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hadi Awang dan bersama barisan ‘Tentera Bersih’ mereka gagal merampas Putryajaya meskipun umum melihat saat-saat kehancuran UMNO dan BN sudah terlalu dekat menjelang PRU-13 yang lalu.

Allah tidak mengizinkan Pas dan PKR merampas tampuk kuasa pemerintahan di Malaysia Mei setelah mereka melakukan kesalahan besar (memperdagangkan nama Allah) memilih puak harbi yang menjadi penentang dan musuh Islam sebagai ‘teman rapat’ dan sebaliknya pula menjadikan orang-orang Islam di luar kelompok mereka sebagai musuh.

Kecuali golongan tersepit seperti Mat Sabu dan sekerat dua rakannya, Nik Aziz, Hadi Awang kini dilihat telah menyedari kesilapan Pas memperdagangkan kalimah Allah sehingga menyebabkan parti itu kini kehilangan banyak pengaruh.

Dan kini mereka sedang bekerja keras mencari formula baru ke arah mengembalikan sokongan masyarakat Islam seperti apa yang mereka perolehi pada PRU-12 dulu.
Read more ...

Tuesday, October 15, 2013

Perhimpunan Arafah - Musim Haji 2013

Read more ...

Thursday, October 10, 2013

KHUTBAH RASULULLAH DI PERHIMPUNAN ARAFAH



 
Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W
Khutbah ini disampai oleh Baginda SAW pada 9 Zulhijjah Tahun ke-10 Hijriyah di Lembah Urainah, Padang Arafah

“Wahai saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan. Aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang akan aku katakan. Dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

“Wahai saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tetapi mereka juga mempunyai hak ke atas dirimu.

“Apabila mereka mematuhi hakmu, maka mereka memperolehi haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

“Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikap manislah terhadap mereka kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

“Wahai saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik. Sembahlah Allah, solat lima kali dalam sehari, laksanakan puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat serta laksanakan ibadah haji apabila mampu. Ketahuilah bahawa kamu sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sedarjat. Tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain, kecuali ketaqwaan dan amal salih.

“Ingatlah! Satu hari kamu akan mengadap Allah dan akan bertanggungjawab terhadap semua amalanmu. Kerana itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku.

“Wahai saudara-saudaraku, seperti kita ketahui bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci. Oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Islam sebagai kepercayaan yang suci.

“Kembalikan barang-barang yang dimanahkan kepada kamu kepada pemilik sebenarnya. Jangan kamu lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukai kamu.

“Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan menghitung amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarangmu memungut riba. Oleh itu mulai dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

“Waspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian kepada kesesatan yang nyata. Tetapi waspadalah agar kamu tidak terjebak pada tipuadaya halusnya.

“Wahai saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku. Dan tidak ada agama lain yang akan lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik-baik wahai saudaraku. Dan fahamilah kata-kata yang ku sampaikan kepadamu, bahawa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Quran dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

“Sesiapa yang mendengar perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada orang lain, dan seterusnya, dan mungkin yang terakhir mendengar kata-kataku ini akan lebih memahaminya dari yang langsung mendengarkan.

“Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaranMu kepada umatku, ya Allah!”


NOTA KEPADA SEMUA PEMBACA:
Sila sampaikan mesej ini kepada saudara kita yang lain, dan semoga Allah swt akan memberikan rahmatNya . Amin ya Rabbal-Aalamin.

Read more ...

Thursday, October 3, 2013

ALI JAAFAR: Tiang Seri Utusan



Lelaki Paling Lama Berkhidmat Dengan Kumpulan Utusan Melayu

BANDA ACEH (Khamis 3 Okt) - Ketika memasuki ruang pemeriksaan imigresen lapangan terbang Sultan Iskandar Muda petang Selasa lalu, saya dikejutkan dengan nama ‘Ali Jaafar’ yang tertulis pada kepingan kad besar di tangan Pak Ariffin.

Nama itu terlalu familiar dan tetap saya ingat meskipun sudah lebih 30 tahun saya tidak melihat orangnya.



Haji Ali Jaafar (memegang telefon) bersama penulis di Asrama rumah Anak Yatim Melaka - Tusnami Aceh.
“Nama yang bapak pegang ini, teman saya Pak,” kata saya pada Pak Ariffin, pengantara pelancong Aceh-Malaysia yang paling popular di Banda Aceh.

Apabila kembali ke depan kantor pemeriksaan Imigresen, selepas melegakan tubuh di WC (jamban, menurut istilah Indon), saya merapati Pak Ariffin yang sedang melayani tamu Malaysianya yang bernama Ali Jaafar.

