Breaking News

Sunday, August 16, 2015

SUJUD PENGHALANG BARAH OTAK



Kisah Benar Karyawan Professional
SUJUD HALANG BARAH OTAK
Ribuan jemaah yang serentak sujud dalam solat di Masjidil Haram
Kisah menarik ini dialami oleh seorang karyawan Melayu yang bertugas sebagai tenaga professional sebuah industri di Amerika Syarikat beberapa tahun lepas. Seperti yang diceritakan dalam majlis kuliah Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya, Selangor pada 15 Ogos 2015.


Untuk selama lima tahun lelaki ini memenuhi tuntutan kerjayanya dengan penuh dedikasi. Siang dan malam masanya ditumpukan semata-mata terhadap professionnya. Hasil khidmatnya demikian cemerlang. Majikannya menyediakan dia dengan gaji tersangat lumayan.

Namun, satu hari lelaki ini diserang pening kepala yang bukan kepalang sakit dan bisanya. Dia dihantar ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan rapi. Setelah seminggu dirawat dan dibuat pemerhatian, pusat perubatan itu mendapati lelaki berkenaan mengalami ketumbuhan (barah) pada bahagian otaknya.

Doktor yang merawatnya memberitahu bahawa ketumbuhan yang dialaminya tersangat serius dan harapan untuknya bertahan hidup cuma dalam lingkungan satu bulan.


GEMENTAR
Demikian gementar Lelaki Melayu mendapat tahu ketumbuhan serius yang dialaminya, apalagi dia terpaksa menghitung hari sahaja untuk hidup. 

Dia termenung panjang sambil menghitung kembali solat-solat fardhu yang ditinggalkannya untuk bertahun-tahun semata-mata untuk memenuhi tuntutan dunia kerjayanya.

Masa sudah demikian singkat. Lelaki ini mengambil keputusan untuk kembali ke pangkuan Allah. Kembali berserah sepenuhnya kepada penentuan Allah. Esoknya dia terus berangkat pulang ke tanahair.

Si lelaki ini memilih tinggal di sebuah pondok pengajian agama dengan harapan untuk kembali beribadah dan bertaubat sebanyak mungkin kepada Allah kerana menyedari usianya cuma untuk tinggal satu dua minggu sahaja lagi.

Di pondok ini dia menggunakan sisa-sisa masanya yang sedikit itu dengan sembahyang, membaca Al-Quraan, berzikir serta menangis menyesali diri di hadapan Penciptanya.



MENYEPI DIRI

Masa-masa malamnya dia menyepi diri di pondok kecilnya dengan solat demi solat, sujud dan terus sujud selama mungkin, memohon pengampunan dan rahmat dari Allah-Subhanahu-Wataala.

Dari seminggu bertukar sebulan sehingga memakan kepada jarak setahun. Lelaki ini terus melakukan penyepian dan ibadahnya di pondok pengajian berkenaan. 

Setiap detik dan gerak yang dilakukannya sepanjang tempoh tersebut semata-mata penuh dengan zirkir, mengingat Allah seluruhnya, sehinggakan dia lupa terhadap ancaman serangan barah di otaknya yang dahulunya dia dikatakan cuma dapat bertahan hidup tidak lebih dari satu bulan.

Denyut-denyut sakit dan bisa di kepalanya sudah lama menghilang, secara tidak disedarinya lenyap sejak sebulan dua dia tinggal di pondok pengajian yang menempatkan seratus penghuni lain.



TERINGAT KEMBALI

Bulan demi bulan berlalu. Dan dua tahun kemudiannya dia kembali teringat pada kerjaya asalnya serta doktor yang merawatnya di Amerika Syarikat dulu. Lalu dia terbang ke sana.

Di pusat perubatan kota besar itu, doktor yang merawatnya dulu begitu terperanjat melihat kehadiran lelaki Melayu ini yang dulunya dihinggapi ketumbuhan serius dengan kemungkinan maut dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Dia diletak kembali untuk pemeriksaan buat beberapa hari. Para doktor terperanjat mendapati ketumbuhan pada otak lelaki ini sudah menghilang.
Dan pengamatan para doktor di pusat perubatan ini merumuskan bahawa penyembuhan barah itu berlaku hasil amalan dan gerakan lelaki tersebut yang terus menerus solat dan sujud setiap malam.

Bagaimana dengan kita yang masih tertinggal sujud dan solat untuk tahun bertahun ini? Segeralah kita kembali kepada Allah untuk mendapatkan pengampunan, rahmat dan keredhaanNya.


Read more ...
Designed By