Seperti diceritakan sendiri oleh Allahyarham Datuk Hj Muhammad bin Ahmad, bekas Mufti Sabah (1972-1977), pada satu majlis pengajian di Masjid Nurul-Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor, 20 tahun dulu................
Allahyarham Datuk Hj Muhammad |
“Saya
menuntut di Madinah pada awal 1957. Pihak berkuasa Arab meminta saya menemani
Tunku Abdul Rahman yang Ziarah Masjid Nabawi awal tahun itu.
“Tunku memberitahu saya bahawa dia ziarah ke
Madinah untuk memohon rahmat dan hidayah Allah-Subhanahu-Wataala mudah-mudahan
usaha rakyat Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dari Inggeris direstui
Allah.
“Dalam kunjungan itu Tunku juga memberitahu
niatnya memohon pertolongan Allah mengabulkan niat pejuang-pejuang Melayu menetapkan
tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 menjadi kenyataan dan
diberkati.
“Bersama seorang pegawai dari kerajaan
Saudi, saya bawa Tunku ke kawasan Raudhah dan kami masuk ke kawasan Makam
Rasulullah Sallahu-Alaihi-Wasallam.
“Saya bisikan pada Tunku supaya melakukan
solat sunat dua rakaat berhampiran Makam Nabi. Saya katakan pada Tunku supaya
berdoa di sini. Mohonkan apa yang dihajati. Mohonkan kemakmuran dan
kesejahteraan untuk rakyat Melayu dan Tanah Melayu.
“Tunku tak mahu lepas peluang. Dia terus
berdiri tegak dan lakukan solat sunat dua trakaat berhampiran makam Rasulullah.
Pegawai Saudi yang mengiringi Tunku cuba menahannya dari solat di situ. Tapi
tak dapat berbuat apa-apa sebab Tunku dah angkat takbiratul-ihram.
“Alhamdulillah, Tunku dapat menyempurnakan
solat dunat di sisi makam Rasulullah dan beliau berdoa agak panjang selepas
solat itu. Bangkit dari solat di menunjukan wajah gembira dan terus bersalaman
dengan saya.
Ke Makkah, Solat Dalam Kaabah
“Sebelum meninggalkan Masjid Nabawi saya
sempat berpesan kepada Tunku supaya kembali semula ke Makkah untuk lakukan solat
sunat dua rakaat di dalam Kaabah serta mohonkan doa yang sama untuk kemerdekaan
Tanah Melayu dan doakan juga untuk kemakmuran, keselamatan rakyat Melayu.
“Tunku mengangguk tanda setuju lalu
berangkat ke Makkah.
“Beberapa bulan selepas itu saya kemudiannya
mendapat khabar bahawa bahawa Tunku sememangnya kembali melakukan umrah di Makkah selepas ziarah Madinah. Dan Tunku juga diberitakan mendapat izin untuk
memasuki Kaabah serta solat sunat di dalamnya.
“Alhamdulillah mudah-mudahan peristiwa bersejarah seperti ini dapat diketahui rakyat ramai bahawa pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu mendahulukan Allah dan RasulNya sebelum mengambil keputusan dan langkah lebih jauh di dalam merintis kemerdekaan Tanah Melayu.”