“Benar Pak, tamu bapak ini adalah teman saya,” kata saya pada Pak Ariffin sambil mengarahkan tangan ke arah lelaki berumur itu yang berada di depannya.

Bila mendekatinya dan menghulur tangan untuk bersalam, tamu yang pertama kali bertandang ke bumi Aceh itu merenung saya penuh kehairanan.

“Ini siapa ye?” tanya tamu itu dengan kedua-dua matanya tepat merenung saya.

“Haji Ali Jaafar, orang kuat Utusan Transport,” dia terpegun penuh tandatanya bila namanya dan pengenalan dirinya sendiri saya ungkapkan.

Haji Ali Jaafar bersama isteri dan saudara perempuannya di Banda Aceh tengahari ini.

Ali Jaafar merupakan 'Tiang Seri Utusan’. Dia adalah seorang pekerja paling lama pernah berkhidmat dan terlibat dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu. Dia menyertai Utusan sebelum 13 Mei 1969. Dan sekarang pun, ketika usianya sudah melangkah lebih 70 tahun, dia masih duduk sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Forwarding.

Lelaki yang di depannya kini memang sama sekali tidak tersimpan dalam rekod ingatannya meskipun saya sudah memperkenalkan diri.

Saya bawanya kembali mengimbau sejarah lama ketika berkhidmat sebagai ketua biro Utusan Melayu Pantai Timur di Kuala Terengganu selama tiga tahun mulai 1979, di mana saya turut membantu pengurusan Utusan Transport.

Haji Ali sama sekali tidak ternampak gambaran wajah saya. Kisah lama kehadiran saya di Utusan 35 tahun dulu memang hampir terhapus dari memori otaknya.

“Nama engkau macam biasa saja aku dengar. Tapi rupa engkau memang tak dapat nak aku kaitkan,” ujar Haji Ali sambil terus memegang erat tangan saya.

Lalu terus saya bawa dia kepada sejarah tragedi yang menimpa Allahyarham Haji Samian, mantan pengarah urusan Utusan Transport yang meninggal di Golok, Thailand, pada 1981. Haji Samian bersama isteri dan seorang anak lelakinya terbunuh dalam tragedi itu setelah dia membenarkan dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta mereka dalam perjalanan menuju ke bandar Golok dari Rantau Panjang.

Dan Haji Ali menjadi lebih tertanya-tanya lagi apabila sejarah Golok itu saya ungkapkan. Dia tahu bahawa diantara dirinya dengan saya – kami suatu ketika dulu memang rapat. Namun dia terus mencari-cari pelantar dan tapak untuk mengambalikan rekod lama yang hampir terpadam ini'

Jenazah Haji Samian, isteri dan anak lelaki tunggalnya yang berusia 10 tahun demikian dingin malam itu ketika saya memindahkan tubuh-tubuh kaku mereka dari kereta ambulan ke kereta jenazah di jambatan Rantau Panjang. Lima jam sebelum ketiga-tiganya menjadi mangsa tembakan, Allahyarham dan keluarga singgah makan tengahari bersama keluarga saya di Kuala Trengganu hari itu.

Sesudah 44 jam kami berpisah di lapangan terbang, Haji Ali Jaafar bersama isteri dan seorang saudara perempuannya menziarahi asrama kami di Rumah Anak Yatim Melaka – Tsunami Aceh di Desa Punie tengahari ini.

“Memang aku tak dapat ingat lagi siapa engkau bila kita jumpa petang Selasa tu,” ujar Haji Ali yang kini bertamu di asrama kami.

Menurut Haji Ali dia tidak dapat melelapkan mata ketika menginap di hotel malam kelmarin sehinggalah dia dapat mengingat kembali kisah-kisah lama yang mengambil tempat antara 35 hingga 40 tahun dulu. Malam tadi dia menghubungi beberapa rakan lama Utusan untuk menjejaki saya, teman penuh misteri yang tidak pernah dilihatnya sejak sekian lama.

Wajah saya kini kembali segar dan terang dalam ingatannya. Setiap satu dari jejak-jejak sejarah lama itu dibacanya kembali penuh jelas.

Wajahnya dan susuk tubuhnya sendiri tidak banyak berubah seperti Haji Ali Jaafar yang saya kenali dan lihat dulu. Lontaran langkah-langkahnya masih teratur dan bertenaga meskipun dia sekarang sudah bergelar seorang “Datuk’ yang memiliki enam orang anak dan 26 orang cucu.

Dia kini menjadi tonggak dan ‘tiang seri’ yang tetap teguh bagi Utusan, sebuah kumpulan akhbar yang memainkan demikian banyak peranan di dalam kebangkitan ummat Melayu kini.
Read more ...
Designed By