Breaking News

Thursday, September 22, 2011

PENJARA KERANA BENDERA


SEORANG petani di Hong Kong, Zhu Rongchang, terpaksa menjalani hukuman tiga minggu penjara kelmarin kerana kesalahan membakar bendera kebangsaan negaranya sendiri.
Mahkamah tidak bertolak-ansur di dalam melaksanakan hukuman itu meskipun petani berusia 74 tahun itu bertindak membakar bendera kebangsaan Republik Rakyat China dalam peristiwa 22 Julai lepas di Golden Bauhinia Sqaure, Hong Kong, atas prinsip kebebasan bersuara sebagai protes terhadap pemerintah Beijing.
Akhbar South China Morning Post memetik Majistret Jason Wan Siu-ming sebagai berkata, meskipun hak kebebasan bersuara diperjuangkan oleh sebahagian besar masyarakat sejagat, namun setiap kebebasan tetap tertakluk kepada batas tertentu.
Kata majistret itu, setiap kebebasan yang diperkenalkan memiliki batas tertentu, namun cara warga ini melakukan bantahannya adalah bertentangan dengan undang-undang Hong Kong dan kerana itu mahkamah mendapati ia telah melakukan kesalahan.
Wakil Rakyat DAP dari Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang telah mencetuskan emosi ramai pihak di Malaysia minggu lepas, dengan memperlihatkan sikap kurang ajar dan parianya untuk menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain, seharusnya dihantar ke Hong Kong, atau Beijing sendiri, untuk mempelajari martabat sebuah bendera bagi sebuah negara berdaulat.
Di Beijing nanti, mungkin Rashid Maidin dan Chin Peng, rakan seperjuangan Mat Indera, pengganas komunis yang ‘heboh’ dimartabatkan sebagai ‘pejuang kemerdekaan Tanah Melayu’ oleh Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu baru-baru ini, boleh memberi tips kepada pemimpin-pemimpin DAP, PKR, Pas dan Pakatan Rakyat tentang erti sebuah bendera negara.

No comments:

Designed By